MCA Akan Membina Kolej Universiti  Tunku Abdul Rahman di Sabah Dengan Perbelanjaan RM50Juta


Oleh rmf

Sabah walaupun jaraknya amat jauh dengan Semenanjung Malaysia, namun dari sudut arus pembangunan tidak pernah dipinggirkan oleh pemerintah. Memajukan sistem pendidikan  merupakan agenda utama kerajaan pusat dan komponen parti  untuk terus memastikan rakyat mendapat pelajaran.

Pelbagai Kolej, telah dibangunkan didalam negeri Sabah ini, seterusnya ianya memberikan peluang dan ruang untuk rakyat melanjutkan  pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Dalam hal yang  sama pelbagai kursus yang ditawarkan kepada pelajar.

MCA adalah sebuah parti komponen Barisan Nasional yang telah lama bersama  sejak  menuntut kemerdekaan lagi untuk negara ini. MCA dan MIC serta UMNO  telah berusaha gigih tanpa mengira kaum terus memberikan idea yang bernas  dalam pembangunan  pendidikan negara.

Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR) yang akan mula beroperasi April ini akan memberikan ruang dan peluang kepada pelajar Sabah dan Sarawak untuk melanjutkan pelajaran mereka  menerusi bidang yang bakal ditawarkan.

Berita baik  telah dinyatakan oleh Datuk Wee Ka Siong semasa menghadiri Majlis Menyambut Rumah Terbuka Perayaan Tahun Baru Cina MCA di Kota Kinabalu, Sabah baru baru ini. Berita yang gembira ini sekali gus menunjukkan bahawa MCA tetap gigih dalam usaha melihat pembangunan modal insan dapat dicipta diserata negara.

Sebelum ini, pelajar dari Sabah dan Sarawak yang ingin melanjutkan  pengajian di Kolej Universiti TAR akan datang ke Semenanjung Malaysia dan  ditempatkan  selama pengajian dijalankan. Jarak masa, kewangan adalah pengorbanan yang terpaksa ditanggung oleh pada kebanyakan ibu bapa.

Pembinaan kampus kekal itu bakal memberi kemudahan kepada para ibubapa dan pelajar yang mahu berurusan dengan tawaran di Kolej TAR merupakan kemudahan fasiliti yang amat besar maknanya.

Datuk Wee yang juga Timbalan Presiden MCA mengulas kampus yang akan dibina itu terletak di Alam Mesra , berdekatan dengan sebuah lagi Universiti ia itu Universiti Malaysia Sabah atau UMS.

 “Ini pasti sekali memberi faedah kepada para pelajar yang mahu mencari ilmu, Kolej Universiti TAR akan menjadi sebuah Kolej yang lengkap dan tiada lagi keperluan untuk pelajar Sabah untuk ke Kuala Lumpur” ujar beliau.

Turut bersama ada lah tetamu kehormat seperti Yang Di Pertua Negeri Sabah , Tun Juhar Mahiruddin dan juga Ketua Menteri Sabah Musa Aman, Presiden MCA Datuk Liow Tiong Lai juga turut hadir dalam majlis rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina itu.

Sambutan yang penuh dengan keharmonian oleh  masyarakat setempat sempena Sambutan Tahun Baru cina telah menarik perhatian  Datuk Wee yang berasa amat teruja dengan jumlah yang begitu ramai yang di adakan di Sekolah Tinggi Kota Kinabalu.

 “Kami berhasrat meneruskan momentum seperti ini dengan mengadakan lebih banyak program dan akitiviti di pelbagai kawasan” Ujar Wee

Pembinaan kampunf Kolj TAR  oleh  Datuk Wee Ka Siong sebelum  ini telah pun di umumkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pada tahun lalu dengan kos pembinaan diperuntukan sebanyak RM50 Juta , dimana ia akan dibina di atas kawasan tanah seluas 2 hektar dan akan menjadi kampus tetap semenjak TAR Universiti Kolej membuka pintu nya kepada pelajar dari Sabah pada tahun 2002.

Masyarakat Cina Sabah  yang berada didalam kepelbagaian etnik telah datang beramai-rami ke program yang di anjurkan oleh MCA ini menunjukkan sokongan mereka yang setia kepada kerajaan yang ada sekarang ujar Datuk Wee Ka Siong

Image | This entry was posted in MCA Akan Membina Kolej Universiti  Tunku Abdul Rahman di Sabah Dengan Perbelanjaan RM50Juta and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s