Rumah Ronald McDonald’s- Sumbangan Kebajikan Berterusan Untuk Rakyat Malaysia Oleh McDonald’s


Oleh rmf

Adik Choong Hui Rou, enam tahun,  yang menghidap penyakit leukemia telah menjadikan Rumah Ronald McDonald’s sebagai rumah keduanya apabila menjalani sesi rawatan disini.

Atas dorongan suara hatinya manusia cenderung berbuat baik. Manusia adalah seorang pribadi yang utuh yang terdiri atas jiwa dan badan. Manusia merupakan mahluk sosia,: manusia hidup bermasyarakat, manusia saling memerlukan, saling menolong, saling menghargai sesama anggota masyarakat.

Sebaliknya pula saling mencurigai, saling membenci, saling merugikan, dan sebagainya. Sebagai mahluk pribadi, manusia dapat menentukan sendiri apa yang baik dan apa yang buruk. Baik buruk itu ditentukan oleh suara hati.

Suara hati adalah semacam bisikan di dalam hati yang mendesak seseorang, untuk menimbang dan menentukan baik buruknya suatu perbuatan, tindakan atau tingkah laku.

Untuk pencerahan yang lebih dalam lagi kebajikan ini ditunaskan dengan beberapa sikap dalaman atau pembawaan dari dalam diri sendiri. Ianya dibentuk semasa dalam kandungan lagi, dari sudut lain pula ianya dipengaruhi oleh  persekitaran kehidupan  disekelilingnya dan pengalaman hidup.

Jelaskan makna kebajikan Makna kebajikan Manusia berbuat baik, karena menurut kudratnya manusia itu baik, mahluk bermoral. Atas dorongan suara hatinya manusia cenderung berbuat baik Manusia adalah seorang pribadi yang utuh yang terdiri atas jiwa dan badan.

Manusia merupakan mahluk sosial, manusia hidup bermasyarakat, manusia saling membutuhkan, saling menolong, saling menghargai sesama anggota masyarakat. Sebaliknya pula saling mencurigai, saling membenci, saling merugikan, dan sebagainya.

Atas kesedaran ini McDonald’s  dalam segala usaha murninya untuk masyarakat terus  memberikan satu ruang dan peluang untuk menaburkan bakti dan budnya kepada masyakata Malaysia amnya. Projek komuniti telah lama dinacarkan oleh McDonald’s sebagai aktiviti perkongsian hasil  bersama masyarakat.

Sumbangan yang diterima  daripada masyarakat disalurkan semula melalui program program kebajikan yang dianjurkan untuk membantu  golongan yang tidak bernasib baik. Golongan ini akan menerima kepelbagaian bentuk  bantuan yang disalurkan saban tahun oleh McDonald’s.

Untuk melicinkan aktiviti yang dijalankan . sokongan pelbagai pihak amat dialukan untuk bersama sama McDonald’s turut serta menjayakan  usaha murni yang dijalankan. Dengan sokongan badan-badan amal di negara ini dapat menjalankan aktiviti-aktiviti membantu golongan yang memerlukan secara efektif.

Justeru, sumbangan dari pihak terbabit amat dialu-alukan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang tidak berkemampuan.

Tabung Kebajikan Ronald McDonald untuk Kanak-Kanak Malaysia (RMCC) contohnya, begitu aktif mencari dana dan memastikan ianya disalurkan dengan telus dan menepati sasaran untuk membantu kanak-kanak dari keluarga yang berpendapatan rendah.

Salah satu program unik yang dijalankan oleh RMCC adalah Rumah Ronald McDonald (RRM) yang menyediakan kemudahan tempat tinggal untuk keluarga-keluarga dari luar bandar yang berpendapatan rendah yang membawa anak-anak mereka untuk menerima rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysiai (HUKM).

Rumah banglo tiga tingkat yang baru-baru ini diganti bumbung dan lantainya serta diberi kemudahan komputer dan Internet serta bilik permainan yang ceria dan menarik  sebagai persiapan kemudahan untuk insan yang diberikan bantuan oleh McDonald’s.

Adik Choong Hui Rou, enam tahun,  yang menghidap penyakit leukemia telah menjadikan Rumah Ronald McDonald’s sebagai rumah keduanya apabila menjalani sesi rawatan disini.

Hui Rou yang ditemani oleh ibunya Nyo Say Yoke berasal dari Temerloh, Pahang, perlu menjalani sesi rawatan kimoterapi untuk dua tahun lagi.

“Setiap kali Hui Rou menjalani rawatan, kami akan tinggal di sini kerana mudah untuk ke hospital. Selepas menjalani rawatan, dia boleh berehat di sini,” ujar Say Yoke yang bersyukur dengan kemudahan yang dapat dimanfaatkan oleh anaknya yang menderita penyakit tersebut sejak setahun lalu.

Rawatan kimoterapi dilakukan secara bersiri dan biasanya tidak memerlukan pesakit dimasukkan ke wad. Walau bagaimanapun, keadaan ini menyukarkan pesakit-pesakit dari luar bandar yang terpaksa mencari penginapan untuk mendapatkan rawatan.

Begitu juga dengan pasangan Norasyikin Md Jon dan Hasnah Wahid dari Kuala Sungai Baru, Melaka yang mendapatkan rawatan untuk anak mereka Siti Nurseha, tiga tahun, yang menghidap penyakit kanser mata.

Norasyikin( kiri) dan isterinya Hasnah meluangkan masa bermain bersama anak mereka Siti Nurseha di padang permainan Rumah Ronald McDonald’s.

Dengan pendapatan yang tidak tetap, Norasyikin yang bekerja sebagai krew produksi drama berterima kasih kepada HUKM kerana memaklumkan keluarganya tentang RRM.

“Kos rawatan Nurseha amat tinggi dan itu pun saya terpaksa membuat rayuan kepada pihak hospital untuk membuat bayaran secara ansuran,” ujar Norasykin sambil menambah bahawa doktor telah pun memaklumkan bahawa mata kanan Siti Nurseha terpaksa dibuang kerana kansernya itu semakin merebak.

Narasyikin berkata mereka sekeluarga kini terpaksa mencari wang untuk membiayai kos pembedahan tersebut dan kepayahan mereka itu diringankan sedikit dengan bantuan yang menempatkan mereka di Rumah Ronald McDonald’s  sementara anaknya itu menjalani rawatan kimoterapi.

Rumah Ronald McDonald’s  mempunyai 19 buah bilik yang mampu menampung keperluan harian sesebuah keluarga dengan kadar bayaran RM5 sehari di samping kemudahan lain seperti bilik dobi, dapur, bilik makan, bilik televisyen serta taman permainan kanak-kanak disediakan

Rumah Ronald McDonald’s  bukan sahaja memberikan pesakit kanak-kanak keselesaan sewaktu menerima rawatan, ianya juga memastikan bahawa mereka boleh ditemani ahli keluarga mereka.

Pada kebanyakan  warganegara sudah pastinya agak terkejut dengan  penglibatan McDonald’s melalui Rumah Ronald McDonald’s ini yang mana selama ini mereka dihidangkan dengan pelbagai cerita negative  yang berkaitan dengan  McDonald’s dengan  agenda yahudi.

Disebalik itu McDonald’s terus memberikan pendekatan dari sudut kebajikan yang mana  tiada nilai harganya. Adalah amat meyedihkan  apabila McDonald’s Malaysia terus dikaitkan dengan Zionist, Jewish,  sedangkan sumbangan syarikat ini kepada kebajikan rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik, sangat mengagumkan

Image | This entry was posted in Rumah Ronald McDonald’s- Sumbangan Kebajikan Berterusan Untuk Rakyat Malaysia Oleh McDonald’s and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s