Tahukah Anda: Siapakah pembekal Produk Bahan Mentah McDonald’s Malaysia


Oleh rmf

Rantaian bahan

McDonald’s secara keseluruhannya  tidak hanya digemari kaum remaja tapi, restoran “fast food” atau cepat saji ini juga digemari berbagai golongan dari orang tua hingga anak-anak muda sudah pastinya

Tohmahan dan fitnah yang mengatakan penyediaan daging serta makanan yang dihasilkan adalah dikatakan cukup menjijikkan dan tidak menepati SOP yang ditetapkan

Semua fitnah ini telah disanggah dengan fakta fakta jelas dan berhemah untuk membuktikan bahawa McDonald’s  adalah restoran yang ternyata telah menepati SOP yang ditetapkan oleh JAKIM.

Tahukan anda bahawa penyediaan daging McDonald’s adalah diantara prosedur yang amat ketat dan dijaga  kualiti dan juga kebersihan penyediaannya. Mana mungkin  tuduhan sedemikian dilakukan dengan tidak mengambil kira kelulusan yang diberikan oleh pihak JAKIM dalam Persijilan Halal.

Justeru itu adalah satu pembohongan besar dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan fitnah  terhadap McDonald’s. Dengan Persijilan Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM Sekali gus telah menafikan semua tohmahan yang dilemparkan kepada McDonald’s.

Justeru itu, McDonald’s  secara lazimnya bertanggungjawab bagi memastikan status pembekal yang dipertanggungjawabkan dalam urusan pembekalan bahan mentah  kepada McDonald’s.

Menurut Puan Rosedalina Ibrahim, Pengurus Kanan Rantaian Bekalan McDonald’s Malaysia menerangkan bahawa McDonald’s  mempunyai dua kategori pembekal yang dilantik oleh McDonald’s iaitu  Pembekal Dalam Negara dan Pembekal Luar Negara.

Kedua kategori rantaian pembekal McDonald’s Malaysia mewajibkan pembekalan semua produk kepada McDonald’s adalah 100% halal dan dijamin kualitinya mencapai SOP yang telah ditetapkan. Semua ini adalah untuk menjamin bahawa setiap keluaran produk McDonald’s adalah yang terbaik untuk pelanggan.

Pada masa yang sama juga , menurut Puan Rosedalina Ibrahim,  McDonald’s juga memastikan semua pembekal yang dilantik mempunyai Sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM disamping itu juga McDonald’s juga mempunyai Jawatankuasa Halal dalaman  serta penasihat bebas yang membantu untuk menepati SOP Halal JAKIM.

Dalam memastikan produk makanan McDonald’s melepasi syarat ketat Halal, McDonald’s hanya akan berurusan dengan pembekal makanan yang diiktiraf Halal.

Pembekal bahan mentah  dalam negeri  bukan sahaja diperiksa secara menyeluruh oleh pihak penguatkuasa yang diiktiraf McDonald’s ,tetapi telah juga disahkan Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia).

Diantara pembekal  dalam negara yang telah dipertanggungjawabkan untuk membekal bahan mentah untuk McDonald’s ialah Nestle, Dutch Lady dan Ayam Dinding untuk membekalkan ayam mentah.

Pembekalan  luar negara pula pihak McDonald’s dan juga Jawatankuasa Halal Dalaman serta penasihat bebas McDonald’s mewajibkan pihak pembekal  mempunyai Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Prosedur yang amat ketat ini semestinya dipatuhi dan mencapai standard yang ditetapkan oleh McDonald’s.

Bukan itu sahaja, untuk pembekal luar negara , status halal yang dikeluarkan oleh  agensi Halal diluar negara akan diperiksa semula  oleh JAKIM sebagai pengesahan status halal. Jadi tidak dapat dinafikan lagi bahawa McDonald’s Malaysia sebagai pemain  rangkaiam manakan cepat saji ini mementingkan kualiti dan  kebersihan produk untuk dinikmati oleh pelanggan.

Manakala Aryzta adalah merupakan  pembekal roti  dan MacFood adalah bertanggungjawab untuk membekalkan daging ayam  dan daging untuk produk makanan di McDonald’s. Disamping itu juga  McDonald’s mempunyai pembekal Eksklusif yang mana terbahagi kepada dua iaitu  Pembekal bun dan Pembekal Protin.

Secara dasarnya kebersihan, mutu , dan kawalan kualiti serta pemeriksaan terhadap daging serta ayam semuanya diambil kira dan menepati SOP yang  diberikan. Kegagalan berbuat demikian  secara tidak langsungnya akan menjurus kepada  penarikan semula Persijilan Halal yang diberikan oleh JAKIM.

Audit di kilang bukan sahaja kepada bahan ramuan sahaja, tapi akan tentukan bagi pembuktian berkenaan produk itu. JAKIM  juga melihat proses produk berkenaan, peralatan, kebersihan persekitaran serta pekerjanya.

Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa penyediaan daging burger serta lain lain makanan McDonald’s di Malaysia adalah dipantau rapi oleh JAKIM bagai memastikan semua rakyat Malaysia dapat menikmati keenakan daging segar McDonald’s tanpa rasa was was.

Kebersihan , Kualiti dan  segalanya amat dititik beratkan untuk memastikan pelanggan McDonald’s mendapat yang terbaik. Sudah Pastinya dari McDonald’s

Justeru itu, Jabatan Rantaian Bekalan McDonald’s Malaysia, adalah yang bertanggungjawab  mengawasi semua produk yang masuk kedalam rantaian bekalan McDonald’s adalah yang terbaik dan berkualiti  serta terjamin  kebersihannya.

Image | This entry was posted in Tahukah Anda: Siapakah pembekal Produk Bahan Mentah McDonald’s Malaysia and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s