Semangat Patriotisme Generasi Muda Dibentuk Dalam Program PLKN


Oleh rmf

ehs2

Sejak pembentukan Malaysia pada 16 September 1963, kerajaan memberi keutamaan kepada proses membina Malaysia sebagai sebuah negara moden yang berdaya saing dari segi ekonomi dan politik.

Kerajaan meletakkan prinsip asas membina Malaysia yang bersatu padu dan harmoni menerusi rakyat berbilang kaum, dengan semangat kecintaannya pada negara.

Menyerapkan nilai nilai cintakan kepada negara bukan sesuatu yang amat mudah dilakukan , ianya harus dibentuk dalam kepelbagaian  cara yang berlainan. Kesedaran betapa pentingnya mempunyai generasi yang menghargai negara merupakan tanggungjawab diri disamping sokongan kerajaan.

Setakat ini kerajaan telah berusaha memupuk nilai nilai murni dalam kehidupan kepelbagaian kaum dalam negara ini. Rukun Negara menjadi asas pegangan keharmonian dalam menjalani kehidupan seharian.

Jepun telah membina masyarakat yang penuh dengan nilai nilai murninya bermula de tadika lagi, Pada tahap ini mereka diasuh dan didik mengamalkan sikap toleransi , bertanggungjwab dan berdisiplin. Sikap sedemikian telah dibawa terus kedalam kehidupan mereka sehingga bangsa Jepun dinobatkan sebagai bangsa yang bertanggungjawab dan berdisiplin dalam melakukan pekerjaan.

Negara bangsa merujuk kepada kedaulatan negara dengan rakyat yang hidup dalam harmoni walaupun mereka terpisah dari segi bangsa, kepercayaan, agama, bahasa, budaya dan lain-lain. Untuk mencapai konsep negara bangsa, kesetiaan kepada negara, harmoni dan toleransi perlu dijadikan sebahagian kehidupan harian warganegaranya.

Bertitik tolak dari itu kerajaan  dengan penuh rasa kebertanggungjawaban telah memikirkan program program yang boleh menjurus kepada pembentukan  warganegara yang mempunyai nilai nilai murni terhadap negara, bangsa dan juga masyarakat.

Sepuluh tahun yang lalu sehingga kini PLKN telah menyumbangkan kepada banyak  pembentukan minda dan semangat serta nilai nilai murni yang diserapkan kedalam modul modul latihan yang diperkenalkan diperingkat latihan sebagai asas pembentukan jati diri remaja.

Transfomasi modal insan diperkenalkan melalui program yang dianjurkan. Penyerapan dan penambah baikan penghasilan modal insan dibuat sejajar dengan perkembangan kehidupan semasa.

Justeru itu, PLKN juga sedang mengarah ke matlamat mentrasformasikan PLKN agar ianya seimbang dengan kehendak semasa agar ianya terus kekal seimbang dan mempunyai modul yang terbaik untuk menghasilkan produk yang terbaik.

Kemasukan pelatih PLKN2.0 Siri 13 Tahun 2016 telah pun dilancarkan pada 26-28 Mac 2016. Kemasukan pelatih pada kali ini melibatkan sebanyak 20,000 orang keseluruhannya. Sesi latihan pada sesi ini akan berakhir pada 24 Mei 2016 akan datang.

Selama 3 bulan setiap pelatih akan dibentuk minda dan kemahiran didalam melahirkan remaja yang berkualiti dengan semangat kecintaan pada negara dan mempunyai disiplin budaya kerja yang terbaik disampaing mampu menumbangkan khidmat terhadap masyarakat.

Dalam Majlis Perasmian Pelancaran Kemasukan Pelatih PLKN2.0 Siri 13 Tahun 2016 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC)  Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dalam ucapannya berkata bahawa program myFuture merupakan  salah satu diantara modul yang bakal mendedahkan pelatih kepada bidang bidang yang berkaitan dengan kemahiran.

Disamping itu juga, Madul terbaru yang telah dibuat penambahbaikan merangkumi segala aspek keperluan semasa juga bakal dibekalkan kepada pelatih PLKN siri 2.0 ini. Diantara madul tersebut ialah Service Learning, i-Upgrade, Tech+Talk, Malaysiaku, Fit4Life dan Be Safe, Be Alert.

“Ini adalah bagi menyediakan masa depan yang lebih baik kepada mereka (pelatih) di 400 pusat ILKA terpilih. Pelatih berpeluang melanjutkan pelajaran mereka dalam pelbagai jurusan dari peringkat Sijil sehingga Diploma sebaik sahaja selesai menamatkan sesi PLKN Fasa 1 pada 24 Mei nanti.”

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Pelancaran Kemasukan Pelatih PLKN2.0 Siri 13 Tahun 2016 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) semalam.

Dalam pada masa yang sama juga Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Ehsanuddin berkata bahawa Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) kini memperketat prosedur operasi standard dari segi kesihatan bagi pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 bermula pengambilan Siri 13/2016 yang dilaksanakan hari ini

Menurut beliau inisitif berkenaan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan dan Jabatan Kesihatan bagi memastikan pelatih yang bakal mengikuti program PLKN tidak mempunyai penyakit serius yang boleh menjejaskan kesihatan mereka sepanjang berada di kem latihan PLKN.

“Kadang-kadang pelatih sendiri tidak mengetahui tahap kesihatan mereka sehingga masalah kesihatan berlaku kepada mereka. Jadi kita lakukan prapengambilan profiling dengan lebih efektif berbanding sebelum ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran kemasukan Pelatih PLKN 2.0 Siri 13/2016 di Dataran Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka

Dalam erti kata yang sebenarnya, Program PLKN  tanpa ragu ragu terus akan memacu  dalam pembentukan sahsiah dan minda pelatih-pelatih dalam memastikan matlamat  asas kecintaan pada negara , masyarakat, toleransi serta saling membantu tanpa mengira warna kulit dan ras terus menjadi budaya pembentukan negara bangsa.

Perlu kita ingatkan bersama bahawa Melampaui abad ke-21, matlamat untuk membentuk satu generasi yang mempunyai nilai nilai murni disamping mempunyai semangat kebertanggungjawaban dan perlu diberikan penekanan betapa  kepentingan perkongsian sebuah negara dan menekankan semangat kecintaan kepada negara.

Negara Malaysia akan terus dibangunkan secara bersama dalam semangat yang tidak membenarkan berlakunya tafsiran sempit dari segi identiti warga, tidak membenarkan berlakunya amalan ekstremisme agama, tidak mengizinkan berlaku ketidakadilan dalam kalangan warga dan tidak mengizinkan tercetusnya sebarang kebimbangan terhadap jaminan masa hadapan mana-mana warga.

Image | This entry was posted in Semangat Patriotisme Generasi Muda Dibentuk Dalam Program PLKN and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s