Lim Kit Siang Boleh Buat Laporan Polis Jika Lim Guan Eng Bukan Orang ke 22 Terkaya Di Dunia


Oleh rmf

Lim Guan Eng merasa dianiaya telah disampaikan oleh bapanya Lim Kit Siang yang mana menuduh bahawa penyenaraian Lim Guan Eng diantara orang yang terkaya didunia adalah penipuan yang dilakukan oleh cybertrooper pro kerajaan.

Seperti biasa , sebenarnya Lim Kit Siang amat takut untuk membuat kenyataan penafian  dalam isu isu yang tepat dan benar dibongkar mengenai kekayaan individu dari parti DAP. Jika ini berlaku maka segala tembelang dan skandal yang selama ini disembunyikan akan terbongkar.

Sebagaimana biasa DAP akan mengalihkan isu dan membuat tuduhan dan mencari “orang ketiga” untuk dipersalahkan. Dalam mencari “orang ketiga” DAP melalui Lim Kit Siang terus mengatakan bahawa maklumat yang dibuat oleh Forbes telah diubah.

Jika Lim Kit Siang mengatakan ianya berniat jahat , maka lakukan sesuatu , buatlah satu laporan bertulis kepada pihak berkuasa agar satu siasatan dilakukan keatas Lim Guan Eng mengenai apa yang terkadung didalam dan dikeluarkan oleh Majalah Forbes jika pada kedudukan ke 22 itu adalah Lim Wee Chai.

Lim Kit Siang seharusnya membuat satu laporan polis dengan segera agar satu siasatan dilakukan dan menyiasat kedudukan yang sebenarnya agar semua rakyat tahu apakah kedudukan Lim Guan Eng itu satu penipuan dan menggunakan nama Lim Wee Chai itu merupakan satu alasan.

Rakyat amat tahu hubungan  akrab pemimpin DAP dengan taikon yahudi termasuk Soros  sebagaimana didedahkan melalui sekeping gambar yang mana dimasa itu Tian Chua berjumpa soros.

Dalam kolumnya, The Corridors of Power, Raja Petra mendakwa Ezam Mohd Nor dan Anuar Shaari, serta dua orang lain pada tahun 2003, telah pergi ke Amerika Syarikat menemui Soros untuk mengutip wang atas nama Free Anwar Campaign (FAC).

DAP juga mengatakan bahawa penerimaan Dana  dari Israel berjumlah RM1.2 billion juga satu pembohongan. Sehingga kini setelah 4 tahun tiada satu pun tindakan diambil untuk menafikan penerimaan tersebut.

Begitu juda resolusi DAP untuk menjadikan Malaysia “negara Kristian”, dan kononnya beliau (Kit Siang) berada di Kuala Lumpur dan mengetuai perarakan 13 Mei 1969 – yang mana semua itu tidak berasas dan palsu belaka. Semuanya ini tidak pernah diambil tindakan oleh Lim Kit Siang.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang didakwa mengamalkan dwi-standard dengan tidak menghiraukan penyebaran bahan palsu seumpama itu walaupun ia jelas satu fitnah yang tidak berasas.

Seharusnya Lim Kit Siang bersara dari politik, penyebaran fitnah yang berluasan telah dilakukan dengan penuh bergaya oleh pemimpin Pakatan Harapan dalam kepelbagaian cara, Fitnah Lahat Datu, Fitnah Altantuya, Fitnah Scopene, Fitnah dan berbagai lagi dilakukan terhadap kerajaan yang mana dibuat secara bermaharaja lela  tanpa ada tindakan.

Justeru iti saya sadangkan satu siasatan dilakukan keatas pemfitnah yang telah menuduh Lim Guan Eng adalah sebagai orang no 22 terkaya didunia ini dibuat untuk membuktikan nilai harta yang ada. Beranikah Lim Kit Siang lakukan.

Kebebasan bersuara dan kebenesan menyatakan pandangan dan pendapat didalam DAP sememanya sudah tidak wujud lagi. Ini dibuktikan dengan penyingkiran beberapa ADUN didalam pentadbiran Lim Guan Eng yang mana bertindak mengatakan  isi hati mereka.

Kritikan terhadap DAP adalah satu kesalahan yang besar dan dianggap menikan dari belakang saorang ketua. DAP juga sebuah parti perkauman dimana  telah merobohkan 26 buah kampung Melayu dimana didalamnya adalah terdiri daripada penyokong dari PAS dan PKR dan sebahagian kecilnya penyokong BN.

Tindakan kejam ini menunjukkan bahawa DAP melaksanakan dasar tertutup serta mengembangkan ideology komunis  dan kuku besi tergadap rakyat didalam negeri pemerintahannya.

Image | This entry was posted in Lim Kit Siang Boleh Buat Laporan Polis Jika Lim Guan Eng Bukan Orang ke 22 Terkaya Di Dunia and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Lim Kit Siang Boleh Buat Laporan Polis Jika Lim Guan Eng Bukan Orang ke 22 Terkaya Di Dunia

  1. Baina says:

    bro i ada satu soalan

    since u byk kaitkan anwar dgn yahudi israel

    oleh kerana anwar dh ke dalam, maka adalah US sudah mati akal dan punahlah harapan US utk menggunakan satu-satunya ‘puppet’ US iaitu anwar? dgn tiadanya anwar maka gagallah US utk menguasai malaysia?

    i just kesian kt US la.. napa bodoh sgt hanya ada seorg puppet iaitu anwar dan kenapa hanya mengharap pada pembangkang yg tidak akan menang dlm sistem PRU yg sentiasa dimanipulasi?
    sesuatu yg sgt membuang masa bagi sebuah kuasa besar yg boleh melanggar mana2 negara jika mereka suka dan boleh membeli mana2 pemimpin tamak kebendaan yg mereka mahu.

    do u mean tht najib adalah pejuang tulin bangsa dn agama yg perlu dipertahankan kerana ‘menolak’ US.

    rugi sungguh anwar kerana tiada peluang bersalam dgn netanyahu.. kalau tidak sudah tentu dia dianggap bukan agen israel yahudi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s