Transformasi Pengangkutan Awam-  Kerajaan Teruskan Pembinaan Jajaran Kedua MRT


Oleh rmf

Sesuatu sistem pengangkutan yang cekap dan terbaik adalah dapat memenuhi permintaan semasa, disamping menawarkan perkhidmatan yang cepat dan murah berbanding dengan yang lainnya. Sistem pengangkutan yang cekap dan selesa serta selamat digunakan oleh pengguna.

Bukan itu sahaja, ianya juga menawarkan satu perkhidmatan yang menyeluruh diantara terminal ke terminal yang lain dengan kemudahan hospitality yang lengkap. Terminal pengakutan awam yang lengkap yang menghubungkan diantara satu dengan yang lain.

Seiring dengan oerkembangan dunia maju yang lain, Malaysia sedang mengorak langkah yang darastik kemarah mentransfomasikan pengangkutan awam darat yang lebih efisien lagi sejaar dengan dasar kerajaan untuk melihat sistem pengangkutan awam yang ditawarkan adalah yang terbaik.

Selaras dengan itu, beberapa tahun yang lalu, kerajaan telah memulakan PROJEK MRT Lembah Klang (KVMRT) melibatkan pembinaan jaringan rel bandar dengan tiga laluan. Laluan-laluan MRT bersama sistem rel bandar yang sedia ada akan menjadi tulang belakang kepada perkhidmatan pengangkutan awam di kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.

Projek MRT Lembah Klang merupakan satu Projek Penggerak Ekonomi dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang. ETP dilaksanakan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) di Jabatan Perdana Menteri.

Laluan MRT pertama yang dilaksanakan adalah Laluan Sungai Buloh-Kajang (Laluan SBK) dengan jarak 51km. Pembinaan jajaran ini telah dilancarkan secara rasmi pada 8 Julai 2011.

Laluan ini akan memberi perkhidmatan di sepanjang koridor yang mempunyai lebih kurang 2 juta penduduk dari Sungai Buloh ke Putrajaya, dan merangkumi Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, KLCC, Tun Razak Exchange, Kuchai Lama, Seri Kembangan dan Cyberjaya.

Laluan yang dicadangkan mempunyai jarak 52.2km di mana 13.5km berada di bawah tanah. Sebanyak 36 buah stesen, termasuk 11 stesen bawah tanah, akan dibina.

Apabila beroperasi pada suku kedua 2022, Laluan SSP dijangka akan membawa 529,000 penumpang sehari. Ini dijangka akan terus membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang kini menghantui Kuala Lumpur.

MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (Laluan SSP) direkabentuk menepati piawaian antarabangsa dan amalan terbaik, serta mematuhi peraturan-peraturan keselamatan Malaysia, untuk keselamatan dan evakuasi ketika kebakaran.

Dalam hal ini,kerajaan memutuskan akan meneruskan perlaksanaan projek pembinaan Transit Aliran Masa (MRT) laluan kedua walaupun ketika ini negara sedang menghadapi cabaran ekonomi yang sedikit sebanyak menjejaskan bajet kerajaan.

Jajaran kedua MRT yang menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) memulakan pembinaannya pada suku kedua tahun 2016

Kerajaan Malaysia sedar dalam usahan memajukan negara ini. Sistem pengakutan yang terbaik adal;ah diantara langkat pertama yang seharusnya ditangani serta ianya dijangkakan akan dapat menampung keperluan penguna  disamping melihat  kepadatan penduduk bandar yang semakin bertambah.

Kerajaan  akan meneruskan pelaksanaan projek pembinaan Jajaran kedua Transit Aliran Masa (MRT). Pembinaan MRT adalah bertujuan untuk mengurangkan kadar kesesakan yang berlaku dalam Bandar yang mana dilihat semakin serius. MRT adalah salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memudahkan perjalanan dan masa kepada pengguna pengakutan awam.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan bahawa pelaksanaan projek ini tetap akan diusahakan walaupun kita menghadapi keadaan yang cukup mencabar dalam ekonomi global.

Keputusan ini dibuat oleh kerajaan  setelah beberapa kajian  dialkukan untuk memajukan sitem pengangkutan awam yang pelbagai dan standing dengan negara maju. Pilihan yang banyak oleh penguna menunjukkan bahawa negarasedang bergerak kea satu arah memodenkan sitem pengakutan negara.

Hal ini menunjukkan Kerajaan hari ini menguruskan negara ini dengan mendahulukan kepentingan rakyat dalam keelbagaian usaha termasuk pengangkutan awam dan ianya menrupakan nadi kepada gerakan ekonomi yang wajib dimajukan.

Menurut Najib Razak, Kerajaan akan mengutamakan rancangan pembangunan dan projek-projek yang berteraskan kepentingan rakyat antaranya infrastruktur dan pengangkutan. Ini kerana pembangunan infrastruktur dan pengangkutan ini sesuatu yang amat diperlukan rakyat dibandar.

Kerajaan mahu memastikan projek MRT laluan kedua ini ianya dapat dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual kerana manfaatnya akan dirasai oleh semua penduduk bandaraya. Dan ia juga bakal mewujudkan peluang peluang pekerjaan dan menjana pendapatan kepada rakyat disamping memberi kemudahan kepada orang awam untuk berulang alik pergi menjalankan aktiviti harian apabila ia siap kelak.

MRT kedua ini juga akan membantu mengurangkan kesesakan jalanraya di sekitar Sungai Buluh – Serdang – Putrajaya dan dijangka siap dan boleh beroperasi pada suku kedua 2022. Dijangkakan pengguna kemudahan ini akan dimanfaatkan oleh 500 ribu penumpang.

Laluan kedua ini mempunyai jarak 52.2km dengan 13.5km berada di bawah tanah. Sebanyak 36 buah stesen baru sepanjang perjalanan dengan 11 stesen berada dibawah tanah.

Keputusan kerajaan untuk meneruskan projek MRT laluan kedua ini amat bersesuaian pada masa dan ketika ini dalam kita sama sama menyokong penggunaan perkhidmatan awam yang mana kini telah ditransformasi dengan baik demi kesejahteraan rakyat.

Image | This entry was posted in Transformasi Pengangkutan Awam-  Kerajaan Teruskan Pembinaan Jajaran Kedua MRT and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s