Sharom Wira FELDA Kutub Selatan, Kutub Utara Impian Kedua


Oleh rmf

Disebalik cabaran fitnah yang diterima oleh  FELDA dari pelbagai sudut yang mana bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan prestasi  FELDA. FELDA terus melangkah kehadapan dengan berbagai kejayaan  untuk mengharumkan nama negara di mata dunia.

Dari bidang hartanah dan juga perladangan yang terus memacu pendapatan FELDA dan menyakinkan pelabur bahawa FELDA berkemampuan untuk memenuhi setiap permintaan yang diberikan. Pelaburan dalam pelbagai bidang terus dicari untuk memantapkan dan mengukuhkan kedudukan FELDA.

Dalam usaha pengukuhan dilakukan oleh FELDA,  menaikan nama FELDA dalam  sukan extreme juga diberikan perhatian.

Baru baru ini FELDA telag mencipta nama yang cukup gemilang apabila  anak muda dari FELDA Ciku Dua, Gua Musang telah mengharumkan nama negara dan  juga FELDA dengan menamatkan misi  penjelajahan  Kutub Selatan.

Shahrom Abdullah nama yang menjadi kebanggaan negara dan juga FELDA telah menamatkan penjelajahan Kutup Selatan kini berhasrat untuk melakukan expidisi keduanya iaitu mencabar kutup Utara pula pada tahun akan datang.

Hasratnya itu akan diperbincangkan  berasama dengan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia (KE7B) untuk mencari penajaan sebagai satu langkah untuk merealisaikan hasrat untuk menawan Kutub Utara.

Shahrom, yang merupakan anak Felda Ciku Dua, Gua Musang, Kelantan berkata misi ke Kutub Utara bagaimanapun bergantung kepada penajaan dan perbincangan lanjut bersama “Meskipun jarak ekspedisi berski di Kutub Utara lebih pendek berbanding dengan Kutub Selatan, namun cabarannya tetap sama,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis meraikan beliau sebagai wira negara dalam ekspedisi merentas Kutub Selatan di Menara FELDA, di sini Isnin.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dan Pengerusi FELDA Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Shahrom berkata beliau turut berhasrat untuk melakukan pendakian ke 14 puncak gunung, yang kebanyakkan terletak di Banjaran Himalaya.

“Buat waktu ini, saya mahu berehat sepenuhnya daripada melakukan sebarang aktiviti kerana penat ekspedisi lepas masih belum hilang,” katanya

Pada majlis itu, Shahrom menerima replika cek bernilai RM20,000 daripada Felda atas kejayaannya menamatkan misi itu.

Shahrom melakar sejarah menjadi anak Malaysia pertama melengkapkan misi dengan berski sejauh 890 kilometer merentas Kutub Selatan dari Messner Inlet pada 9 Dis tahun lepas dan tiba di titik sifar darjah Kutub Selatan selama 37 hari empat jam.

Sementara itu, ketika ditanya mengapa beliau mengenakan kain pelikat pada hari terakhir ekspedisi di Kutub Selatan, Shahrom menjelaskan bahawa beliau ingin membawakan kelainan dan identiti sebagai rakyat Malaysia.

“Saya nampak budaya masyarakat Eropah mengenakan pakaian tradisional mereka dalam apa jua yang mereka lakukan,” katanya.

“Jadi secara tidak langsung ia mendorong saya untuk berbuat demikian dengan memakai kain pelikat dan semutar di kepala bagi menampakkan imej sebagai orang Melayu,” katanya.

Dalam pada itu, ibu kepada Shahrom, Unaizah Mohd, 63 berkata beliau bermimpi anaknya jatuh semasa anaknya di Kutub Selatan, dan telah menyebabkan beliau tidak dapat tidur dengan nyenyak hampir seminggu.

“Saya tidak putus-putus melakukan solat Hajat dan Tahajud serta sentiasa mendoakan keselamatan Shahrom sepanjang keberadaan beliau di sana”, katanya.

Image | This entry was posted in Sharom Wira FELDA Kutub Selatan- Kutub Utara Impian Kedua and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s