Ahmad Zahid Hamidi-Agenda Membentuk Kesultanan Sulu di Sabah Terbongkar


oleh rmf

 

Keselamatan Negara dan Ancaman Militan  mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan pelbagai ancaman keselamatan yang cukup berluasa  dimasa kini.

Ancaman yang mengugat negara seharusnya ditangani dengan bijak agar ianya tidak akan memberikan kemudaratan terhadap negara. Kumpulan  militant yang sedang  mengancam  keselamatan seluruh dunia sekarang   dan ianya tidak terkecuali  pergerakan mereka di Malaysia.

Banyak kumpulan militan secara terang dan bersembunyi mengatur strategi  untuk meraih simpati dari majoriti rakytanya beragama Islam. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan melalui  pergerakan yang mereka lakukan  dengan menggunakan  kekerasan  dan kekejaman atas nama Islam.

Menurut data yang dikeluarkan oleh  Polis DiRaja Malaysia kira kira 50 ribu rakyat dalam negara ini  telah mula menunjukkan simpati mereka  terhadap kumpulan militan ini  dan ini merupakan satu angka yang cukup besar dalam sebuah negara yang mempunyai penduduk  seramai 30 juta orang.

Mengikut, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mendedahkan bahawa pengganas Sulu telah melantik ‘panglima’ di setiap kawasan Dun di Sabah dalam usaha membentuk semula kesultanan Sulu di negeri itu.

Jika ada dikalangan rakyat memilih untuk bertindak dengan menzahirkan perjuangan secara fizikal di Malaysia , pasti sekali negara kita akan berada didalam keadaan kucar kacir dan huru hara

Isu  militan  yang menceroboh  Lahat Datu., Abu Sayyaf dan juga IS,  Ancaman yang diberikan oleh kumpulan kumpulan ini  amat membimbangkan dan menjadi kerisauan rakyat Malaysia. Peringatan diberikan oleh Ahmad Zahid seharusnya kita ambil perhatian.

Kebimbangan kita sebagai warganegara harus ada dengan anasir subversif yang mampu menganggu gugat keharmonian negara telah mendapat kecaman yang cukup meluas dalam negara ini sehingga kerajaan Sabah mengharamkan kemasukan mereka kedalam Negeri tersebut.

Tindakan seumpama itu harus dijauhi agar ianya tidak menjadi barah yang meracuni pemikiran rakyat. Sekarang ini negara kita sedang menerima ancaman secara senyap terhadap kumpulan militan seperti IS. Abu Sayyaf dan juga penceroboh Lahat Datu.

Tidak hairanlah betapa risaunya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam hal ini berikutan dengan sumber maklumat yang diperolehi. Keselamatan rakyat adalah segalanya.

Beliau berkata maklumat itu diperoleh daripada soal siasat terhadap enam tali barut pengganas Sulu yang ditahan pihak keselamatan di Sabah selain bahan-bahan bukti seperti pemacu pena dan dokumen-dokumen.

“Siasatan yang dilakukan mendapati Kesultanan Sulu melantik panglima bagi setiap kawasan Dun di Sabah dan mereka berhasrat membentuk semula Kesultanan Sulu untuk memerintah Sabah.

“Jadi, jangan nak pandang enteng apa yang nak dilakukan oleh pengganas Sulu ini,” katanya semasa menggulung usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Justeru itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata rakyat tidak harus memandang ringan ancaman pengganas terhadap keselamatan negara.  Rakyat seharusnya memberikan kerjasama yang tertinggi dalam penyaluran maklumat demi keselamatan  negara.

Image | This entry was posted in Ahmad Zahid Hamidi-Agenda Membentuk Kesultanan Sulu di Sabah Terbongkar and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s