VIDEO- Bagaimana McDonald’s Mengerakan peluang dan Menyalurkan Sumbangan Kepada yg Memerlukan


Oleh rmf

Ronald McDonald House Malaysia (RMHC Malaysia) telah ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan bukan keuntungan dengan misi untuk mencipta, mencari dan program sokongan yang secara langsung meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak Malaysia melalui kesihatan, pendidikan dan kebajikan.

McDonald Malaysia menyokong semua kos pentadbiran dan pengurusan, dengan itu membolehkan RMHC Malaysia menggunakan 100% daripada semua sumbangan yang diterima untuk membantu kanak-kanak Malaysia yang memerlukan.

Didalam artikel sebelum ini telah menceritakan bagaimana McDonald’s membantu golongan kanak naka yang memerlukan bantuan yang mana semua sumbangan disalurkan ke RMHC Malaysia. Setiap send an ringgit yang didermakan oleh pelanggan McDonald’s bukan lah digunakan untuk membiayai Israel , itu adalah tanggapan yang amat silap.

Disamping itu juga  McDonald’s Malaysia merupakan punca sumber pendapatan untuk rakyat tempatan yang berkhidmat dengan McDonald’s. Rata rata kakitangan yang bekerja di McDonald’s adalah dikalangan remaja.

Sebanyak 67 restoran McDonald’s Malaysia dimiliki dan diusahakan oleh 27 francaisi tempatan, yang 40 peratus sehingga 50 peratus daripada mereka adalah berbangsa Melayu yang beragama Islam.

Di samping itu, McDonald’s Malaysia turut memberi peluang perniagaan kepada lebih daripada 50 pembekal tempatan yang juga turut menyediakan peluang pekerjaan kepada lebih 2,500 anak-anak tempatan.

Difahamkan bahawa menjelang tahun 2020 disasarkan McDonald’s Malaysia akan berkembang kepada 500 restoran serta mewujudkan lebih 11,500 lagi peluang pekerjaan baharu dan terbuka untuk rakyat Malaysia.

Begitu lah perkembangan  yang amat memberangsangkan McDonald’s di Malaysia, walaupun berhadapan dengan kepelgaian fitnah, MCdonald’s terus menaburkan peluang dan baktinya kepada masyarakat terutama kanak kanak melalui sumbangan dari orang ramai.

Pada kebanyakan  warganegara sudah pastinya agak terkejut dengan  penglibatan McDonald’s melalui Rumah Ronald McDonald’s ini yang mana selama ini mereka dihidangkan dengan pelbagai cerita negative  yang berkaitan dengan  McDonald’s dengan  agenda yahudi.

Disebalik itu McDonald’s terus memberikan pendekatan dari sudut kebajikan yang mana  tiada nilai harganya. Adalah amat meyedihkan  apabila McDonald’s Malaysia terus dikaitkan dengan Zionist, Jewish,  sedangkan sumbangan syarikat ini kepada kebajikan rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, sangat mengagumkan

Mari kita saksikan dua video yang mencerita prihal bagaimana McDonald’s  menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan serta  sumbangan amalnya kepada masyarakat.

Image | This entry was posted in VIDEO- Bagaimana McDonald’s Mengerakan peluang dan Menyalurkan Sumbangan Kepada yg Memerlukan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s