Pernah Atau Tidak DAP Menghormati Rukun Negara? Jika Dilihat Dari Perbuatan Mereka


Oleh rmf

Picture

DAP mempersoal tindakan Kerajaan Persekutuan menghentikan cetakan buku aktiviti bagi tahun satu hingga tiga sekolah rendah yang diberi secara percuma kononnya kerana mahu mengoptimumkan perbelanjaan bagi menghadapi ekonomi semasa.- Roketkini

Itu hanya sekadar isu yang dibangkitkan dan nilai isu tersebut hanya untuk meraih sokongan  dan simpati sahaja. Namun disebalik isu yang lebih besar dan bukan bersifat fitnah seharusnya DAP sendiri sedar. Fasih atau tidak Pemimpin DAP berbahasa Melayu dan mengakuinya sebagai bahasa kebangsaan dan menggunakannya sebagai satu kebanggaan.

Apakah isu yang lebih menjurus kepada  kredibiliti saorang pemimpin DAP yang tidah pernah dipandang berat  langsung oleh DAP? Semestinya DAP serta beberapa pemimpin lain tidak mendokong Perlembangaan  dan  Rukun Negara.

Kenapa saya boleh memperkatakan demikian, saya ingin bertanyakan  kepada DAP serta pemimpin yang ada didalam barisan kepimpinan, berapa banyak atau peratuskah  dikalangan pemimpin yang menghormati Rukun Negara sebagai teras perpaduan dalam negara ini?

Rukun Negara yang mana  telah diwartakan kepada semua rakyat Malaysia yang bertaraf warganegara disarankan agar menghormati 5 perkara teras sebagai salah satu amalan yang memupuk perpaduan. Tetapi pemimpin DAP secara terangan melnaggar rukun Negara dan apa yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

DAP sememangnya satu parti politik yang rasis dan Chauvanis dan TIDAK AKAN tunduk kepada sistem perundangan didalam negara yang bukan dikuasai leh mereka. Kedaulatan undang undang  bagi mereka adalah sesuatu yang berpihak kepada  kepentingan mereka.

Kepercayaan Kepada Tuhan- Adalah menghormati  konsep kehidupan berbilang bangsa dan kaum serta anutan masing masing- Hal ini adalah kebebasan kepada semua warganegara untuk mempercayai apa yang mereka percaya. Tiada saorang pun berhak untuk mempertikaikan kepercayaan tersebut.

Kepercayaan kepada Tuhan mampu menjadikan masyarakat berpegang teguh kepada nilai-nilai murni yang diajarkan oleh agama. Jika masyarakat berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing secara postif maka ia dapat membentuk kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

Tetapi pernah tau tidak DAP serta beberapa pemimpin yang lain menghormati apa yang menjadi kepercayaan penganut agama yang lain. Dalam Isu Azan, Agihan wang zakat, tuntutan IFC , Comanggo yang menjurus kepada satu tekanan kepada  Umat Islam khasnya. Pernah atau tidak DAP menghormatinya.

Jika dikatakan bangsa lain terus mempertikaikan gendang kematian, bunyian mercun, serta anutan yang menjadi kepercayaan masyarakat Cina, apakah DAP tidak sensitive dalam hal ini?

Kesetiaan kepada Raja dan Negara- Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Dalam hal ini, DAP serta pemimpin mereka secara terang terangan telah melakukan beberapa penghinaan terhadap Yang DiPertuan Agong dengan kepelbagaian cara, Apakah tindakan ini menunjukkan terdapatnya kesetiaan pemimpin DAP terhadap Raja Raja? Jawapannya tidak sama sekali. DAP terus melakukan provokasi  tanda kebencian terhadap sistem beraja dalam negara ini.

Keluhuran Perlembagaan – Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara

DAP acapkali telah mempertikaikan apa yang terkandung didalam Perlembagaan Negara. Isu Bahasa Kebangsaan , Isu Agama Islam sebagai Agama Rasmi  sering menjadi bahan politik yang sepatutnya tidak boleh dipertikaikan sama sekali kerana ianya dilindungi oleh undang-undang dan juga  perlembagaan . Perkara ini dijadikan isu politik untuk menganggu gugat keharmonian  yang selama ini amat dijaga oleh bangsa lain.

Kedaulatan Undang-Undang-Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.

Kedaulatan undang-undang tidap pernah wujud dalam konsep pemerintahan DAP. Banyak perkara mengenai  keputusan perundangan dipertikaikan dan menolak sistem kehakiman dalam negara jika ianya tidak berpihak kepada DAP. Mereka sanggup membelakangkan undang undang dalam negara ini dengan menggunakan perundangan negara luar untuk memperlekehkan sitem perundangan di Malaysia.

Sebagai contoh yang nyata, jika kemenangan dicapai melalui pilihanray, maka sepatah tidak ada perkataan yang mengatakan berlakunya penipuan, dan ketelusan  dikatakan berlaku. Tetapi akan berlaku sebaliknya jika kekalahan menimpa mereka. Bukan itu  sahaja, penjenayah dijadikan subjek untuk mempertikaikan  perundangan negara.

Kesopanan dan Kesusilaan – Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

DAP secara ironisnya tidak pernah ada sekelumit untuk menghormati bangtsa lain dalam kepelbagaian aspek kehidupan, Mereka sering melakukan penghinaan terhadap bangsa lain dan menimbulkan perasaan tidak senang hati dikalangan masyrakat.

Jika sikap sedemikian konsep keharmoian tidak akan pernah berlaku jika DAP memerintah negara. DAP hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak punya masa untuk memikirkan bangsa lain.

Ternyata amat jelas, bahawa DAP bukan lah golongan warganegara yang mahu tunduk pada kehendak satu satu peraturan sesabuah negara. Jika benar mereka mendaulatkan apa yang terpahat , maka seharusnya tidak wujud lagi Ahli Parlimen yang tidak fasih berbahasa kebangsaan.

DAP harus sedar bahawa tindakannya membelakangkan Rukun Negara adalah  satu sikap yang tidak patriotik dan tidak menghargai nilai nilai yang terkandung dalam Perlembangaan dan juga Rukun Negara.

Sikap Chauvanis DAP serta kezaliman DAP disamping penindasan terhadap bangsa lain telah menunjukkan bahawa DAP TIDAK PERNAH SAMA SEKALI menghormati bangsa dan negara ini sebagai tanah tumpah .

Image | This entry was posted in Pernah Atau Tidak DAP Menghormati Rukun Negara? Jika Dilihat Dari Perbuatan Mereka and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s