Liow Tiong Lai-  MCA Sarankan Satu Siasatan Segera Dilakukan Keatas Lim Guan Eng


Oleh rmf

Untitled

Guan Eng yang sering mengakui dirinya suci selama ini dengan slogan Cekap, Telus dan Akauntabiliti (CAT) itu rupanya adalah manusia yang tidak terlepas daripada salah guna kuasa, kini sedang berhadapan satu kes yang memungkinkan dia didapati bersalah jika pembelian tersebut melibatkan unsur rasuah.

Untuk rekod, Dr. Mohamad Khir, yang merupakan menteri besar Selangor dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, kini sedang menjalani hukuman penjara selama 12 bulan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Beliau didapati bersalah atas pertuduhan memperolehi untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Hartanah itu dibeli hanya pada harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004.

Kejadian ini agak sama dengan cara yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dalam pemilikan hartanah yang telah dibeli dengan harga dibawah pasaran. Pembongkaran  ini telah mengejutkan banyak pihak yang mana selama ini beranggapan bahawa Lim Guan Eng  mengamalkan ketelusan.

Sehubungan itu, Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai telah membuat desakan agar satu siasatan dijalankan dengan segera oleh SPRM  berhubung dengan pembelian rumah banglo yang dibuat oleh Lim Guan Eng dilakukan dengan segera.

Ketua Menteri Pulau Pinang, rumah Lim Guan Eng yang telah dibeli dengan harga yang begitu murah di bawah harga pasaran dan telah didakwa mempunyai hubungan yang boleh dikaitkan dengan amalan rasuah dilakukan keatas pembelian tersebut berdasarkan kepentingan.

Adalah amat penting bagi isu yang melibatkan Rakyat disiasat  dengan dengan segera bagi memastikan nilai transpiransi dan intergriti sentiasa terpelihara disamping meningkatkan intergriti SPRM dalam menagani isu yang berprofil tinggi ini.

Lim Guan Eng juga menurut DS Liow juga seharusnya membuktikan transaksi pembelian tersebut adalah sah dan bebas dari unsur penyalahgunaan kuasa. DS Liow menambah cakap-cakap kosong dan tidakan retorik tindakan retorik seperti mengajak pemberita melawat banglo milik Ketua Menteri berkenaan tidak mencukupi.

Pembuktian dokumen seharusnya disertakan untuk membukt9ikan tiada unsur  rasuah dan kepentingan melalui penjualan tersebut.

Beberapa laporan polis telah dibuat oleh NGO dan pelbagai  pihak agar satu tindakan segera  diambil melalui perundangan.

Image | This entry was posted in Liow Tiong Lai-  MCA Sarankan Satu Siasatan Segera Dilakukan Keatas Lim Guan Eng and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s