Tiong Lai-Malaysia Komitmen Dalam Usaha Pengurangan Kesan Karbon Dioksid Dalam Penerbangan


Oleh rmf

Persekitaran yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia. Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.

Fenomena kesan rumah hijau  yang berlaku adalah disebabkan pencemaran udara. Kandungan karbon jika sewaktu masa dahulu adalah disebabkan peningkatan penggunaan bahan api fosil secara meluas dan menyebabkan kandungan karbon dioksid bertambah diudara.

Kesan rumah hijau adalah tanda amaran terhadap bahagian bawah atmosfera dan permukaan planet oleh satu proses kompleks yang membabitkan cahaya matahari, gas dan bahan kecil di atmosfera. Di muka bumi, kesan rumah hijau bermula lama sebelum kewujudan manusia lagi.

Karbon dioksida meningkat disebabkan pembakaran bahan api  untuk menghasilkan tenaga elektrik dan kuasa, penebangan  pokok  dan tumbuh-tumbuhan yang berlelusa dan aktiviti perindustrian yang tidak terkawal. Karbon dioksida boleh kekal sehingga 50 -1000 tahun di atmosfera selepas penghasilan.

Diatas kesedaran ini, Malaysia telah menyatakan sokongan  untuk  bersama sama  dalam mengurangkan mengurangkan kesan pelepasan karbon dioksida melalui Global Market-Based Measures (GMBM)  dalam penerbangan negara.

Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah membangkitkan isu ini yang menjadi topik perbincangan utama pada Singapore Airshow and Aviation Leadership Summit (SAALS) 2016. Sokongan ini telah dikeluarkan sendiri oleh Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh kementerian.

Langkah pengurangan pelepasan Karbon Dioksida ini atas cadangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) melalui Global Market-Based Measures (GMBM). Bagi menunjukkan keseriusan negara dalam kempen ini, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Global Aviation Dialogues (GLAD) yang akan diadakan pada Mac 2016 untuk membincangkan perkara ini dengan lebih terperinci..

Antara langkah yang dinyatakan bagi menyokong ke arah kempen ini adalah melalui teknologi pesawat, peningkatan operasi, bahan api alternatif yang menyumbang kepada faedah alam sekitar dalam sektor ini.

Dan beberapa langkah yang telah diambil oleh beberapa syarikat penerbangan iaitu MAS dan Firefly ialah dengan menggunakan kaedah karbon kredit (carbon offset) masih sukar didapati dan syarikat-syarikat yang menawarkan tawaran ini ialah Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan juga Firefly.

Kedua-dua syarikat penerbangan ini menawarkan pengurangan karbon secara sukarela berdasarkan jarak perjalanan. Semua dana yang diperolehi menerusi sistem ini akan digunakan untuk menolong program-program di bawah naungan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyelamatkan hutan hujan tropika di Malaysia. Program-program diurus oleh Institusi Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di bawah pengawasan Kementerian Sumber Alam and Alam Sekitar (NRE).( CHOICE, Australia 2007)

Melalui kaedah ini setidak-tidaknya ia mampu mengurangkan pembebasan gas ini dan menunjukkan betapa komitednya negara bagi menyokong usaha-usaha menyayangi alam sekitar. Kempen yang dijalankan sekurang kurangnya akan menjadikan ruang udara negara terkawal dalam pelepasan Korban.

Dato’ Sri Liow Tiong Lai melalui Kementerian Pengangkutan yang telah membangkitkan topik kemapanan alam sekitar dan kerjasama lebih kukuh dengan Kesatuan Eropah (EU) pada Singapore Airshow and Aviation Leadership Summit (SAALS) 2016. Malaysia salah satu negara anggota ASEAN menyokong ke arah kelestarian alam sekitar bagi mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ruang udara.

KENYATAAN AKHBAR

OLEH Yb Dato’ Sri Liow Tiong Lai

Menteri Pengangkutan

Liow: Malaysia Komited untuk Mengurangkan Jejak Karbon Sektor Penerbangan & Perkukuhkan Jalinan dengan EU

 Singapura – Kemampanan alam sekitar dan kerjasama yang lebih kukuh dengan Kesatuan Eropah (EU) adalah antara topik perbincangan utama yang dibangkitkan oleh Malaysia pada Singapore Airshow and Aviation Leadership Summit (SAALS) 2016.

Selaras dengan cadangan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) untuk menangani pengurangan pelepasan karbon dioksida melaluiGlobal Market-Based Measures (GMBM) oleh peserta penerbangan antarabangsa, Malaysia menyatakan sokongan untuk usaha ini, sambil memastikan bahawa langkah-langkah adalah selaras dengan dasar negara kita dalam pengurangan gas rumah hijau (GHG). Justeru itu, Malaysia akan mengambil bahagian dalam Global Aviation Dialogues (GLAD) yang akan diadakan pada Mac 2016 untuk membincangkan lagi isu berkenaan dasar konsep dan aplikasi draf.

Inisiatif-inisiatif di bawah GMBM termasuk daripada teknologi pesawat, peningkatan operasi, juga skim GMBM dan bahan api alternatif yang menyumbang kepada faedah alam sekitar dalam sektor penerbangan.

Kerjasama antarabangsa adalah tunggak penting untuk memastikan kemajuan yang berterusan bagi sektor penerbangan awam negara. Dalam sidang kemuncak tersebut, Malaysia menyatakan bahawa ia komited untuk mengkaji dan memberi sokongan sepenuhnya terhadap Perjanjian Komprehensif Pengangkutan Udara (CATA) di antara Kesatuan Eropah dan ASEAN. Perjanjian itu adalah untuk mengukuhkan lagi kerjasama ASEAN – EU bagi penerbangan awam dengan tujuan mempromosikan perjalanan udara di antara kedua-dua rantau dan meningkatkan keselamatan dan pengawasan penerbangan.

Memandangkan Malaysia adalah salah satu penyumbang utama dalam sektor penerbangan ASEAN yang semakin meningkat, pastinya ia akan turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di rantau ini. Dengan itu, kami berharap perjanjian ini akan dapat capai kesepakatan tidak lama lagi kerana ia dijangka membawa manfaat ekonomi kepada negara dan ASEAN.

Selain itu, dalam satu forum bersama Dr Olumuyiwa Benard Aliu, Presiden Majlis ICAO, Malaysia sekali lagi menjelaskan komitmennya dari segi pematuhan kepada Standard ICAO dan Amalan – Amalan yang Disyorkan (SARPS) sebagai satu usaha penting untuk memastikan keselamatan dan pengawasan dalam ekosistem penerbangan.

Sejurus dalam menyokong inisiatif ‘No Country’ Left Behind’ oleh ICAO, Malaysia sebelum ini telah menandatangani MoU dengan Suruhanjaya Penerbangan Awam Latin Amerika (LACAC) dan Suruhanjaya Penerbangan Awam Afrika (AFCAC), termasuk juga Perjanjian Kerjasama dengan Persidangan Penerbangan Awam Eropah (ECAC), di mana Malaysia telah berpegang teguh untuk menyediakan pembangunan kemahiran dan latihan kepada kakitangan penerbangan di dalam blok serantau, terutamanya kursus-kursus SARPS di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Kursus-kursus MTCP yang dijalankan oleh Akademi Penerbangan Malaysia (MaVa) telah dicalonkan sebagai pusat latihan penerbangan bagi kakitangan penerbangan di seluruh dunia.

Malaysia akan terus menyokong usaha dan langkah-langkah ICAO selari deangan usaha untuk sentiasa meningkatkan piawaian penerbangan awam di peringkat global.  

 [TAMAT]

 

Image | This entry was posted in Tiong Lai-Malaysia Komitmen Dalam Usaha Pengurangan Kesan Karbon Dioksid Dalam Penerbangan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s