Datuk Noor Ehsanuddin Meraikan Pesta Pongal Parlimen Kota Tinggi.


Oleh rmf

Rakyat berbangsa Melayu, Cina, India dan banyak lagi kumpulan etnik lain telah hidup bersama-sama di Malaysia secara harmoni sejak bergenerasi lamanya. Semua budaya ini telah mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan suatu budaya Malaysia yang unik.

Kumpulan etnik terbesar di Malaysia adalah Melayu, Cina dan India. Di Sabah dan Sarawak, terdapat pelbagai kumpulan etnik bumiputera dengan budaya dan warisan unik mereka tersendiri.

Kanni Ponggal

Kepelbagaian budaya Malaysia yang merupakan aset penting kepada negara kita dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan terkenal di seluruh dunia. Kepelbagaian budaya ini wujudnya daripada penghijrahan golongan Cina dan India ke Tanah Melayu semasa penjajahan British di Tanah Melayu.

Hari Thaiponggal merupakan perayaan menuai yang diraikan secara meluas oleh orang Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka dan Malaysia serta di tempat-tempat di mana terdapat ramai kaum Tamil. Di Malaysia, perayaan ini disambut selama empat hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selepas sambutan Deepavali dan Thaipusam.

Perkataan Thai dalam Bahasa Tamil merujuk kepada bulan ke-10 dalam kalendar Tamil. Manakala bererti “melimpah-ruah”. Perayaan ini biasanya dirayakan sekitar 13 hingga 15 Januari dalam kalender Gregorian yang merupakan hari terakhir bulan “Maargazhi” sehingga hari ketiga bulan “Thai” dalam Kalendar Tamil. Ponggal dirayakan serentak dengan perayaan Makara Sankranthi yang disambut di seluruh India.

ponggal2

Susu melimpah dalam belanga tanah liat melambangkan kekayaan harta benda bagi penghuni rumah. Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai. Secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada Dewa Matahari dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan harta benda

Ahli Parlimen Kota Tinggi Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian “Pesta Ponggal  Muafakat BN Kota Tinggi” anjuran MIC Bahagian Kota Tinggi. Pesta yang bermula pada jam 2.00 petang itu mendapat sambutan yang menggalakan dari para penduduk yang berbangsa india di sekitar lokasinya di KIP Mart Kota Tinggi.

Diantara aktiviti program yang dijalankan ialah  pertandingan mecah periuk tanah, menganyam thoranam, menghias kolams, mengikat bunga, mewarna dan perlawanan alakurani. Semua yang dipertandingkan ini adalah merupakan sebahagian dari budaya yang telah menjadi amalan bertahun tahun.

Sebelum ini Datuk Ehsan turut juga telah hadir dalam perayaan rumah terbuka Tahun Baru Cina. Seterusnya baru baru ini Pesta Pongal telah dilangsungkan di Parlimen Kota Tinggi  dengan meriahnya.

Secara tidak langsung ini membukti bahawa Malaysia masih aman dan menghormati masyarakat berbilang kaum selaras dengan prinsip rukun negara. Sebagai pemimpin yang disenangi rakyat perayaan Pongal ini  merupakan salah satau  pesta yang mengeratkan hubungan dan keharmonian hidup berbilang kaum dan budaya di Malaysia.

Kebebasan meraikan tradisi perlbagai kaum tidak menjadi halangan di Malaysia malah ianya amat digalakan untuk menunjukkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang amat toleransi menjalankan kehidupan dalam kepelbagaian etnik dan budaya.

Image | This entry was posted in Datuk Noor Ehsanuddin Meraikan Pesta Pongal Parlimen Kota Tinggi. and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s