Tiong Lai – Pengabungan Dua Kaedah AES Dan KEJARA –Langkah Menyedarkan Penguna Jalan Raya


Oleh rmf

Kementerian Pengangkutan dalam usaha mengukur pencapaian peningkatan keselamatan jalan raya di Malaysia, telah menetapkan elemen penurunan Indeks Kematian sebagai salah satu daripada Key Performance Indicator (KPI).

Pada tahun 2014, Kementerian Pengangkutan telah menetapkan sasaran untuk menurunkan Indeks Kematian kepada 2.88. ​

Hasil daripada inisiatif-inisiatif yang dijalankan oleh Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan yang lain termasuk Badan Bukan Kerajaan dan pihak swasta, indeks Kematian pada tahun 2014 telah berjaya diturunkan kepada 2.66 di mana jumlah kematian adalah sebanyak 6,674 orang dengan jumlah terkumpul kenderaan berdaftar pada tahun 2014 adalah sebanyak 25,101,192 kenderaan. ​​

Kerajaan memandang serius perangkaan kemalangan ini dan bagi menangani isu keselamatan jalan raya ini secara holistik, Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah dan lendekatan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya disambing memberikan kesedaran kepada pengguna.

Pematuhan undang-undang dan denda serta hukuman penjara juga telah dilakukan adalah bukan penderaan terhadap  penguna jalanraya , malah ianya  lebih kepada  untuk mendidik pengguna agar menjadi saorang pemandu yang bertimbang rasa dan berhemah.

Justeru itu Kementerian Pengangkutan bakal mengabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) untuk mengurangkan jumlah kemalangan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata gabungan kedua-duanya nanti akan dikenali sebagai AWAS iaitu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik.

 “Sistem baharu ini bertujuan mengurangkan kemalangan. Selain itu, ia juga bagi memerangi gejala rasuah kerana pembabitan manusia yang minimum dalam mengeluarkan saman trafik,” katanya.

Liow memberitahu akan perkara ini didalam siaran langsung program Soal Jawab di TV3 malam tadi dan menyifatkan ini adalah kaedahnya untuk mengurangkan jumlah kemalangan yang kian meningkat.

Sebelum ini Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pendirian beliau terhadap cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mencadangkan kadar denda maksimum dinaikkan untuk menyelesaikan masalah sikap pemandu yang berulang kali melakukan kesalahan jalan raya.

Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan bahawa kementeriannya terpaksa menangani beberapa isu membabitkan undang-undang dan prosedur sebelum ia dapat menyerahkan cadangan itu kepada Kabinet selepas kajian akhir dimuktamatkan.

Automated Enforcement System (AES)

Automated Enforcement System (AES) ini adalah penguatkuasaan secara automatik iaitu kesinambungan daripada Pelan Keselamatan Jalan Raya 2006-2010. Ini adalah usaha berterusan aktivis keselamatan jalanraya (JPJ, PDRM, JKJR, MIROS, JKR) memberi tumpuan kepada 4E (Engineering, Enforcement, Education and Environment).

Ia adalah Keperluan adaptasi sistem penguatkuasaan yang mapan (sustainable) dalam terus kekal mengubah sikap pemanduan tanpa mengira kadar pertambahan kenderaan, pemandu atau kekangan penguatkuasaan.

AES satu sistem pengesanan dan merakam secara automatik  kesalahan lalu lintas menggunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakam imej kesalahan menggunakan kamera (gambar dan video).

AES pada mulanya dikuatkuasakan pada 2012 tetapi ia kemudian mendapat bantahan meluas daripada orang ramai. Sistem itu kemudian diambilalih oleh kerajaan selepas Dewan Rakyat meluluskannya pada Disember 2013.

Image | This entry was posted in Tiong Lai – Pengabungan Dua Kaedah AES Dan KEJARA –Langkah Menyedarkan Penguna Jalan Raya and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s