Krisis Bauksit- Hanya Lori Jenis Paka Sahaja Di Benarkan Beroperasi – Tiong Lai


Oleh rmf

Pada 2014, Malaysia mengeksport hampir sejuta tan bauksit dan jumlah ini meningkat secara drastik kepada 20 juta tan untuk tahun 2015.

Bauksit bermutu tinggi telah  menjadi tumpuan utama ramai kerana pulangan yang amat menguntungkan. Malangnya, sifat tamak pelombong membawa kepada aktiviti perlombongan haram dan tidak beretika sehingga menyebabkan pencemaran alam sekitar yang amat dasyat.

Pada  Mei 2015, amaran keras dikeluarkan pihak berkuasa kepada pelombong agar mematuhi peraturan yang tertera dalam permit mereka. Namun, amaran ini tidak diendahkan dan masalah ini menjadi serius apabila rakyat akhirnya sepakat bertindak meluahkan kemarahan mereka terhadap pelombong yang rakus mengejar keuntungan.

Perlombongan haram di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam bukan sahaja membawa kepada pencemaran, malah menjejaskan sumber pendapatan masyarakat setempat. Sungai menjadi merah, tumbuhan menjadi merah, semuanya adalah disebabkan tiada pengawalan dan penguatkuasaan dilakukan secara tegas.

Bukan itu sahaja, kehadiran lori lori hantu yang banyak membawa muatan yang berlebihan telah mengancam keselamatan , kesihatan penduduk susulan sikap pemandu rakus mengejar trip muatan yang dibawa.

Masyarakat setempat menyuarakan protes sejak pertengahan bulan Disember dan selepas keadaan bertambah buruk dan menghadapi tekanan daripada ahli Parlimen kawasan, Kabinet akhirnya bertindak menggantung aktiviti perlombongan bauksit selama 3 bulan

Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kementerian Pengangkutan telah menetapkan hanya lori jenis paka yang tertutup sepenuh di bahagian belakang sahaja yang akan dibenar untuk mengangkut bauksit selepas tempoh moratorium perlombongan bahan mineral itu berakhir pada April ini.

Sebelum ini kabinet memutuskan aktiviti perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang yang mencetuskan kebimbangan risiko pencemaran alam sekitar dan bantahan meluas penduduk dihentikan sementara.

Keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Kabinet itu disifatkan tepat selepas berlaku perubahan ketara kepada alam sekitar termasuk air sungai dan laut berhampiran bertukar menjadi kemerahan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, itu merupakan antara perkara yang terkandung dalam garis panduan pengangkutan bauksit yang ditetapkan pihak kementerian dalam usaha mengelak masalah pencemaran udara, debu dan kesesakan jalan daripada berulang sekali lagi.

“Kita telah ada garis panduan yang jelas kepada pemandu lori yang mana hanya lori jenis paka sahaja yang dibenarkan untuk mengangkut bauksit.

“Ini kerana lori jenis itu dapat mengangkut bauksit tanpa terjatuh di atas jalan raya seperti lori yang biasa digunakan sebelum ini,” katanya pada wartawan BERNAMA kemarin.

Selain itu, katanya kesemua lori lori yang berkenaan dengan operasi ini hanya akan dibenarkan melalui laluan tertentu untuk mengangkut bahan mineral itu ke stor penyimpanan.

“Kita juga telah menetapkan Pelabuhan Kuantan bukan lagi kawasan stor penyimpanan bauksit. Kita tidak mahu pelabuhan itu menjadi kawasan yang bersepah dengan bauksit tanpa kawalan.

“Pelabuhan Kuantan juga kita telah minta mereka mengehadkan jumlah bauksit yang disimpan di kawasan pelabuhan. Contohnya kalau ia hanya boleh tampung 1.5 juta tan metrik, mereka hanya boleh terima setakat itu sahaja,” kata Liow.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Bentong berkata langkah itu adalah bagi memastikan pelabuhan serta jalan di sekitarnya tidak tercemar dengan bauksit seperti yang berlaku sebelum ini.

Beliau menambah, garis panduan dan kawalan yang lebih jelas akan diedarkan kepada pihak yang terlibat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad setelah ia diperhalusi dan diperkemaskan dengan agensi yang berkenaan.

“Kita di peringkat kementerian sudah menyediakan garis panduan pengangkutan bauksit yang jelas yang akan diberi kepada pengusaha lombong bauksit.

“Ia bagaimanapun perlu dibincangkan dalam sekretariat bersama agensi dan jabatan lain yang berkepentingan yang diketuai Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar,” kata Liow.

Sebelum ini, Isu bauksit ini juga telah menjadi viral di media sosial kerana belakunya pencemaran alam sekitar yang hampir tidak terkawal dan mendapat bantahan penduduk tempatan.

Meskipun begitu ada juga dikalangan para pelombong bauksit sendiri membantah usaha kerajaan memutuskan mengenakan moratorium ke atas semua aktiviti perlombongan bauksit selama tiga bulan bermula 15 Jan 2016 yang lalu dengan alasan menutup hasil pencarian mereka.

Image | This entry was posted in Krisis Bauksit- Hanya Lori Jenis Paka Sahaja Di Benarkan Beroperasi – Tiong Lai and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s