Pematuhan Piawaian Untuk Keselamatan Makanan Dan Proses Halal McDonald’s Adalah Yang Terbaik


Oleh rmf

Syariat Islam meraikan perkembangan sains dan teknologi bagi menghasilkan dan menyempurnakan maslahah dan membendung kerosakan sertamengurangkan kerosakan.

Pada zaman moden, banyak penghasilan  makanan semasayang  tidak  pernah  dikenali  sebelum  ini  telah  dilakukan  oleh  para pengeluar  tanpa  memikirkan  risiko  yang  bakal  ditanggung  oleh  pengguna.

Dengan penggunaan teknologi   pengesanan halal yang   moden,   kewujudan   elemen   berbahaya   dan   haram   dapat dikenalpasti  dengan  berkesan.  Dengan  bantuan  maklumat  saintifik  ini,  para  ulama  dapat  membuat penentuan hukum dengan lebih tepat.

Justeru, perkembangan industri halal khususnya dalam aspek produk  makanan  dapat  dikawal  dengan  baik  oleh  pihak  berautoriti  dan  usaha  pemalsuan  dan penipuan produk dapat dikekang dengan efisien.

Namun begitu, kecanggihan dan kemajuan teknologi turut dimanipulasikan oleh pihak tertentu bagi mengaut keuntungan hingga mengabaikan aspek halalan tayyiba dan keselamatan makanan yang disediakan kepada para pengguna.

McDonald’s memandang berat isu yang berkaitan dengan keselamatan makanan yang dihasilkan untuk pelanggan. Memastikan keselamatan makanan yang dihasilkan itu  adalah diantara aspek  yang teramat penting dalam pengeluaran produk McDonald’s yang berkuali ti dan selamat dimakan.

Langkah langkah wajib dan perlu dipatuhi adalah salah satu prosedur yang menjadi amalan  dikilang pengeluaran produk McDonald’s bagi memastikan tahap pencemaran  tidak berlaku sama sekali. “Satandard Of Procedure” atau SOP  yang telah ditetapkan oleh Kementerian kesihatan, Jakim dan  prosedur antarabangsa merupakan langkah langkah yang mana tidak boleh dikompromi sam sekali.

Tugas pengesahan halal ini tidak boleh hanya bergantung kepada kepakaran dari golongan syariah semata-mata tetapi perlu melibatkan kepakaran dari bidang lain seperti teknologi makanan, kimia, dan veterinar.

Isu-Isu Halal Haram Dalam Produk Makanan adalah melambangkan betapa MCDonald’s memandang berat dan amat peka dengan setiap langkah keselamatan makanan ini.

Dengan demikian MCDonald’s dalam memastikan keselamatan makanan ini terjamin dan mematuhi proses  yang ditetapkan oleh JAKIM dan kementerian kesihatan  sentiasa memastikan Pengendali makanan adalah orang yang terlibat dengan penyediaan makanan daripada mula hinggalah makanan itu diambil atau dimakan berada didalam keadaan yang cukup sihat dan terbaik.

McDonald’s telah menetapkan langkah langkah yang perlu dipatuhi oleh pengendali makanan. Diantara satu langkah bagi memastikan makanan yang disediakan adalah bersih dan selamat adalah dengan menjaga kebersihan diri dan mengamalkan amalan kebersihan yang perlu semasa mengendalikan makanan.

Semua tempat penyediaan makanan harus mempunyai sinki khas untuk membasuh tangan dan dibekalkan dengan sabun, air paip dan tisu yang bersih. (Penggunaan sabun cecair amat digalakkan kerana mungkin sabun buku mengandungi kuman daripada penggunaan sebelumnya).

Secara am dari segi kebersihan dan keselamatan makanan, antara perkara-perkara yang perlu diambil kira ialah kebersihan bahan mentah, pengendalian makanan yang bersih, kebersihan pengendali makanan, premis yang bersih dan selamat, keperluan kesihatan asas yang mencukupi, suasana premis makanan yang bersih dan sesuai serta penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.

Apabila perkara-perkara asas ini tidak dilaksanakan, pencemaran makanan akan mudah berlaku. Makanan yang tercemar dan tidak bersih boleh mengandungi bahan-bahan berbahaya atau kuman dan boleh menyebabkan beberapa penyakit seperti keracunan dan lain-lai

Secara ringkasnya  disamping  penghasilan produk bahan mentah yang dipantau oleh pihak Jakim serta kementerian kesihatan untuk memastikan proses lengkap untuk persijilan Halal disamping mematuhi tuntutan syariah, McDonald’s juga memastikan  beberapa langkah wajib buat dan amalan yang amat ketat di tempat penghasilan  produk.

Diantara langkah langkah yang diambil dan menjadi perkara mesti buat ialah:-

  1. Kebersihan bahan mentah.
  2. Pengendalian makanan yang bersih.
  3. Kebersihan diri pengendali makanan.
  4. Keperluan kesihatan asas yang mencukupi.
  5. Premis makanan yang mempunyai persekitaran yang bersih.
  6. Rekabentuk premis makanan dan peralatan yang sesuai.
  7. Penyediaan dan penyimpanan makanan yang betul.

Justeru itu, McDonald’s dalam kepelbagaian usaha untuk memastikan  status halal yang di keluarkan oleh pihak Jakim secara terus dan komited mematuhi syarat yang ditetapkan. Bukan itu sahaja kesungguhan McDonald’s ini dapat dilihat dengan mengwujudkan sendiri pasukan syariah dalaman yang mana dianggotai oleh pihak Jakim bagi urusan pemantauan.

Tidak cukup dengan itu, McDonald’s  juga telah menggunakan khidmat Penasihat Bebas Halal bagi memastikan proses penyembelihan dipantau dan dilakukan menurut syariah yang ditetapkan oleh pihak Jakim.

Dalam memastikan produk makanan McDonalds melepasi syarat ketat Halal, McDonald’s hanya berurusan dengan pembekal makanan yang diiktiraf Halal.

Bahan-bahan tempatan diambil dari pembekal yang bukan sahaja diperiksa secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa yang diiktiraf tetapi telah juga disahkan Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

McDonald’s dalam  dalam beberapa negara dengan nilai transparansinya dengan memaparkan bagaimana penghasilan pemerosesan daging dilakukan. Secara tidak langsung ianya menunjukkan kepada pelanggannya, bagaimana proses daging dihasilkan.

Kebersihan, mutu , dan kawalan kualiti serta pemeriksaan terhadap daging semuanya diambil kira dan menepati SOP yang  diberikan. Kegagalan berbuat demikian  secara tidak langsungnya akan menjurus kepada  penarikan semula Persijilan Halal yang diberikan oleh JAKIM.

Audit di kilang bukan sahaja kepada bahan ramuan sahaja, tapi akan tentukan bagi pembuktian berkenaan produk itu. JAKIM  juga melihat proses produk berkenaan, peralatan, kebersihan persekitaran serta pekerjanya.

McDonald’s dalam usaha mengekalkan status halal juga mengikuti perkembangan teknologi serta analisis makmal sebagai langkah langkah terbaik untuk penghasilan produk terbaik. Perkembangan teknologi dalam menentukan  pengesanan halal juga sudah ada dipasaran.

Misalnya,  Enzyme  Linked Immunosorbant  Assays  (ELISA),  Radio  Immunoassays  (RIA),  HPLC,  FTIR,  Electronic  Nose  coupled with  GCMS  and  PCR    assays  telah  diaplikasikan  untuk  menganalisis  spesis  daging,  patogen  dan kimia  berbahaya  samaada  dalam  makanan  yang  diproses  dan  tidak  diproses.

Sebagai  contoh, penggunaan   instrumen   seperti   spektroskopi   infra   merah   Fourier   Transform   (FTIR)   terhadap pengesanan kehadiran elemen khinzir (Yaakob&Mirghani, 2001) dalam barangan pengguna.

Kaedah analitikal  dapat  menyediakan  keputusan  yang  tepat  dalam  menentukan  kehalalan  sesuatu  produk makanan. Teknologi pengesanan   halal   mempunyai   kepentingan   tertentu   dalam   mengesan   jenis   produk makanan  misalnya  spesis  daging,  kewujudan ancaman zoonatik  berbahaya,  mineral  berisiko  malah  penipuan dan pemalsuan produk

Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa penyediaan daging burger serta lain lain makanan McDonald’s di Malaysia adalah dipantau rapi oleh JAKIM bagai memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati keenakan daging segar McDonald’s dengan penuh yakin.

Kebersihan , Kualiti dan  segalanya amat dititik beratkan untuk memastikan pelanggan McDonald’s mendapat yang terbaik. Sudah Pastinya dari McDonald’s

Image | This entry was posted in Pematuhan Piawaian Untuk Keselamatan Makanan Dan Proses Halal McDonald’s Adalah Yang Terbaik and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s