Tiong Lai – Malaysia Bercadang Menambah Jumlah Penerbangan Ke India


Oleh rmf

Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan pengangkutan awam moden dapat memudahkan perjalanan.  Hal ini dapat dibuktikan dengan penggunaan kapal terbang sebagai pengangkutan utama bagi masyarakat dalam menjalankan kepelbagaian urusan seharian.

Pengangkutan awam  yang efisien adalah suatu perkhidmatan yang ditawarkan terhadap pelangan dengan mudah , selamat dan cepat bagi meningkatkan sector perkembangan ekonomi dalam sesabuah negara.

Bukan itu sahaja, pengangkutan awam  terutama  perkhidmatan pesawat juga  mengmbangkan rangkaian dalam hubungan perniagaan dimana ianya akan dapat mempromosikan negara disektor perlancongan sekali gus membawa masuk pendapat untuk negara.

Atas kesedaran itu lah, Menteri Pengangkutan, YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI telah berhasrat  untuk menambah laluan penerbangan diantara Malaysia dan India  dan telah mengadakan perbincangan bersama rakan sejawat beliau Tuan Yang Terutama Shri P. Ashok Gajapathi Raju, Menteri Penerbangan Awam India pada Pameran & Persidangan Antarabangsa Penerbangan Awam (Penerbangan India 2016).

Dalam usaha untuk mengembangkan dan membangunkan sector penerbangan awam disamping ianya juga akan mengembangkan sector pertumbuhan ekonomi kedua negara, Tiong Lai juga akan mengadakan  Dialog Langit Terbukan Malaysia India sebagai langkah untuk merealisasikan segala usaha yang dirancang.

Sehingga kini Malaysia telah menawarkan sebanyak 24 penerbangan ke seluruh India dan merangkumi berbagi Bandar utama perlancongan di negara tersebut. Penambahan penerbangan dimasa akan datang akan  dapat mempergiatkan dan mengembangkan lagi ekonomi kedua  negara dalam kepelbagaian sector.

Sehingga kini, dibawah Perjanjian Perkhidmatan Udara di antara Malaysia dan India, sebanyak 20,000 tempat duduk telah diperuntukkan bagi setiap minggu, dengan rancangan penambahan  penerbangan ke India dijangkakan sebanyak 40,000 tempat duduk akan disediakan disamping penambahan distinasi baru yang akan dikenalpasti.

Berikut adalah kenyataan yang telah dibuat oleh  Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Dato’ Seri Liow Tiong Lai.

KENYATAAN MEDIA
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN, MALAYSIA

Liow: Malaysia Berhasrat Tambah Penerbangan ke India

Rancang adakan dialog Langit Terbuka ASEAN-India

Meningkatkan perhubungan pengangkutan merupakan mandat utama Kementerian Pengangkutan. Saya yakin bahawa ini adalah faktor yang penting dalam pertumbuhan ekonomi di Malaysia serta rantau ini.

Untuk tujuan ini, satu perbincangan telah diadakan bersama rakan sejawatan saya di India, Tuan Yang Terutama Shri P. Ashok Gajapathi Raju, Menteri Penerbangan Awam India, pada Pameran & Persidangan Antarabangsa Penerbangan Awam (Penerbangan India 2016) ke-5 hari ini.

India mempunyai potensi yang besar sebagai pasaran penerbangan awam ke-9 terbesar di dunia dengan nilai pasaran yang dianggarkan sebanyak USD16 billion. India juga berada di landasan yang tepat untuk berkembang menjadi pasaran penerbangan awam ketiga terbesar di dunia menjelang 2020.

Dalam usaha berterusan untuk membangunkan sektor penerbangan awam, Malaysia berharap agar perkhidmatan penerbangan udara ke India dapat dipertingkat. Kini, pengendali syarikat penerbangan di Malaysia antaranya termasuk Malaysia Airlines Berhad (MAB), AirAsia, AirAsia X dan Malindo Air menawarkan penerbangan ke 24 destinasi di seluruh India. Ini merangkumi enam bandar-bandar utama iaitu Delhi, Kolkata, Mumbai, Chennai, Bangalore dan Hyderabad, serta 18 bandar-bandar lain antaranya seperti Goa, Jaipur, Port Blair, Kochi, Ahmedabad dan Tiruchirappalli.

Dibawah Perjanjian Perkhidmatan Udara di antara Malaysia dan India, sebanyak 20,000 tempat duduk telah diperuntukkan bagi setiap minggu. Oleh kerana syarikat-syarikat penerbangan ini telah memenuhi kapasiti tempat duduk ini, kita telah memulakan perbincangan dengan India agar jumlah kapasiti tempat duduk boleh ditambah kepada 40,000 seminggu. Kita turut berhasrat untuk menambah destinasi penerbangan ke lapan Bandar lain, khususnya Coimbatore, Madurai, Pune, Vijayawada, Mangalore, Surat, Chandigarh dan Srinagar.

Saya juga amat berbesar hati kerana dapat mewakili rakan-rakan Menteri Pengangkutan ASEAN di mana Malaysia mengetuai Rundingan Perjanjian Pengangkutan Udara ASEAN-India yang bertujuan mencapai perjanjian langit terbuka bersama India. Bagi tujuan ini, saya mengalu-alukan Perjanjian Perkhidmatan Udara Serantau Kumpulan Kerja ASEAN-India yang bakal diadakan dalam usaha memuktamadkan Perjanjian Pengangkutan udara ASEAN-India (IA-ATA).

 [TAMAT]

Image | This entry was posted in Tiong Lai – Malaysia Bercadang Menambah Jumlah Penerbangan Ke India and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s