Wee Ka Siong – Persekongkolan Mahathir bersama DAP Sememangnya Sudah DiJangka


Oleh rmf

Wee-Ka-Siong-MCA-UMNO

Selama 22 tahun masih tidak cukup bagi saoarang mantan Perdana Menteri untuk mengaut kekayaan untuk krooni dan anak anak nya. Sejak tidak disambung perjanjian IPP dan beberapa lagi konsesi milik kroni, mantan ini meroyan tahap luar fikiran sehingga sanggup memusnahkan UMNO.

Serangan bertubi tubi keatas kepimpinan yang sedia ada telah menunjukkan sikap sebenar yang ada dalam diri Mahathir, dan sesiapa yang mengenalinya akan menjangkakan apakah tindakan selanjutnya akan dilakukan demi mencapai maksud.

Persekongkolan Mahathir dengan DAP telah mengejutkan banyak pihak yang mana pada setengah pihak telah menjangkakan ianya berlaku. Perkara ini dapat dilihat bagaimana sikap Mahathir sendiri tidak membenarkan dirinya menjadi pemaaf kepada orang lain.

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong akui, beliau tidak terperanjat dengan tindakan mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri itu. Jangkaan ini sudah diduga aabila kita sendiri mendengar setaip patah ayat yang dikeluarkan  dan ayat ayat yang bersifat ancaman kepada  kepimpinan UMNO sedia ada  dan juga kepimpinan Barisan Nasional.

 “Sebelum ini pun beliau tidak setuju dengan Pak Lah (perdana menteri kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi) sehingga mengutuknya dan keluar parti. Kali ini dengan Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) pula. Saya tidak terperanjat.

“Apa sekalipun, kita kena hormati keputusannya. Kita kena lihat perkara ini dari sudut bagaimana Barisan Nasional (BN) perlu menghadapi apa-apa impak selepas ini dan terus bergerak ke hadapan demi pembangunan dan agenda rakyat,” katanya.

Apa yang disampaikan oleh Datuk Seri Dr Wee Ka Siong ada benarnya ini berdasarkan pengalaman sebagai seorang yang senior dalam politik tindakan sedemikan rupa boleh diduga kerana kita sedia maklum hari ini semua parti mengalami masalah yang hampir sama tidak terkecuali MCA.

MCA sebelum ini dilanda krisis kepimpinan namun setelah pucuk kepimpinan diteraju oleh Datuk Liow Tiong Lain dan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, MCA dan ahlinya bersatu padu dan merapatkan barisan perjuangan mereka yang kini dilihat lebih manpan dan jauh bersedia dalam menghadapi gelombang politik tanah air.

Walaubagaimanapun tindakan Tun Mahathir ini tidak menjejaskan kepimpinan Dato’ Seri Najib Razak secara total, Najib Razak yang kini masih mendapat sokongan padu dari dalam dan luar parti meskipun ada segelintir menyatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia ke enam ini bakal melepaskan jawatanya hanyalah boleh dikatakan sebagai “Ibarat bermimpi disiang hari

Image | This entry was posted in Wee Ka Siong – Persekongkolan Mahathir bersama DAP Sememangnya Sudah DiJangka and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s