Wall Street Journal Gagal Fitnah FGV Dalam Isu Pemerdagangan Manusia


Oleh rmf

Berbagai fitnah yang dilemparkan oleh  media barat terutama Wall Street Journal terhadap negara Malaysia,  Fitnah yang bakal menjurus kepada ketidak stabilan politik dan  ketenteraman dikalangan warganegara.

Wall Street  Journal sekian lamanya telah banyak meruntuhkan  negara yang berpaksikan pemerintahan islam dengan mengwujudkan satu pendekatan strategi yang melibatkan isu berkaitan dengan rakyat. Ianya sememangnya menjadi modus operandi sejak dahulu lagi.

Kehancuran Iraq merupakan kejayaan WSJ dalam melakukan fitnah sehingga berlakunya serangan dan pemberontakan dilakukan oleh rakyat mereka sendiri  atas nama demokrasi.

WSJ dalam fitnah yang dilemparkan terhadap FGV adalah amat keterlaluan sehingga ianya dibuat seakan FGV telah benar melakukan “pemerdaganagan” manusia sebagaimana yang telah didakwa Wall Street  Journal.

Dalam dakwaan yang bertarikh 26 Julai 2015 yang ditulis oleh Syed Zain Al-Mahmood di WSJ, mengeluarkan kenyataan seorang pekerja peladangan yang bernama Mohammad Rubel, 22 tahun kerakyatan Bangladesh..dalam entry berkenaan, pekerja dari Bangladesh itu mendakwa telah dipaksa bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti, tidak menerima sebarang bayaan atas alasan pendatang asing tanpa izin..

Kata Rubel lagi, dia dipaksa bersesak dalam sebuah bot selama 3 minggu dengan makanan dan menuman tidak mencukup..Rubel mendakwa ada rakan lain yang dilihatnya kepenatan dan dipukul..

Antara dakwaan lain ialah, Rubel tinggal di dalam hutan dan jauh dari pekan terpaksa membeli makanan dengan harga yang sangat tinggi dan penyelia menzalimi mereka dengan mengambil kira-kira 30% daripada gajinya setiap minggu kerana menunaikan solat Jumaat.

Dakwaan yang dibuat dalam laporan Wall Street Journal (WSJ) pada Julai 2015, menerima reaksi segera FGV yang menyifatkannya sebagai tamparan terhadap komitmennya dalam aspek layanan saksama serta ketelusan.

Antara langkah segera diambil FGV bagi menyiasat kesahihan dakwaan itu termasuk menghubungi pihak WSJ bagi mendapatkan maklumat yang dapat membantu siasatan berkenaan.

FGV telah menyiasat kes ini diladang yang didakwa oleh kakitanhan kanan FGV, dan penglibatan pihak kerajaan dan NGO. Untuk menunjukkan ketelusan  siasatan  FGV  telah melantik satu pasukan penyiasat bebas Wild Asia untuk menyiasat kes ini.

Lantikan Wild Asia  untuk menyiasat isu yang didakwa oleh WSJ ini adalah untuk memastikan dakwaan yang dilemparkan tersebut adalah bersifat provokasi dan jika ianya tidak dikendalikan secara professional, maka reputasi FGV sebagai pemain perladangan dan hartanah akan terjejas.

Sebuah badan pengesahan bebas, Wild Asia, mengesahkan tiada sebarang bukti dakwaan berlakunya pemerdagangan manusia di ladang milik Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) di Jempol, Negeri Sembilan, sebagaimana dilaporkan media pada Julai, 2015

CEO FGV, Dato Emir Mavani berkata “Berdasarkan penemuan bebas, tiada kes pemerdagangan manusia atau upeti atas tiga ladang yang didakwa,”

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah menegaskan, kumpulan itu mempunyai dasar jelas berhubung usaha pengambilan pekerja asing.

“Hasil temu bual petugas kami tidak menemui sebarang kes ‘pemerdagangan manusia’ (sebagaimana dilaporkan media) atau dapat merumuskan wujudnya ‘buruh paksa’ (sebagaimana dinyatakan oleh SA8000),” kata laporan itu.

Standard SA8000 adalah piawaian pensijilan sosial bagi tempat kerja bersesuaian dan memuaskan berdasarkan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa yang melindungi hak asasi manusia kalangan pekerja.

Image | This entry was posted in Wall Street Journal Gagal Fitnah FGV Dalam Isu Pemerdagangan Manusia and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s