Kadar Diskaun 30% Untuk pengguna Bas Antara Bandar


Oleh rmf

Kerajaan dalam kepelbagaian usaha untuk meringankan beban rakyat  terus melakukan apa  sahaja yang bersifat relevan  untuk dinikmati oleh rakyat berdasarkan logic dan keprihatinan.

Pengangkutan awam adalah diantara sistem pengangkutan yang mula mendapat perhatian oleh rakyat. Sistem pengangkutan yang sedang menjalani transformasi oleh kerajaan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Keselesaan dan nilai tambah   sedang dipergiat dilakukan oleh kerajaan  agar sistem pengangkutan awam darat terutama perkhidmatan bas menepati keperluan dan setanging dengan negara maju.

Baru baru ini satu kenyataan media telah dibuat oleh SPAD  dan menawarkan skim diskaun tambang kepada pengguna yang  berulang alik dari Seremban Rawang,  Klang  ke Kuala Lumpur.

Diskaun sebanyak  30% telah ditawarkan kepada pengguna pengakutan awam  dan ianya satu inisiatif terbaik dari kerajaan untuk rakyat.

Justeru itu, pengguna pengakutan awam darat di  tempat yang dinyatakan  diatas  tidak melepaskan peluang untuk menikmati  kadar diskaun yang ditawarkan dan telah pun dibuka tawaran ini pada 1 Mac 2016 yang lalu.

Kenyataan Media

KERAJAAN MELANJUTKAN INSENTIF DISKAUN 30% BAGI PENGGUNA PERKHIDMATAN BAS ANTARA BANDAR

KUALA LUMPUR, 29 FEBRUARI 2016

Kerajaan akan melanjutkan diskaun 30% bagi pengguna perkhidmatan bas antara bandar bagi laluan dari Rawang, Klang dan Seremban ke Kuala Lumpur mulai 1 Mac 2016 sehingga 31 Disember 2016.

Inisiatif yang diperkenalkan pada 1 September 2015 ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk meringankan kos perjalanan harian bagi pengguna yang menetap di kawasan pinggir bandar dan yang bekerja di pusat bandar Kuala Lumpur.

Disamping itu, diskaun ini juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan pengangkutan awam secara lebih meluas dan akan memberi manfaat kepada orang ramai yang memilih pas bulanan bagi perjalanan mereka.

Pengguna yang berminat boleh membeli pas bulanan daripada pengendali pilihan, seperti tertera di jadual yang berikut:

Diskaun ini adalah tertakluk pada terma dan syarat, dan ianya terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang menetap di Seremban, Klang dan Rawang dan bekerja di Kuala Lumpur. Borang aplikasi boleh dimuat turun melalui www.spad.gov.my. Di samping itu, borang aplikasi juga boleh didapati di kaunter tiket pengendali bas yang yang ditetapkan sepertimana dalam jadual diatas.

Image | This entry was posted in Kadar Diskaun 30% Untuk pengguna Bas Antara Bandar and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s