Penguatkuasaan Pendatang: Lakukan Sepanjang Masa Bukan Mengikut Aduan.


Oleh rmf

Sebagaimana yang telah diucapkan oleh Timbalan Perdana Menteri  juga merangkap  Menteri Keselamatan Dalam Negeri tentang penangguhan pengambilan pekerja asing dari pelbagai negara yang berkuat kuasa serta merta sekali gus telah meredakan tohmahan dan juga pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada beliau

Pada masa yang sama , Ahmad Zahid juga telah  berjanji akan melakukan operasi pembersihan melalui penguatkuasaan secara besar besaran diseluruh negara untuk menghantar pulang  pendatang yang tiada maklumat atau dokumenn lengkap berada dalam negara ini.

Tindakan ini sekali gus telah membuktikan bahawa penguatkuasaan yang dilakukan adalah untuk mengesan dan memeriksa serta membasmi kehadiran pendatang yang masuk tanpa izin.

Baru baru ini penguatkuasaan telah dilakukan diseluruh negara secara bersepadu telah  dapat menagkap dan mengesan  pendatang yang tidak mematuhi  syarat untuk berada dalam negara. Kesemuanya telah ditangkap dan akan dihadapkan dibawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana menetap lebih masa dalam negara.

Dalam operasi yang telah dijalankan terdapat lapan lelaki warga India yang ingin ke Kuala ‎Lumpur ditahan kemasukan mereka ke negara ini oleh Jabatan Imigresen Malaysia Kedah ketika pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQS) Bukit Kayu Hitam,

Pihak Imigresen telah mengeluarkan Notis Penolakan Masuk kepada mereka kerana dipercayai merupakan imigran larangan mengikut Seksyen 8(3) Akta Imigresen 1959/63,

Pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1963 termasuk tidak mempunyai dokumen perjalanan sah,tiada permit kerja dan salah guna pas lawatan.

Ahmad Zahid menyeru kepada orang ramai agar memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dalam usaha membenteras  kehadiran pendatang tanpa izin dan juga menyalahkan penggunaan pas lawatan untuk tinggal dalam negara ini.

Sokongan dan kerjasama padu antara agensi penguatkuasaan adalah perlu dalam menangani kebanjiran pendatang dan pelarian asing ke negara ini, Penguatkuasaan  dilakukan secara bersepadu ini akan diteruskan sebagai langkah tegas dan menghantar pulang ke negara asal mereka.

Seharusnya pihak kerajaan melalui Imigresen terus melakukan penguatkuasaan tanpa henti dan masa  serta mengambil tindakan tegas terhadap majikan majikan yang degil  mengajikan pekerja tanpa izin bekerja. Tindakan serta hukuman berat hendaklah dilaksanakan sebagai hukuman kepada mandatori.

Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) membolehkan majikan dihukum jika melindungi pekerja asing tanpa permit. Ini senjata yang ampuh jika ia dikuatkuasakan dengan berkesan.

Begitu juga dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Diraja Malaysia yang bertanggungjawab dalam memastikan perairan negara tidak dobolosi dengan kemasukan pendatang  yang mana akan mencari setiap ruang dan peluang untuk  masuk kedalam negara ini.

Penguatkuasaan  ini amat penting dan membuktikan  bahawa kerajaan sentiasa akan mengambil tindakan yang amat tegas  seterusnya membersihkan  pendatang tanpa izin ini terus berada dalam negara.

Isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini bukan sesuatu yang baru, sebaliknya ia adalah antara perkara yang sudah terlalu klise untuk diperdebatkan Namun, tiada sebarang rumusan atau dasar konkrit yang dapat ditemukan bagi menangani isu membabitkan PATI di negara ini.

Hakikatnya, kedatangan PATI ke negara ini dilihat lebih banyak menimbulkan kesan negatif berbanding positif kepada rakyat dan negara.

Bukan itu sahaja, penguatkuasaan mestilah dilakukan secara tegas merangkumi kepelbagaian sudut  pembenterasaan. Penguatkuasaan yang tegas akan menghasilkan satu keputusan yang terbaik. Tindakan penguatkuasaan ini adalah tindakan terbaik dilakukan  secara tegas dan jika perlu mengubal perundangan kepada yang lebih tegas lagi.

Tindakan peniaga asing yang bijak mengambil kesempatan telah menjejaskan ekonomi peniaga rakyat tempatan akibat pelanggaran kawasan dan jenis perniagaan.Perniagaan haram perlu dibanteras dan kerajaan perlu menguatkuasakan undang- undang terhadap untuk membanteras perniagaan haram.

Sebagai langkah terbaik dan berkesan penguatkuasa dan agensi yang terlibat mestilah mempunyai jaringan komunikasi berkesan antara masyarakat setempat dan agensi penguatkuasa bagi menangani ancaman kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang mudah memasuki sempadan negara.

Justeru itu, Penguat kuasa bukan satu jawatan atau perkara yang boleh diambil mudah dan remeh, dibahu mereka ini adalah penentu keberkesanan tindakan. Tindakan yang tegas berlandaskan undang  undang perlu dilaksanakan.

Penguatkuasaan bukan dilakukan dengan adanya laporan atau aduan, akan tetapi dilakukan sepanjang tahun tanpa aduan. Inilah cara penguatkuasaan yang berkesan.

Jika perlu gubal satu perundangan yang amat berat bagi menjamin keberkesanan penguatkuasaan. Kita tidak perlu menjenguk jauh untuk belajar daripada keruntuhan bila penguatkuasaan undang-undang sudah tidak lagi diutamakan.

Jiran Malaysia yang tegas ada – mereka berjaya. Jiran Malaysia yang “lebih kurang dan bisa diatur” juga ada – mereka sedang dilanda sengketa yang sebahagian besarnya berpunca daripada tumbangnya undang-undang akibat kelemahan penguatkuasaan.

Malaysia jika hendak selamat di musim mencabar ini mesti meneladani mereka yang tegas dan menghormati undang-undang. Jangan kita sampai seperti ke tahap yang dikatakan perbilangan silam: “Berundang-undang mahir, bila bicara kalah.”

Image | This entry was posted in Penguatkuasaan Pendatang: Lakukan Sepanjang Masa Bukan Mengikut Aduan. and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s