Penemuan Objek Pesawat : Malaysia Hantar Pasukan Untuk Mengenal Pasti Serpihan Yang Dijumpai


Oleh rmf

Malaysia's transport minister Liow Tiong Lai speaks at a news conference about debris found on a beach in Mozambique that may be from missing Malaysia Airlines flight MH370, in Kuala Lumpur, Malaysia.

Keprihatinan masyarakat seluruh dunia terhadap teagedi MH370 yng telah hilang dari paparan radar terserlah apabila setiap kali terjumpanya objek serpihan dimana mana juga di kawasan Lautan Hindi , sudah pastinya akan mengaitkan dengan kehilangan MH370.

Berbagai udaha dilakukan oleh banyak pihak dalam pencarian MH370 yang tida titik penamatnya. Australia sebagai rakan diplomatic  negara ini berusaha gigih dalam pencarian tersebut dan melibatkan beberapa negara lagi.

Baru baru ini satu serpihan yang dikatakan  milik sebuah pesawat telah ditemui di Terusan Mozambique  oleh saorang warga Amerika yang tertulis “NO STEP” Objek yang dijumpai tersebut adalah dikatakan milik MH370. Objek tersebut dikenal pasti  sebagai penyambung ekor pesawat

Bagi membuktikan ia adalah serpihan dari MH370 banyak  tatacara atau prosedur yang terpaksa diteliti dan ianya mengambil masa yang agak panjang untuk mengesahkan bahawa objek yang dijumpai tersebut adalah milik MH370.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengulas bahawa  proses siasatan dan mengenalpasti ini akan mengambil masa yang panjang. Kerajaan akan menghantar pasukan penyiasat yang terdiri dari DCA (Jabatan Penerbangan Awam) dan MAS. Pasukan penyiasat khas MH370 juga akan turut serta ke Australia untuk menyiasat serpihan ini.

Menurutnya lagi pasukan penyiasat kita akan bekerjasama dengan dengan penyiasat dari kerajaan Australia yang selama ini sentiasa memberi komitmen mereka yang terbaik. Serpihan tersebut akan dibawa ke Australia untuk disiasat dengan menyeluruh. Walaupun begitu, penyiasat kita akan memantau keseluruhan proses siasatan ini secara terperinci.

Anggota DCA akan berjumpa dengan ketua pengarah DCA Mozambique untuk berbincang dan membawa pulang serpihan objek yang ditemui itu. Peringatan diberikan kepada orang ramai agar tidak membuat spekulasi sehingga siasatan dijalankan selesai.

Dalam pada itu, Datuk Seri Liow juga menasihatkan semua waris MH370 agar membuat tuntutan terhadap MAS sebelum 6 mac ini. Ini bagi mengekalkan hak perundangan mereka berdasarkan Konvensyen Montreal.

Berdasarkan Perkara 35 Konvensyen 1999 mengenai Penyatuan Tertentu dengan Pengangkutan Udara Antarabangsa (Konvensyen Montreal) hak untuk ganti rugi terhadap MAS akan terhapus jika tiada tindakan dilakukan dalam tempoh yang dua tahun dari tarikh di mana pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 8 Mac 2014

Sehingga kini sudah 60 kes sudah diselesaikan berkenaan tuntutan oleh waris MH370.

.

Image | This entry was posted in Malaysia Hantar Pasukan Untuk Mengenal Pasti Serpihan Yang Dijumpai and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s