Anak Syarikat FGV Dapat Kelulusan Untuk Proses Pengambilaihan Zhong Ling Nutril-Oil Holdings Ltd


Oleh rmf

Pengambilalihan syarikat didalam dunia perniagaan adalah biasa kita dengar dan ianya dilakukan apabila  sesabuah syarikat itu mengalami beberapa masalah untuk menjalankan operasi.

Diantara banyak pengambilaihan dilakukan , kepentingan dan prestasi sesuatu syarikat tersebut dilihat dalam pelbagai bentuk liability yang ditanggung dan  serta bidang perniagaan yang dijalankan agar ianya selaras dengan syarikat induk.

Bagi Syarikat yang mempunyai Tax Losses (Kerugian Cukai Terkumpul) ianya merupakan satu kelebihan dimana pengambilahan Syarikat dan menggunakan Kerugian Cukai Terkumpul menyebabkan kurangnya cukai Syarikat dibayar atau mungkin tidak perlu dibayar didalam tempoh yg bersesuaian. Menggunakan item ini pada kebiasaanya ke dua2 Syarikat mempunyai aktiviti perniagaan yang sama.

Disamping itu juga Faktor Nama Baik (Goodwill) dan penjenamaan, kemungkinan Syarikat tersebut mempunyai nama baik dipasaran, label dan penjenamaan maka  pengambilalihan akan memberi kelebihan kepada Syarikat atau Individu (Pemegang Saham) Baru.

Dalam hal ini  sejarah dan aktiviti terdahulu berbanding dengan Syarikat yg baru. Kelebihan ini memberi kelebihan dari segi peluang mendapat kemudahan Pinjaman, OD, LC/TR dan juga bantuan2 perniagaan dari pihak Kerajaan.

Mempunyai latarbelakang tersendiri dalam kerja2 yg telah dilakukan dan boleh dimasukkan ke dalam Company Profile. Ini seterusnya memberi keyakinan kepada pelanggan (Customer).

Melihat dan merujuk kepada beberapa perkara yang  memberikan faedah kepada FGV , maka satu langkah pengambilaihan dilakukan oleh Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) telah menerima kelulusan bersyarat daripada Kementerian Kewangan bagi meneruskan cadangan pengambilalihan Zhong Ling Nutril-Oil Holdings Ltd.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FGV berkata, kelulusan itu satu daripada syarat yang perlu dipenuhi di bawah perjanjian jual beli (SPA) 1 dan SPA 2.

Pada 26 Februari 2016, anak syarikat itu telah mencadangkan untuk membeli 81.57 juta saham terbitan dan saham biasa dibayar penuh daripada Zhong Ling dan vendor lain bernilai RM976.25 juta.

Katanya, cadangan pembelian itu dijangka selesai menjelang suku pertama tahun ini

Justeru itu, pengambilalihan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa FGV sedang mengembangkan sayapnya dalam industry perlandangan, pengilangan dan penghasilan produk dengan melihat peluang yang sedia ada.

 FELDA dalam pada masa yang sama terus  memberikan dividen kepada peneroka walaupun keuntungan FELDA Global Ventures (FGV) berkurangan. Tidak perlu dengar cakap orang yang mendakwa FELDA dan FGV kerugian serta tidak ada duit. Memang kita berhadapan pelbagai situasi yang mencabar tetapi masih mendapat keuntungan untuk dikongsi bersama peneroka.

Image | This entry was posted in Anak Syarikat FGV Dapat Kelulusan Untuk Proses Pengambilaihan Zhong Ling Nutril-Oil Holdings Ltd and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s