Pemprosesan Roti Burger McDonald’s Menepati Syarat Halal Jakim


Oleh rmf

Dewasa kini, Malaysia semakin hari semakin bertambah maju dari segala aspek termasuk bidang teknologi, Tidak lupa juga kepada teknologi pemprosesan produk makanan dan barangan halal di Malaysia yang semakin berkembang pesat.

Seperti mana yang kita semua tahu produk merupakan sesuatu bahan atau barang yang dihasilkan oleh sesebuah kilang atau pengusaha untuk memenuhi keperluan masyarakat umumnya.

McDonald’s melihat jauh situasi ini dan  terus mempertingkatkan mutu produk agar ianya menepati syariat halal serta terjamin kebersihannya untuk pelangan. Keversihan mencerminkan mutu hasilan  yang selamat dimakan dan berkhasiat dihidangkan.

Justeru iti, McDonald’s, pada keselurahan kakitangannya telah menggunakan tenaga tempatan yang beragama Islam yang mana merupakan asset yang terpenting dalam penghasilan  produk yang selamat dan bersih.

Bermula dari produk yang asas seterusnya produk siap , adalah menjadi kewajipan McDonald’s memastikan setiap langkah langkah perlu diambil sebagai satu perkara wajib patuh dalam penghasilan produk.

1

Justeru itu, Menurut Pegawai Jawatankuasa Halal Dalaman Aryzrta Malaysia Sdn Bhd, Puan Sabariah Saamah (kanan), Setiap satu bekalan asas di McDonald’s diwajibkan mempunyai sijil halal yang disahkankan oleh JAKIM. Ini demi menjamin kualiti dan kebersihan penyediaan bekalan makanan sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik, selamat dan memenuhi standard yang telah ditetapkan

Setiap proses penyediaan bahan serta kebersihan alatan dipantau ketat oleh pihak Jakim bagi memastikan setiap bahan yang digunakan adalah bertepatan dengan bahan asas yang halal dan bukan dari bahan bahan terlarang.

Kebanyakan produk yang dihasilkan oleh Aryzrta Malaysia Sdn Bhd  untuk McDonalds merupakan produk yang dijamin kebersihan dan menepati segala syarat yang telah ditetapkan oleh Jakim dalam semua aspek.

Kebanyakan masyarakat Malaysia sekarang sudah mula membuka mata dan minda tentang kesedaran yang mana memerlukan kepada produk yang dijamin halal dalam meneruskan kehidupan.

McDonald’s melihat perkara ini adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan dalam penghasilan produk yang bermutu tinggi. Kebersihan kepada fasilitis dalam penghasilan produk dijamin kebersihannya untuk mengelakan jangkitan bakteria yang memudaratkan pelangan.

Keadaan ini bersesuaian menurut Jurnal Penyelidikan Islam (2008:33) industri produk halal merupakan satu industri baru yang dapat menjana ekonomi di negara Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Produk halal bukan sahaja bahan yang dihasilkan itu halal tetapi cara pemprosesannya juga di ambil kira. Terbaik disini termasuklah proses di mana bahan untuk dijadikan produk itu diperolehi, proses pengendalian, proses penyimpanan, proses pembungkusan serta proses penjualannya.

Jadi, pihak pengurusan perlu memainkan peranan yang penting dalam menjayakan operasi sesuatu produk yang dihasilkan bagi memuaskan hati pelanggan serta mendapat keberkatan dari Allah. Selain itu, faktor bahan yang digunakan juga penting dalam memastikan kebersihan produk yang akan dihasilkan dari sumber yang halal lagi memberi manfaat.

Image | This entry was posted in Pemprosesan Roti Burger McDonald’s Menepati Syarat Halal Jakim and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s