Cara Pemprosesan dan Langkah Keselamatan Makanan di McDonald’s Mencapai S.O.P Antarabangsa


Oleh rmf

IMG_0243-1024x683

Teknologi makanan (food technology) ialah satu bidang ilmu yang menggunakan sains dan kejuruteraan dalam penghasilan, pemprosesan, pembungkusan, pengagihan, penyediaan dan penggunaan makanan.

Teknologi makanan juga merangkumi pemilihan bahan makanan mentah, cara mengawal kualiti makanan yang diproses, menyelenggara alat pemprosesan dan menghasilkan makanan baru.

Pemprosesan makanan (food processing) ialah proses pengubahsuaian bahan makanan mentah kepada bentuk lain yang sesuai dan boleh dimakan oleh manusia.

Di antara skop pemeriksaan yang dibuat ialah dokumentasi, pemerosesan, pengendalian dan pengedaran makanan, peralatan, perkakasan, mesin dan bahan bantuan pemerosesan, penyimpanan, peragaan dan penyajian makanan, kebersihan, sanitasi dan keselamatan makanan, pembungkusan dan pelabelan dan keseluruhan premis.

Pemeriksaan semula  akan dilakukan jika terdapat perubahan-perubahan, seperti penambahan atau perubahan bahan-bahan, premis seperti perpindahan premis atau perubahan teknologi pemerosesan dan pengeluaran. Pemeriksaan semula ini dilakukan untuk memastikan tindakan pembetulan yang dikehendaki telah dipatuhi.

Sijil Pengesahan Halal bagi makanan dan rumah sembelih yang dikeluarkan atau dikilangkan di Malaysia dikeluarkan oleh JAKIM atau Jabatan atau Majlis Agama Islam Negeri. Bagi makanan yang dikilangkan di luar Malaysia, JAKIM tidak perlu lagi mengeluarkan sijil dan logo halal kerana pihak syarikat terbabit boleh menggunakan sijil dan logo halal yang dikeluarkan oleh Badan Islam di negara berkenaan yang diiktiraf oleh JAKIM.

Menurut  Ustaz Khairuddin Penasihat  Halal Bebas McDonald’s Malaysia yang bertanggung jawab memeriksa segala pematuhan syarat syarat serta  proses peyembelihan yang dilakukan, beliau amat yakin dan amat berpuas hati dengan  proses penyediaan yang dilakukan oleh McDonald’s sejajar dengan tuntutan  makanan Halal dalam negara ini.

MacFood Services (M) Shd Bhd merupakan pembekal utama McDonald’s, dengan lebih 25 tahun pengalaman, kerjasama antarabangsa serta pengiktirafan daripada pihak antarabangsa dan tempatan, MacFood Services (M) Sdn Bhd mengenakan kawalan dan ujian piawaian yang ketat dalam mengeluarkan produk berkualiti tinggi.

Mereka memastikan kemudahan yang digunakan bersih serta memenuhi syarat-syarat Halal yang ditetapkan apabila memproses ke semua bahan-bahan  yang menghasilkan produk untuk McDonald’s.

Bukan itu sahaja, pemprosesan bahan mentah kepada produk siap dimakan, MacFood adalah syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam memastikan segala aspek kebersihan , keselamatan makanan dipatuhi tanpa kompromi.

Bagi memastikan tahap standard kesihatan yang tinggi, pekerja MacFood  diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid daripada pusat kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum bekerja. Mereka juga harus menuruti kod laku dan amalan kebersihan untuk memastikan syarat polisi Halal dipatuhi.

Semua pengendali makanan hendaklah menjalani pemeriksaan perubatan setiap tahun oleh pegawai perubatan yang berdaftar dan mendapat vaksinasi mengikut keperluan peraturan terkini.

Merokok, makan, minum atau sebarang aktiviti yang mungkin mencemarkan produk makanan tidak dibenarkan di kawasan pengeluaran makanan. Pakain khas lengkap digunakan serta

Pengendali  makanan perlu mengekalkan kebersihan diri yang tinggi dan di mana perlu, memakai pakaian pelindung yang bersih dan sesuai, penutup kepala, sarung tangan, penutup mulut (mask) dan kasut.

Semua pengendali makanan perlu membasuh tangan dengan cara yang betul dan menggunakan sabun cecair daripada bekas (dispenser) atau bahan sanitasi dan air yang selamat . Semua perkara ini mesti dilakukan  apabila  pihak pengendali makanan melakukan

  1. Pada permulaan aktiviti pengendalian makanan;
  2. Selepas menggunakan tandas;
  3. Selepas mengendali makanan mentah atau bahan tercemar;
  4. Selepas bersin dan batuk sekiranya tidak dapat dielakkan.

Diantara langkah lain yang diambil oleh pihak MacFood dalam memastikan segala keselamatan makanan terjamin dan selamat dimakan oleh pelanggan . MacFood telah menetapkan syarat yang ketat kepada semua pekerjanya dan diantara nya ialah.

Barang kemas atau objek-objek lain yang boleh terjatuh atau mencemarkan makanan dilarang memakai atau membawanya ke dalam kawasan pemprosesan makanan.Jika terdapat barang kemas yang tidak ditanggalkan, termasuklah gelang perkahwinan atau tanda amaran perubatan perlu dibalut.

Pergerakan pekerja hendaklah tidak menyebabkan pencemaran silang kepada produk dan keluar masuk pekerja hendaklah dikawal bagi mengelakkan kemungkinan berlaku pencemaran. Semua ini adalah termasuk barangan peribadi atau pakaian tidak boleh disimpan di tempat pemprosesan makanan.

Diatas tanggungjawab yang diberikan oleh McDonald’s kepada MacFood dalam penyediaan makanan dan keselamatan makanan, maka MacFood secara dasarnya telah melakukan skop amalan Pengilangan  yang baik (GMP) sebagai garis panduan yang ketat.

Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) Tersebut ialah  mengamalkan  langkah-langkah universal yang mengawal keadaan operasi sesebuah premis makanan bagi membolehkan penghasilan makanan yang selamat.

Premis: sebarang bangunan atau apa-apa struktur, kekal atau sebaliknya bersama-sama dengan tanah dan bangunan, atau struktur lain yang terletak dan sebarang perkongsian tanah yang digunakan bagi penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pembawaan, pengedaran dan penjualan sebarang jenis makanan.

Air yang Selamat di minum (Potable Water): air yang selamat diminum dan seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan 394 Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983.

Sanitasi: pengurangan bilangan mikroorganisma kepada paras yang akan menggelakkan bahaya pencemaran kepada produk makanan, tanpa memberi kesan yang negatif kepada makanan, melalui agen-agen kimia yang dan/atau kaedah fizikal yang sesuai.

Pelawat: individu termasuk kakitangan penyelenggaraan dalaman yang melawat seseorang atau sesuatu tempat.

Dengan demikian tidak dapat dinafikan lagi bahawa penghasilan makanan McDonald’s yang dilaksakan oleh MacFood telah menjalankan satu proses amalan keselamatan makanan yang ketat dan diyakini terbaik dari mutu, kebersihannya dan halal dimakan oleh semua pelanggan.

Image | This entry was posted in Cara Pemprosesan dan Langkah Keselamatan Makanan di McDonald’s Mencapai S.O.P Antarabangsa and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s