ADUN Mentakab Benak Perut- Apakah Angka Giliran Menunaikan Haji Masih Ada Jika Sudah Menutup Akaun?


Oleh rmf

Kenyataan berbaur ugutan oleh seorang Menteri terhadap pendeposit yang telah hilang kepercayaan terhadap kemampuan Lembaga Tabung Haji mengurus wang simpanan mereka, telah mendapat kecaman seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di Pahang.- Roketkini

Sememangnya benar adalah hak untuk pendeposit Tabung Haji merasa bimbang tentang kedudukan simpanan mereka di Tabung Haji. Perlu juga dinyatakan bahawa setiap simpanan yang dibuat melalui Tabung Haji adalah simpanan yang dijamin keselamatannya oleh kerajaan.

Tindakan memfitnah Tabung Haji oleh Rafizi  telah menyebabkan banyak pendeposit  mengeluarkan  kewangan mereka  dan seterusnya menutup akuan mereka diTabung Haji.

Adun Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji seharusnya menerangkan perkara yang sebenarnya bukan berdoak dalih dalam memperjelaskan kedudukan sebagai penyimpan yang telah menutup akuan mereka diTabung Haji.

Secara dasarnya mana mana penyimpan Tabung Haji yang telah mempunyai simpanan minimum sebanyak RM1,300 secara automatiknya  akan diberikan giliran untuk menunaikan ibadah haji. Simpanan mereka dijamin oleh kerajaan dan memastikan nama penyimpan akan berada di senarai perserta haji dimasakana datang.

jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sidang Parlimen pada Isnin lalu yang memberi amaran bahawa pendeposit Tabung Haji yang mengeluarkan kesemua wang simpanan mereka, secara automatik terkeluar dari giliran menunaikan Haji.

Kenyataan ini amat benar sama sekali, mana mungkin orang yang telah menutup akaun diTabung Haji akan menyertai ibadah haji dan  jika mereka ini yang telah menutup akaun secara automatic  no giliran mereka akan terkeluar.

Justeru itu, jika pada masa akan datang mereka membuka akuan semula, dimasa itu juga angka giliran yang baru diberikan. Saya rasa tidak salah  jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai penjelasan yang terang dan jelas.

Cuba bayang kan berapa lama masa yang akan diambil untuk penyimpan atau pendeposit yang baru untuk mendapatkan gilirannya semula.

Apakah dengan penerangan tersebut satu ugutan. Tengku Zulpuri yang juga Naib Pengerusi DAP Pahang sepatutnya lebih maklum dimana dikatakan penerangan dan juga ancaman atau ugutan. Sesaorang yang telah menutup akaun Tabung Haji apakah berhakk untuk mendapat giliran  untuk menunaikan Haji melalui Tabung Haji?

Sepatutnya Tengku Zulpuri yang juga Naib Pengerusi DAP Pahang lebih bijak membahagikan dimana kah dikatakan ugutan jika  beliau membuat kajian pengiliran orang baru dan pengiliran peyimpan yang lama. Bukan sewenangnya menuduh setiap kenyataan itu satu ugutan.

Sebenarnya , kesilapan pendeposit Tabung Haji ialah apabila  tindakan Rafizi Ramli serta kegagalan Tengku Zulpuri yang juga Naib Pengerusi DAP Pahang sendiri melakukan penjelasan akibat  tindakan mengeluarkan simpanan Tabung Haji serta  menutup akaun.

Tetapi semua rakyat tahu bahawa kepimpinan DAP tidak akan bercakap benar dalam apa juga keadaan. Tidak pernah ada dalam sejarah siri ceramah yang dibuat oleh pihak pembangkang terutama pemimpin Melayu DAP yang menerangkan bahawa setiap simpanan yang dibuat  di Tabung Haji adalah dijamin oleh kerajaan.

Malah sikap memfitnah terus dilakukan dan apabila keterangan  dibuat melalui tindakan  yang diambil oleh pendeposit  susulan fitnah yang dilemparkan, pihak pembangkang terus meyalahkan  Tabung Haji , wahal ianya adalah kesan daripada fitnah yang dibuat oleh pemimpin PKR dan DAP.

Kenyatan  yang dikeluarkan oleh  Menteri adalah sekadar menerangkan kesan daripada tindakan pendeposit mengeluarkan simpanan mereka serta  sekali gus mernutup akaun mereka sepenuhnya. Dan jika mereka  membuka semula  akaun baru angka giliran baru untuk menunaikan haji akan diberikan dan seterusnya menunggu masa yang agak lama sehingga giliran tiba.

Image | This entry was posted in ADUN Mentakab Benak Perut-Apakah Angka Giliran Menunaikan Haji Masih Ada Jika Sudah Menutup Akaun? and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s