Adakah Kehadiran Teksi  Mini Akan Mengancam Pendapatan Pemandu Teksi


Oleh rmf

Masyarakat Malaysia terutamanya di bandar kini telah beralih kepada perkhidmatan pengangkutan  yang dilihat lebih mudah, efisien dan selamat  Perubahan sikap pengguna adalah disebabkan peredaran masa  dan perkembangan teknologi yang begitu cepat.

Rata rata pada kebanyakan pengguna  menyuarakan pandangan bahawav mereka hanya mementingkan kualiti  perkhidmatan yang terbaik diberikan. Peratusan pengguna teksi berubah kepada   perkhidmatan yang laian seperti Uber dan Grabcar  adalah kerana  perkhidmatan yang ditawarkan.

Kehadiran Uber dan Garabcar sudah tentu tidak disenangi oleh pemandu-pemandu teksi yang menganggap perkhidmatan baharu ini ‘membunuh’ mereka. Berbagai kecaman dibuat terhadap perkhidmatan ini, Namun jika kita imbas sekali lalu, pernaha tau tidak kita  meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.

Seharusnya dengan kehadiran Uber atau Grabcar  ini terus meningkatkan motivasi pemandu teksi untuk berubah dari sikap yang boleh dikatakan membuatkan ramai pengguna meluat untuk menggunakan khidmat mereka.

Baru baru ini, kerajaan bercadang untuk mengwujudkan teksi mini pada  penghujung tahun ini. Teksi mini diwujudkan untuk memberikan perkhidmatan yang murah dan terbaik . Apakah dengan kehadiran teksi mini ini akan menjurus kepada  bantahan yang dilakukan  oleh persatuan pemandu teksi kelak.

Jika kita imbas secara kasarnya, kerajaan telah memperuntukkan banyak inisiatif bagi pemandu teksi untuk mempertingkatkan   perkhidmatan  yang ditawarkan kepada pengguna. Penggunaan meter yang betul serta layan terhadap pelangan yang terbaik.

Kenaikan tambang yang  mana satu ketika dahulu menjadi isu kepada pemandu teksi kini telah pun diselesaikan oleh kerajaan dengan menetapkan kenaikan dengan kadar baharu.

Bantuan  permulaan untuk memiliki tekasi baru  dibantu oleh kerajaan. Namaun apa yang amat mengecewakan bagi sesetengah pihak, perkhidmatan yang ditawarkan masih ditakuk lama dan tidak pernah berubah oleh sebilangan pemandu teksi.

Justeru itu,  pemandu teksi tidak boleh menyalahkan sesiapa jika perkhidmatan mereka tidak menjadi pilihan pengguna lagi.

Perkhidmatan Uber dan GrabCar dilihat lebih mengutamakan pelanggan, sikap dan cara mereka menepati masa menarik minat pengguna. Pemandu teksi patut berubah sikap dan lebih profesional.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Encik Mohd Azharuddin Mat Sah, pemandu teksi perlu mengubah sikap dan kaedah mereka berkerja. Di zaman teknologi ini mereka perlu berubah mengikut zaman. Mereka perlu bijak mengunakan teknologi yang sedia ada sekarang. Contohnya seperti aplikasi Myteksi yang digunakan oleh kebanyakan pemandu teksi sekarang.

Pengguna hari ini tidak lagi suka menunggu teksi diluar rumah. Mereka lebih suka menunggu di rumah sehingga teksi datang. Ianya lebih mudah dan lebih selamat kepada mereka. Ini yang patut pemandu teksi fikir dan buat.

Aplikasi atas talian kini menjadi sebahagian daripada  cabang perkhidmatan yang ditawarkan. Perkhidmatan atas talian ini dianggap mudah untuk pelanggan  mendapatkan perkhidmatan teksi. Tetapi berapa banyakkah  dikalangan pemandu teksi yang telah beralih kepada teknologi ini.

Pemandu teksi seharusnya  berubah sikap kepada yang lebih positif, Mengikuti semua perkembangan  teknologi dan perkhidmatan yang terbaik , walaupun apa juga kehadiran perkhidmatan pun tidak akan menjejaskan pendapatan mereka termasuklah teksi mini yang dikatakan akan dibenarkan beropersi.

Kehadiran pelbagai jenis perkhidmatan teksi ini pun berpuca dari masalah yang ditimbulkan oleh pemandu teksi. Ada sesetengah pemandu teksi tidak mahu ke lokasi-lokasi yang diminta oleh pelanggan, oleh itu pelanggan terpaksa mengunakan perkhidmatan lain yang boleh memenuhi keperluan mereka.

Ada juga yang masih tidak mengunakan meter, sehingga mengenakan caj bayaran yang tidak munasabah kepada pelanggan. Ini pun satu faktor yang menyebabkan pengguna memilih perkhidmatan lain.

Oleh itu kebimbangan pemandu teksi akan pendapatan mereka terjejas dengan kehadiran teksi mini ini adalah tidak wajar. Jika mereka memberi perkhidmatan yang baik, selesa, mesra, menepati masa dan berpatutan, mereka tidak perlu risau pendaatan mereka terjejas.

Satu fakta yang penulis ingin pesan kepada pemandu teksi, negara kita terkenal mempunyai perkhidmatan teksi yang terburuk dalam dunia.Tinjuan sebuah laman Web Brtisih telah menyenaraikan Malaysia antara 10 buah negara yang mempunyai pemandu teksi paling teruk didunia.

Image | This entry was posted in Adakah Kehadiran Teksi  Mini Akan Mengancam Pendapatan Pemandu Teksi and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s