Zahid – 132 Militan Dihalang Pulang Ke Malaysia Oleh PDRM dan Interpol


Oleh rmf

Kebersamaan anggota UMNO jadi kunci tangani cabaran parti - Zahid

Demi menjada keselamatan rakyat dalam negara ini, kerajaan melalui pasukan keselamatan tidak akan memandang ringan perkara itu dan akan memantau secara serius serta mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan ideologi yang diasaskan oleh penyokong ISIS itu tidak berkembang ke negara ini

Kesungguhan kerajaan Malaysia dalam membenteras operasi militan  yang kini hebat diperkatakan dimana mana negara  amat disanjung tinggi. Kerajaan melalui KDN telah berusaha sedaya upaya  mengembeling tenaga mengambil pelbagai langkah keselamatan agar ianya tidak menular dalam nergara ini.

Baru baru ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menegas kan bahawa kerajaan melalui kerjasama rapat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Interpol akan mengambil tindakan menyekat seramai 132  rakyat Malaysia  yang telah menjadi anggota anggota kumpulan militan daish di Syria dan Iraq agar tidak kembali ke tanah air.

Tindakan tersebut diambil setelah memikirkan bahawa kerajaan Malaysia lebih mementingkan kestabilan dan keteteraman  serta keamanan  rakyat adalah lebih penting dari mendapat ancaman yang akan dilakukan oleh militan melalui fahaman  yang mereka bawa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan kestabilan negara dan hubungan antara masyarakat tidak akan terancam. Berbagai langkah akan dilakukan  bagai memastikan keamana yang dikecapi akan terus subur dalam negara ini.

Kerajaan memandang serius gerakan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) yang cuba menyerap ideologi mereka di selatan Filipina dan menganggap usaha itu sebagai satu ancaman terhadap keselamatan negara.

Kerajaan kini bukan sahaja menumpukan pada aspek penggunaan aset tetapi turut memfokuskan konteks perkongsian maklumat dan risikan dengan negara-negara jiran untuk bagaimana mengkoordinasikan dua tindak balas sekiranya perlu.

“Negara ini milik semua etnik yang pelbagai dan kita mahu pastikan keamanan dan kestabilan negara sentiasa terjamin di negara ini,” kata Ahmad Zahid ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau menegaskan Islam adalah agama keamanan dan tidak mengajar masyarakat supaya membunuh orang lain terutama mereka yang bukan islam seperti yang dianjurkan oleh militan daish.

Beliau juga menyeru agar setiap individu dalam masyarakat sentiasa menyokong tugas pihak polis dalam memastikan keselamatan terus terjamin. Kerjasama awam dalam menyalurkan maklumat adalah penting  untuk bersama sama dalam menjaga keselamatan negara.

Bagi memastikan keselamatan terjamin Malaysia tidak boleh berdiri sendiri dalam mempertahankan ancaman daripada pihak yang menyokong ISIS sebaliknya perlu bekerjasama dengan negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina dan Brunei termasuk Interpol untuk membenteras kumpulan militant ini dari menyebarkan ideology mereka kepada rakyat.

Image | This entry was posted in Zahid – 132 Militan Dihalang Pulang Ke Malaysia Oleh PDRM dan Interpol and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Zahid – 132 Militan Dihalang Pulang Ke Malaysia Oleh PDRM dan Interpol

  1. KitaiKini says:

    Assalamualaikum dan Salam Perjuangan,

    Kami dari KitaiKini.com memohon jasa baik pihak tuan agar dapat menyenaraikan blog kami di laman blog anda.

    Semoga dapat kita bersatu dan bersama-sama mempertahankan perjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanahair.

    Sekian

    http://kitaikini.com/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s