Datuk Noor Ehsanuddin Patahkan Cubaan Rafizi Memutarbelit  Fakta Tabung Haji


Oleh rmf

Tidak habis habis dan tidak serik sama sekali  perangai Rafizi Ramli yang suka memutar belitkan fakta untuk menimbulkan isu  yang memburukkan agensi kerajaan yang berteraskan Melayu Islam. Apakah kerana politik semua perkara telah menjadi halal dimata Rafizi.

Didalam sidang Parlimen baru baru ini, Rafizi sekali lagi dengan sengaja telah cuba mengelirukan fakta  yang berkaitan dengan  kewangan Tabung Haji yang tidak tepat. Seharusnya sebagai saorang Ahli Parlimen rafizi seharusnya mengemukakan fakta bukan mengambil jalan mudah bagi setiap isu yang  ingin disampaikan.

Saban tahun Tabung Haji tidak pernah gagal untuk mengeluarkan dividen  untuk setiap pelabur didalam Tabung Haji. Setiap perlaburan yang dilaksanakan oleh Tabung Haji dalam segala bidang sudah pastinya  mendatangkan keuntungan untuk diagihkan.

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Narrashid dalam hujahan balasnya telah menegur dan menempelak sikap Rafizi dimana mendakwa bahawa pengurusan  Tabung Haji menghadapi kelemahan didalam pengurusan kewangan.

Dakwaan Rafizi ini disifatkan sebagai dengan sengaja untuk mengelirukan Ahli Dewan dengan fakta yang kurang tepat berhubung dengan pengurusan kewangan Tabung Haji. Secara lazimnya setiap perlaburan yang dilaksanakan akan menghadapi satu situasi dimana keuntungan dan kerugian akan berlaku.

Jika kita lihat dimana mana sector perlaburan sudah semestinya ada penada aras atau “guide’  yang perlu diikuti jika sesuatu keminbgkinan  berlaku  terhadap perlaburan yang dilakukan. Penanda aras ini  adalah langkah terbaik Tabung Haji untuk memastikan setiap perlaburan yang dibuat akan mendatangkan keuntungan serta mampu memberikan pulangan dividen kepada pelabur dan  juga pendeposit.

Datuk Noor Ehsan menyatakan kekesalan beliau disebabkan Rafizi Ramli hanya menceritakan tentang 10 kegagalan tanpa memberitahu 40 yang telah berjaya dari 50 portfolio yang dinyatakan. Ini menampakan Rafizi Ramli cuba mengelirukan Dewan Rakyat kerana tidak memberitahu perkara yang betul.

Sewaktu sidang perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang Dipertuan Agung di Dewan Rakyat, Rafizi telah berkata bahawa, dividen Tabung Haji kepada pendeposit meningkat kerana berlaku penambahan bilangan pendeposit setiap tahun dan bukan kerana keuntungan pelaburan Tabung Haji sendiri.

Hal ini telah dibantah oleh Datuk NoorEhsan kerana berdasarkan fakta melalui Laporan Kewangan Tabung Haji pada setiap tahun ianya jelas menunjukkan butiran fakta yang cuba dikelirukan oleh Ahli Parlimen Pandan iaitu, pemberian dividen dan bonus adalah kerana pertambahan bilangan pendeposit serta hasil dari keuntungan pelaburan Tabung Haji.

Datuk NoorEhsan turut menjelaskan sekali lagi hasil dari kecekapan dan pengurusan kewangan yang baik, TH telah mengumumkan, RM3.23 billion dividen dan bonus telah diagihkan kepada pendeposit tahun 2015 dengan kadar 5 peratus serta tambahan 3 peratus kepada pendeposit yang belum menunaikan haji.

Namun cubaan Noor Ehsan untuk memperincikan butiran hujah beliau bagaimanapun telah diganggu oleh Ahli Parlimen PKR Kapar, Manivanan Gowind yang dilihat dengan sengaja cuba membuat kecoh bagi mengalih tumpuan dan perhatian daripada penjelasan yang cuba dibuat.

Perkara yang pelik dan menarik untuk difikirkan adalah bila Raifizi mengakui memiliki sejumlah wang simpanan dalam TH dan sehingga kini tidak bertindak untuk mengeluarkannya. Hal ini ironiknya, telah sekaligus mengiktiraf keupayaan pengurusan kewangan TH, berbanding cubaan beliau untuk mengelirukan rakyat.

Datuk NoorEhsan juga menempelak rafizi kerana telah cuba mengelirukan rakyat dengan pelbagai isu yang antaranya adalah isu cincin RM24 juta yang mana hal ini telah menjadi satu fitnah yang besar selama 3 tahun yang akhirnya Rafizi berkata isu ini sekadar bergurau.

Datuk NoorEhsan juga kesal kerana hal sebegini akan menyebabkan anak – anak kita terdedah kepada pemikiran yang buruk serta tidak membantu dan akan merosakan orang lain disebabkan pemimpin sanggup buat apa sahaja asalkan matlamat tercapai. Apatah lagi hal serta tindakan Rafizi di dalam dewan juga di tonton oleh mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM).

Ini menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif terhadap kerajaan dan perkara sebegini perlu disekat sama sekali.

Image | This entry was posted in Datuk Noor Ehsanuddin Patahkan Cubaan Rafizi Memutarbelit  Fakta Tabung Haji and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s