Wee Ka Siong –   MCA Tetap Setia  Menyokong Kepimpinan Dato’ Seri Najib


Oleh rmf

Rata rata pemimpin Barisan Nasional telah bersuara menyatakan  pendapat dan pandangan masing masing  berikutan tindakan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pihak DAP dalam agenda yang dinamakan ‘Deklarasi Rakyat’ .

Pesanan demi pesanan diingatkan terhadap rakyat agar lebih berhati hati dalam memberikan sokongan terhadap ‘Deklarasi Rakyat’ yang mana pada dasarnya akan menjurus kepada kesan yang tidak baik pada negara kerana  untuk memperjuangkan agenda tersembunyi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Wee Ka Siong yang juga merangkap Timbalan Presiden MCA tidak ketinggalan untuk memberikan pesanan kepada rakyat agar lebih berhati hati dalam memberikan sokongan terhadap agenda baru yang dilancarkan oleh kumpulan baru DAP ini.

‘Deklarasi Rakyat’ yang dinakhodai oleh Mahathir dan Lim Kit Siang dilihat  sebagai satu agenda yang banyak menjurus kepada ketidakstabilan politik serta keamanan jika ianya dilaksanakan dengan  mengikut kehendak naluri bukan atas dasar demokrasi yang menjadi amalan  rakyat dalam negara ini.

Kebimbangan ini ternyata disuarakan oleh Datuk Seri Wee Ka Siong sewaktu merasmikan Majlis ‘Melaka Machap Baru Food and Cultural Night’ di Machap Walk, Melaka baru baru ini.

Melihat daripada rentetan sejarah politik negara, semua orang sedia maklum bahawa  kedua pemimpin ini terkenal dengan sikap saling membenci pada satu ketika dahulu dan kini telah duduk semeja hanya kerana untuk menumbangkan Perdana Menteri iaitu Dato Seri Najib.

Tindakan ini sesuatu yang amat mengejutkan semua pihak dan  kedua pemimpin ini seolah olah telah melupakan sengketa mereka. Pesanan Wee Ka Siong kepada rakyat agar lebih berhati hati dengan percaturan politik yang cuba diolahkan oleh kedua pemimpin ini.

DAP dan Mahathir secara jelas dan tepatnya sedang cuba menyempurnakan agenda  ‘mengulingkan’ kan Perdana Menteri atas nama kehendak rakyat walaupun pada dasarnya rakyat menolak  apa yang telah dirancangkan oleh mereka berdua.

Beliau beraggapan dan amat yakin bahawa matlamat Deklarasi Mahathir adalah untuk menjatuhkan kerajaan. Dalam keadaan sekarang seharusnya kebajikan rakyat perlu diutamakan seperti memikirkan bagaimana untuk menambahkan pendapatan rakyat dan bukannya menimbulkan masalah.

MCA selaku parti komponen Barisan Nasional (BN) akan tetap berdiri teguh di belakang Dato Sri Najib serta akan tetap setia dan menyokong BN untuk menerajui negara.

Berbalik kepada program rasminya pada malam itu, beliau berkata dengan pembukaan Machap Walk di Kampung Machap Baru yang menempatkan 146 perniaga Melayu, Cina dan India. Dijangkakan ianya akan menjadi satu pusat pelancongan baru yang di negeri Melaka.

Dengan keunikan suasana kampong yang berusia 60 tahun ini tidak mustahil penduduknya akan mendapat limpahan ekonomi yang lebih baik khusunya dari sektor pelancongan serta secara tidak langsung ianya akan meningkatkan industri pelancongan di Melaka.

Image | This entry was posted in Wee Ka Siong –   MCA Tetap Setia  Menyokong Kepimpinan Dato’ Seri Najib and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s