Lebih 820,000 Rakyat Malaysia Dihalang Ke Luar Negara


Oleh rmf

Lebih 820,000 rakyat Malaysia dilarang ke luar negara selepas disenaraihitam atas pelbagai kesalahan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata, sejak 2011 Jabatan Imigresen telah menyenaraikan 827,921 rakyat Malaysia dalam senarai hitam jabatan itu, di mana mereka dilarang daripada meninggalkan Malaysia melainkan jika mereka diberi kebenaran khas untuk berbuat demikian.

Mereka yang muflis membentuk sebahagian besar daripada mereka yang disenaraihitam dengan 200,727 orang, manakala 118,892 orang yang gagal membayar pinjaman pendidikan juga telah dihalang daripada meninggalkan negara ini, katanya.

“520 orang disenaraihitam bagi kesalahan keselamatan dan 507,782 untuk kesalahan lain. “Mereka yang disenaraihitam dilarang ke luar negara kecuali mereka mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan dengan kesalahan-kesalahan mereka,” kata Dr Ahmad Zahid dalam jawapan bertulis kepada Er Teck Hwa (DAP – Bakri).

Image | This entry was posted in 000 Rakyat Malaysia Dihalang Ke Luar Negara and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s