Buanglah Selumbar Didalam Badan UMNO (1)


Oleh rmf

Gambar sekadar hiasan

Kadang kala saya sebagai warganegara yang menyokong kepimpinan parti  pernah terfikir apakah satu hari nanti Melayu UMNO akan mengobankan prinsip perjuangannya untuk  seiring dengan prinsip yang menjadi amalan parti pembangkang jika setiap ahli UMNO mengambil mudah jalan jalan perjuangan parti terutama  yang memiliki jawatan dalam parti.

Mengorbankan prinsip itu adalah jangkaan  saya jika melihat kepada scenario politik yang sedang berlaku sekarang. Kebertanggungjawaban terhadap perjuangan  yang diamanahkan untuk  membolehkan kita mengorak langkah langkah jitu bersama semua kaum dalam negara ini.

Menjadi sebuah parti yang hebat dan kuat bukan sahaja dari sudut jati dirinya malah kekuatan itu juga dipercayai oleh semua  warganegara di Malaysia termasuk sabah dan Sarawak. Dalam erti kata lain sebuah parti yang dipercayai untuk semua kaum termasuk Melayu, Iban dan Kadazan – selaras dengan visi penubuhan parti kita untuk menjadi sebuah parti rakyat Malaysia untuk rakyat dan dari rakyat

Secara dasarnya  kepada semua ahli UMNO mari kita renung sejenak kemanakah hala tuju perjuangan kita jika kita melihat sikap sebilangan daripada pemimpin semua peringkat yang pada kebanyakan  melepaskan amanah dalam mepertahankan parti dari serangan  yang semakin hari semakin mencabar.

Pernah atau kita  terfikir untuk menjadi Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), malah menjadi sebahagian daripada pengubal dasar dasar kerajaan yang diterajui oleh UMNO.

Setleh lebih dari setengah abad penubuhannya adakah kita masih memikirkan zon yang cukup selesa  sepanjang masa , tanpa memikirkan satu hari nanti UMNO akan tumbang disebabkan sikap kita pada hari ini.

Apakah tidak terfikir oleh akal yang waras untuk sedetik saat untuk kita memikirkan, kemanakah hala tuju kita  bermula hari ini? Adakah segala yang kita perjuangkan itu hanya untuk diri kita sahaja tanpa kita memikirkan kepentingan perjuangan parti yang banyak mengorbankan jasa  pemimpin terdahulu untuk menjadikannya ampuh dang ah dalam perjuangan asalnya.

Kita bermula sebagai sebuah parti untuk mewakili dan memperjuangkan nasib orang Melayu dengan perit jerihnya perjuangan.. Tidak pernah terlintas bahawa parti  yang dimiliki oleh oarang Melayu ini akan membentuk kerajaan yang disepadukan bersama MIC dan MCA dan dibentuk menjadi sebuah parti  yang dinamakan kapal layar.

Sudah tentu pada awal penglibatan kita  hanya menumpukan terhadap usaha dalam Semenanjung Malaysia, namun kemudiannya, kita telah membentuk kerajaan dan mengabungkan  operasi bersama Sabah dan Sarawak.

Sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang sejati, dalam  semua pilihanraya dan kemenangan yang dikecapi adalah atas dasar kepercayaan rakyat terhadap gabungan parti ini. Apakah kepercayaan itu masih kekal utuh dihati rakyat yang mana melihat setiap gerak geri  tingkah laku pemimpin yang ada.

Sedikit demi sedikit terhakisnya apabila pemimpin mula melupakan tanggung  jawab yang diamanahkan kepada mereka untuk rakyat.Rakyat mula  mencebek muncung apabila memperkatakan tentang UMNO. Salah siapakh ini jika UMNO yang satu ketika dahulu sebuah parti yang terkuat kini menjadi cebekan muncung rakyat.

Sedar atau tidak bahawa semua ini sedang berlaku dihadapan mata kita. Kemanakah arah penjuangan yang satu ketika dahulu cukup  ampuh dan sukar ditewaskan. Pernah atau tidak kita sekarang memikirkan satu jalan keluar untuk bersama sama rakyat yang mula menjauhkan diri apabila didekati.

Jika dahulu kemenangan yang amat  mudah memandangkan kita  mendapat kepercayaan dari keseluruhan  nadi rakyat. Tetapi sekarang kita sedang diperhatikan dan sedang serta sering diburuk-burukkan, UMNO kini diserang dari kepelbagaian sudut tapi ia salah satu masalah yang perlu kita hadapi.

Dalam suasana politik Malaysia yang didominasi dengan politik berdasarkan kaum, diikuti politik dan agama, dan politik kelas ketiga, dan itu salah satu sebab mengapa Barisan Nasional yang dahulunya perikatan berjaya melakukan impak besar dalam politik di Malaysia, walaupun hakikatnya ia kelihatannya ditolak oleh kebanyakan pihak gari pelbagai golongan walaupun ianya dipimpin oleh golongan intelektual Melayu.

Berbagai persoalan yang timbul sekarang dipemikiran banayk pejuang yang bebetul ikhlas.Adakah kita berpuas hati dengan pencapaian kita kini? Atau adakah kita berada didalam landasan politik sekarang hanya untuk diri kita dan bukan kerana perjuangan dan membiarkan UMNO / Barisan Nasional hancur dan akhirnya membiarkan Melayu bawahan terkapai kapai memperjuangkannya sendirian.

Kini, kita di ambang yang sangat kritikal. Adakah kita berpuas hati dengan pencapaian kita kini? Tidak dinafikan dalam keadaan tertentu, kita sudah pun menjadi sebuah parti yang mantap kerana kita parti terbesar berdasarkan jumlah kerusi. Kita adalah parti pilihan di kawasan maju dan pendalaman serta perkampungan , sama ada di Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

Tetapi apakah itu yang kita harapkan selama ini, atas perjuangan yang kilaungkan saban tahun atau kita rela melihat satu persatu sokongan  beralih arah disebabkan kealpaan kita mengambil berat isu isu yang menjahanamkan  kredibiliti pemimpin.

Bukan itu sahaja, adakah dengan keadaan sekarang kita amat berpuas hati? Adakah ini misi utama perjuangan kita? Setidaknya kita mesti memikirkan satu kaedah bagaimana untuk menjadikan seluruh rakyat Malaysia bersikap lebih tolerasi dalam pelbagai perkara.

Cara ini akan menjamin  sokongan dan adalah menjadi tugasan pemimpin kita melihat cara untuk mengimbangi isu yang menjejaskan kredibiliti dan UMNO dibuat dengan tindakan. Tindakan adalah cara untuk menunjukkan keseperpaduan kekuatan yang ada didalam UMNO.

Kita untuk Malaysia, dan untuk seluruh rakyat Malaysia. Dan oleh itu kita harus berupaya mendekati, mengembeling sokongan bukan sahaja daripada kaum Cina dan India, malah kaum Melayu, Iban dan Kadazan; itu adalah tanggungjawab kita, tugas kita. Jika tidak untuk apa kita berada dalam UMNO/BN? Untuk menjadi jaguh kaum orang Melayu sahaja?

Tapi kemanakah arah perjuangan kita?

DAP Chauvanis sejak tahun 1969 telah menetapkan Malaysian Malaysia adalah perjuangan untuk mendapatkan Malaysia dalam apa cara sekali pun selepas kejadian 13 Mei- Sejak itu Chauvanis menubuhkan banyak persatuan NGO untuk melindungi mereka secara  senyap.

Mereka Chauvanis menggunakan NGO sebagai perlaksana tuntutan seperti isu sekolah Cina, IFC, hak kesamarataan dalam agama dan banyak lagi . Tuntutan ini mereka  berikan penekanan satu persatu sehingga semuanya tercapai.

Disini juga mereka akan menggunakan perkataan perkauaman pada UMNO dan menidakkan rasis dikalangan mereka mengumpan pengundi Melayu agar bersama mereka dan akan mempergunakan Melayu untuk menjatuhkan Melayu. PAS pula terperangkap dan telah mengadaikan negeri kepada DAP dengan sokongan yang diberikan.

Mengapakah saya menggunakan perkataan “gadai” – Cuba kita lihat bagaimana DAP memainkan peranannya memujuk , memperdayakan PAS dan UMNO untuk menyokong mereka- Setelah kemenangan dicapai- PAS dengan berbagai  cara telah dihina difitnah oleh DAP agar mereka menurut kehendak DAP.

Melayu UMNO pula , terus bercakaran sesama sendiri dan mementingkan cerita politrik sendiri dan sanggup membiarkan Presiden  UMNO dikecam dan mereka  yang berjawatan hanya melihat sahaja.

Berbeza sekali dengan solidariti yang ditunjukkan  oleh DAP , mereka juga bercakaran namun apabila parti mereka diancam san agenda mereka diancam, mereka sanggup mempertahankan bersama sama dan melupakan sengketa.  Ini bezanya.

Dan bagaimana kita harus mengorak langkah seterusnya? Kita harus mendepani realiti. Suka atau tidak, kita ada rancangan dalaman bagaimana kita harus berfungsi, bagaimana kita harus beroperasi.

Tetapi sudah tentu bukan dari segi ideologi serta kepercayaan kita. Keyakinan terhadap sosial demokrasi adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita ada ideologi yang tepat untuk diperjuangkan. Namun semua itu hanya tinggal diatas kertas sahaja.

Tetapi dari segi praktikalnya kita terkurung dalam ruang lingkup yang mana didalam ruang tersebut  penjawat dalam UMNO melihat ianya terdapt kepentingan lain yang dianggap penting selain dari memperjuangkan nasib bangsa sendiri terutama kepada kaum bukan Melayu. Rata rata setiap perkara yang dilakukan untuk  kaum Melayu, Kadazan, Dayak dan Orang Asli hanya untuk melepaskan batuk ditangga sahaja.

Tidak mustahil jika melihat senario politik sekarang , ada dikalangan orang Melayu  akan berbunuhan sesama sendiri dalam perebutan jawatan Menteri Besar atau jawatan Perdana Menteri bila untuk berkuasa kelak.

Huru hara akan berterusan didalam UMNO. Ketika di kalangan pemimpin UMNO pula untuk menentang dan perangi kerajaan secara senyap . Meletak kan orang orang orangnya sudah sedia ada disetiap bahagian , cuma tidak diaktifkan sepenuhnya bila rancangan mereka berjaya. Ini lah perjuangannya sekarang.

Bagaimana tindakan sayap yang adan sekarang?  Cuba kita imbas semula isu yang dibawa oleh Sarawak Post, The Edge, Malaysian Insider dan Malaysiakini – apakah yang mereka lakukan dalam isu 1MDB yang belum tentu hujung pangkal kebenarannya.

Sayap yang berkobar bercakap dalam perhimpunan hanya menjadi kura kura yang menyorokkan kepalanya bila  isu diterjah kepada Presiden mereka. Malah pada  masa yang sama juga mereka (pemimpin sayap ) terus mengeluarkan kenyataan yang memburukkan lagi keadaan.

Siapakah dalang disebalik isu tersebut? Rata rata kepentingan yang melibatkan Melayu satu demi satu ditinggalkan ,Kepentingan menjaga jawatan dan projek itu adalah keutamaan walaupun dalam bentuk menjual hartanah bangsa Melayu. Lihat sahaja isu Tabung Haji telah menjadi mangsa provokasi yang dibuat oleh Melayu sendiri. Akhirnya Melayu juga yang rugi.

 Jadi secara jelasnya kemanakah perjuangan yang sebenarnya atas nama UMNO?

Tunggu siri kedua, – Kupasan Kemanakah Perjuangan Melayu UMNO sekarang

Image | This entry was posted in Buanglah Selumbar Didalam Badan UMNO and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s