SPAD-Perkhidmatan Bas Henti Henti di IPOH DiPertingkatkan Bakal Menerima Perkhidmatan MyBAS


Oleh rmf

Ipoh merupakan kota kedua yang diisytiharkan sebagai bandar raya selepas Kuala Lumpur sepatutnya telah lama meningkatkan sistem perkhidmatan bas henti henti yang bertaraf terbaik sebagai keseimbangan pengiktifan sebagai sebuah bandaraya.

Namun satu ketika dahulu apa yang ditawarkan syarikat-syarikat bas tempatan sangat mendukacitakan. Ada diantara rakyat cukup malu untuk promosikan konsep pelancongan pengembaraan kepada pelancong luar, Sistem perkhidmatan yang sedia ada tidak melambangkan satu perkhidmatan yang cekap.

Walaupun bukan semua, namun ianya mencacatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam terutama perkhidmatan bas henti henti yang beroperasi diantara pusat Bandar dan Bandar Bandar kecil termasuk  kawasan kawasan perkampungan.

Ada diantaranya langsung tidak mempunyai perkhidmatan bas henti henti yang mana menyukarkan pengguna untuk melakukan urusan di Bandar Bandar bagi yang kurang berkemampuan dan tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Daulu keadaan fizikal yang amat  daif seperti , tempat duduk tidak selesa, lantai berbunyi dan panas berbahang bagaikan matahari. Itu antara rungutan biasa sebahagian besar pengguna perkhidmatan pengangkutan awam khususnya bas henti-henti di negeri Perak.

Sungguhpun begitu, masih ramai dalam kalangan pengguna bas henti-henti yang ditemui mengharapkan komitmen kerajaan dalam menaik taraf sistem perkhidmatan bas henti henti sedia ada kepada satu sistem yang akan meningkatkan mutu perkhidmatan dan penggunaan pengangkutan awam dapat dipertingkatkan.

Satu ketika dahulu pada  kebanyakan bas yang digunakan mencecah usia dua dekad dan lebih, senario penumpang terutama pengunjung dari luar negeri ini yang resah tatkala menggunakan perkhidmatan itu bukanlah menghairankan.

Bahkan bagi banyak pihak, bas awam tempatan dikatakan bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan.Keadaan fizikal bas henti-henti termasuk yang beroperasi di sekitar pusat bandar raya Ipoh menjadi halangan kepada ejen pelancongan mempromosikan pengangkutan awam kepada pelancong

Kerajaan pusat sedang melabur sebanyak RM100 juta bagi tahun pertama SBST dilaksanakan di 5 bandar raya, bermula dengan Kangar dan Seremban dan diikuti oleh Ipoh , Kuala Terengganu dan Kuching. Ini akan menjadi asas untuk pelaksanaan seluruh negara pada tahun 2020, dengan kerjasama daripada kerajaan negeri masing-masing.

Suruhanjaya Pegangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan pelancaran rasmi perkhidmatan bas henti-henti berjenama myBAS buat julung kalinya dibawah program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti (SBST). myBAS menyediakan perkhidmatan bas henti-henti yang lebih cekap dan boleh dipercayai orang ramai.

Perkhidmatan myBAS di bawah program SBST bertujuan mewujudkan perkhidmatan bas yang mampan dan pada masa yang sama menghubungkan kawasan bandar dan luar bandar serta kawasan kampung dan bandar; iaitu dengan perjalanan berjadual bagi membolehkan penduduk pergi ke tempat kerja, sekolah dan pusat perniagaan. Dengan itu myBAS akan menyumbang secara langsung kepada peningkatan mutu hidup dan produktiviti yang dilakukan oleh masyarakat setempat.

Program SBST telah Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) direka khas bagi mengekalkan perkhidmatan yang penting ini serta memastikan adanya saling hubung dan perjalanan berjadual yang boleh diharapkan bagi aktiviti harian warga tempatan seperti untuk ke tempat kerja, sekolah dan kawasan pusat perniagaan.

SBST juga bertujuan untuk menghapuskan pertindihan laluan bagi memastikan liputan dan akses optimum kepada 80% daripada penduduk.

SPAD sebagai agensi perancang bertanggungjawab ke atas penyusunan rangkaian, kos operasi dan akan menerima hasil kutipan tambang.

Atas keperihatinan kerajaan kepada janji yang telah diberikan melalui dasar transformasi ,satu majlis menandatangi perjanjian itu, SPAD diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Azharuddin Mat Sah dan TCBS diwakili Pengarah Urusan, Dato Seri Cheong Fong Fitt. Syed Hamid menjadi saksi bagi pihak SPAD manakala TCBS diwakili Pengarah Eksekutif, Dato Cheong Peak Sooi. Lapor portal berita Agendaily.

Menurut beliau, perkhidmatan myBAS Ipoh akan meningkatkan jaringan bas daripada 132 kilometer dengan 12 laluan kepada 254 kilometer dengan 16 laluan.

Katanya lagi perkhidmatan itu akan diintegrasikan dengan stesen KTM serta melibatkan kawasan-kawasan yang tidak mempunyai perkhidmatan sebelum ini seperti Chemor, RTC Gopeng, Station 18, Menglembu, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, JUSCO Ipoh dan SMK Gunung Rapat. Ini bakal memberikan lebih jaringan perubungan antara kawasan Bandar.

Semua bas itu bakal dilengkapi Sistem Kedudukan Global (GPS) bagi membolehkan SPAD membuat pemantauan dan memastikan syarikat berkenaan menepati waktu, kekerapan operasi dan mempunyai sistem maklumat jumlah penumpang sekaligus memudahkan tugas pemantauan yang lebih efektif dan berkesan.

Syarikat TCBS yang sebelum ini telah membuktikan keupayaan mereka mengendalikan Perak Transit telah memberikan tawaran terbaik daripada empat syarikat yang memasuki tender terbuka.

Syed Hamid menjelaskan tidak ada perubahan tambang apabila myBAS memulakan operasi.

Di bawah program SBST, pada peringkat permulaan Kerajaan melaburkan RM100 juta bagi pelaksanaan program myBAS di beberapa bandaraya, bermula dengan Kangar (bermula 1 Ogos 2015) dan Seremban , diikuti Ipoh dan selepas ini Kuala Terengganu.

Malahan demi memastikan keselamatan para penumpang yang menggunakan perkhidamatan MyBAS, SPAD meletakkan syarat setiap myBAS tidak boleh melebihi usia tujuh tahun. Bagaimanapun bas-bas yang digunakan TCBS kini berusia dua tahun sahaja.

MyBAS adalah satu solution yang terbaik demi meningkatkan mutu perkhidmatan bas henti henti yang sangat releven di kawasan kawasan jangkaan akan dilaksanakan. Tahniah SPAD!

Image | This entry was posted in SPAD-Perkhidmatan Bas Henti Henti di IPOH DiPertingkatkan Bakal Menerima Perkhidmatan MyBAS and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s