Bantuan Kepada Peneroka Felda Yang Terjejas Selepas Moratorium Berakhir April Ini


Oleh rmf

isa samad

Seawal bulan Mei 2015, amaran keras telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada pelombong agar mematuhi peraturan yang tertera dalam permit mereka. Namun, amaran ini tidak diendahkan dan masalah ini menjadi serius apabila rakyat akhirnya sepakat bertindak meluahkan kemarahan mereka pada bulan Disember 2015.

Perlombongan haram di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam bukan sahaja membawa kepada pencemaran malah telah menjejaskan sumber pendapatan masyarakat setempat.

Kesan daripada itu bukan sahaja dihadapi oleh  masyrakat setempat, malah ianya telah menjejaskan pendapatan peneroka yang lain berikutan perlaksanaan   moratorium perlombongan bauksit di Bukit Goh.

Bnatuan kepada peneroka yang terjejas pendapatannya akan ditentukan setelah berakhirnya moratorium pada bulan April akan datang. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Pengerusi Felda  Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Menurut beliau Felda perlu menunggu keputusan samada aktiviti perlombongan bauksit akan diteruskan dengan garis panduan baharu atau sebaliknya sebelum mempertimbangkan sebarang bantuan.

Masih terlalu awal untuk Felda memutuskan pemberian bantuan kepada peneroka yang terjejas pendapatan dan tidak terlibat dengan aktiviti perlombongan bauksid . Felda seharusnya menunggu keputusan selanjutnya mengenai isu berkaitan dengan perlombongan tersebut.

Menurut beliau melihat kepada keadaan sekarang Felda tidak tahu lagi sama ada perlombongan bauksit ini diteruskan ataupun tidak, selepas daripada itu , Felda akan memikirkan kaedah yang terbaik untuk untuk membantu peneroka yang terjejas pendapatan susulan kesan daripada perlombongan tersebut.

Sementara menunggu keputusan yang akan diberikan, seharusnya para peneroka yang terlibat mengalami kesan perlombongan tersebut  bersabar  sementara kerajaan mengenal pasti satu garis panduan yang terbaik dan efektif berhubung dengan aktiviti perlombongan bauksid.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bertindak Bauksit Bukit Goh Datuk Dr Abdul Wahid Manap meminta kerajaan termasuk Felda memberi perhatian terhadap permasalahan yang dihadapi peneroka terlibat.

Difahamkan juga terdapatnya peneroka yang telah ditipu oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan. Ini adalah disebabkan mereka tidak pernah melakukan perbincangan dengan pihak pengurusan Felda  isi kandungan perjanjian yang ditandatangani.

Bukan itu sahaja terdapat juga peneroka yang mengalami kerugian susulan terdapatnya kegiatan perlombongan secara haram yang dilakukan . Kegiatan ini  dilakukan dikawasan kawasan yang tidak dibenarkan perlombongan dilakukan termasuk kawasan perumahan.

Justeru itu, apa pun yang telah berlaku adalah disebabkan  tiadanya pengalaman dalam melakukan pengurusan perlombongan oleh pihak peneroka.

Seharusnya kerajaan dan juga Felda  mencari satu jalan pendekatan untuk membantu mana mana peneroka yang terjejas dan memberikan mereka peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih baik selepas ini.

Sebanyak 248 daripada 671 peneroka di Felda Bukit Goh terlibat dengan perlombongan itu yang membabitkan 33 pengusaha bauksit.

Image | This entry was posted in Bantuan Kepada Peneroka Felda Yang Terjejas Selepas Maratorium Berakhir April Ini and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s