SPAD & ECERDA Lakukan Kajian Jangka Panjang Projek Keretapi Pantai Timur


Oleh rmf

Pelbagai langkah  yang telah diambil oleh SPAD untuk mempertingkatkan kemudahan pengakutan awam darat dengan  mengesan kelemahan kelemahan  yang memerlukan penambahbaikan bagi melicinkan  sistem pengangkutan dalam negara ini.

Kesempurnaan sistem pengangkutan awam darat  memberikan impak yang positif dalam mengembangkan ekonomi  sesuatu tempat disamping memberikan peluang peluang perkerjaan  kepada masyarakat  apabila  pengembangan ekonomi berlaku.

Projek Landasan Keretapi Pantai Timur merupakan satu perancangan strategic yang  dirancangkan dan telah dikemukakan didalam bajet  Rancangan Malaysia ke 11 dan ianya difahamkan akan memberikan  banyak impak positif terhadap peluang pekerjaan dan  ekonomi setempat  dan seterusnya memberikan pulangan jangka anjang kepada negara.

Perancangan Landasan Keretapi Pantai Timur ini dijangkakan akan menghubung laluan Kuala Lumpur dan Lembah Klang  dengan Kuantan, Pahang hingga ke Tumpat, Kelantan.

Satu tinjauan dan kajian jangka panjang dilakukan oleh SPAD dan ECERDC  bagi memastikan impak yang bakal dihadapi dan mengesan keupayaan dalam kepelbagaian aspek.

Kajian ini adalah bertujuan  untuk menilai setiap projek yang dicadangkan dan melibatkan pengangkutan awam akan memberikan manfaat kepada penduduk serta pembangunan ekonomi setempat dan negara.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kini bekerjasama dengan Majlis Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) untuk mengesan kebolehupayaan pasaran East Coast Rail Line (ECRL)..

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan SPAD, Suruhanjaya itu bersama ECERDC sedang menganalisis peluang-peluang perniagaan, model terkini. strategi pemerolehan dan alternatif bagi pelaksanaan Rail Line Pantai Timur.

Mohd Azharuddin berkata “Untuk kajian pasaran melalui Permintaan Informasi (ROI), telah direka bentuk sebagai satu perundingan pelaksanaan bagi mendapatkan “feedback” industri dan maklum balas pasaran,”

Projek Landasan Keretapi Pantai Timur / East Coast Rail Link (ECRL) merupakan projek keretapi pantai timur yang masih dalam perancangan awal.ECRL ini merupakan salah satu projek mega dibawah Rancangan Malaysia ke-11 di bawah Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing Johor..

Rangka rancangan ini bertujuan ingin mendapatkan Maklumat Permintaan (RFI) untuk perancangan pembangunan ECRL ini.Pada masa yang sama, kajian turut dijalankan bagi mendapatkan pandangan dan mengumpul maklum balas pasaran..

Maklum balas ini penting bagi melihat perkembangan prasarana yang bakal dibangunkan kelak.Kajian pasaran adalah kebiasaan dilakukan sebelum sesebuah projek mega Wilayah Ekonomi Pantai Timur dilaksanakan.

Kajian ini amat penting bagi mendapatkan makluman holistik semua pihak tidak kira penumpang mahupun pemain industri ini bagi tujuan perancangan pembangunan Rail Line Pantai Timur ini..

Penyertaan kepada warganegara yang  berminat untuk menjadi sebahagian daripada pemain bagi membangunkan projek pengangkutan awam ECRL,

Tawaran terbuka dalam bidang reka bentuk ECRL keretapi, pembiayaan, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan di seluruh ruang liputan projek ini tarikh akhir penyerahan penglibatan RFI adalah 15 Mei 2016 sebelum 12:00.

Projek keretapi ECRL ini merupakan satu lagi pembangunan infrastruktur kemudahan awam yang bakal dilaksanakan di negara kita melalui pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur. Sudah pastinya, perkembangan ECRL ini amat penting direalisasikan kerana ia merupakan nadi penggerak ECER.

Image | This entry was posted in SPAD & ECERDA Lakukan Kajian Jangka Panjang Projek Keretapi Pantai Timur and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s