McDonald’s Terunggul Dalam Perkhidmatan,Pelanggan, CSR,Logo Dan Produk Yang Terbaik


Oleh rmf

McDonald adalah perkhidmatan makanan peruncit global yang terkemuka di dunia dengan lebih 36,000 lokasi di lebih 100 buah negara. Lebih daripada 80% daripada restoran McDonald di seluruh dunia dimiliki dan dikendalikan oleh ahli  perniagaan tempatan .

Perniagaan McDonald’s Amerika Syarikat menganugerahkan Golden Arches Restaurants Sdn Bhd lesen untuk mengendalikan rangkaian restoran McDonald’s di Malaysia. Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi yang paling strategik, dan seterusnya pada 29 April 1982, restoran McDonald’s yang pertama di Malaysia telah dibuka.

McDonald’s telah menjadi sinonim dengan makanan segera dan telah menjadi salah satu daripada rantaian terbesar restoran makanan segera di dunia.Nama McDonald’s kemudiannya digunakan dan ditambah dengan logo McDonald’s pada tahun 1969.

Kajian Goyal dan Singh (2007), mendapati kanak-kanak mampu mengingati logo McDonald’s dengan warnanya yang merah dan kuning. Apabila singgah di McDonald’s, mereka akan dapat mengecam dan menunjukkan reaksi apabila terlihat logo tersebut walaupun dari dalam kereta.

Suasana gembira dan meyeronokkan apabila makan di Mcdonald’s akan menguatkan lagi ingatan mereka pada logo McDonald’s. Di mana mereka akan mengaitkan McDonald’s dengan ganjaran emosi. Ini ditambah lagi dengan rasa dan bau makanan McDonald’s yang turut akan menguatkan ingatan mereka pada jenama tersebut

Dalam kajian pasaran melalui logo  ini, penyelidik memilih untuk memberi tumpuan kepada komponen imej jenama iaitu logo yang membentuk kesan langsung terhadap perniagaan dan emosi tarikan kepada imej jenama atau logo seperti logo McDonald’s itu sendiri kepada penggunanya.

Usaha McDonald’s sekaligus mampu membuahkan hasil pendapatan yang sentiasa meningkat sebanyak 15% dalam tempoh satu tahun selepas kempen logo baru diselaraskan pada 1981 yang dilihat oleh lebih daripada dua bilion orang penggunanya.

Perkataan “I’m lovin’ it” di bawah lambang “Golden Arches” membawa makna keseronokan kepada keluarga dan masyarakat sekaligus bertujuan untuk mengembangkan imej produk McDonald’s dalam minda penggunanya

Restoran makanan segera McDonald’s terkenal dengan perkhidmatannya yang cepat, murah, dan mempunyai pelbagai pilihan makanan di negara-negara di seluruh dunia.Kebersihan dalam proses penyediaan makanan cepat saji ini telah terbukti diseluruh dunia.

IMG_0243-1024x683Di Malaysia Mcdonald’s kian mendapat tempat dihati pelanggan , ini adalah kerana produk yang dihasilkan adalah dipantau kerbersihannya oleh pihak JAKIM dan telah mendapat persijilan halal yang mana setiap keluaran McDonald’s adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia

Pengguna perlu pergi ke McDonald’s sendiri dam merasai aroma  produk dan suasana ketika berada didalam premis  makana cepat saji ini. Satu kelainan akan terbukti meyerap kedalam minda kita dengan melihat logo logo McDonald’s yang memberikan satiu tindak balas dalaman kepada kita untuk datang lagi.

Corporate Sosial Responsibility (CSR) yang mana menjadi landasan untuk McDonald’s dalam merapatkan jurang perbezaaan dantara koporat dan  masyarakat dengan menyumbang dalam bentuk kebajikan sosial kepada masyarakat yang memerlukan.Konsep kebersamaan ini secara tidak langsung  dan ianya  mampu mempengaruhi pengguna dan memahami bahawa McDonald’s bukan sekadar satu syarikat perniagaan yang hanya berasaskan keuntungan malahan ianya terlibat secara langsung dengan masyarakat dalam program kebajikannya.

Justeru itu tidak hairan lah bagaimana  McDonald’s telah berjaya  merangkul beberapa penghargaan diperingkat dunia. Pengiktirafan antarabangsa kepada McDonald’s Malaysia  seperti anugerah sebagai “Best Companies to Work For in 2013” di peringkat Asia. Ini adalah satu penghormatan kepada warga kerja McDonald’s Malaysia yang sentiasa komited di dalam kebajikan dan pembangunan karier kakitangannya.

Image | This entry was posted in Logo Dan Produk Yang Terbaik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s