20Ribu Pelatih Latihan Khidmat Negara  Akan Memulakan Latihan 26 Mac 2016


Oleh rmf

Perdana Menteri mengumumkan, langkah penjimatan kerajaan turut melibatkan penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Menurut Datuk Seri Najib Razak, langkah itu akan dapat membolehkan kerajaan menjimatkan RM400 juta sebagai sebahagian langkah pengurangan perbelanjaan kerajaan berikutan kedudukan ekonomi semasa.

PLKN merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas.

Setelah setahun penangguhan berlalu, PLKN akan memulakan sesi Transfomasi PLKN dengan beberapa modul baru yang akan diperkenalkan pada peserta  yang akan memulakan latihan pada Mac akan datang.

Seramai 20,000 pelatih akan menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mengikut Program Transformasi PLKN 2.0 bermula 26 Mac ini.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Johor memaklumkan akan perkara itu dan para pelatih akan ditempatkan di 81 kem yang tersedia di seluruh negara bagi mereka mengikuti latihan selama lapan minggu.

“Inilah tahun pertama kita buat pengambilan di bawah Program Transformasi PLKN 2.0 dan ia hanya melibatkan satu pengambilan sahaja,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat MLKN Bilangan 1 Tahun 2016 di Kem PLKN Junaco Park, kira-kira 30 kilometer dari sini, lapor portal BERNAMA.

Dengan satu pengambilan itu, tumpuan dapat diberikan bagi menyediakan pelatih berkemahiran untuk memasuki fasa kedua latihan. Fasa itu akan memberi pendedahan kerjaya kepada para pelatih dimana agensi-agensi yang ada menawarkan latihan kemahiran termasuk Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Automotif Malaysia.

“Jangka masa latihan fasa kedua bergantung kepada jurusan yang diambil pelatih iaitu antara tiga sehingga 24 bulan. Ini akan membentuk generasi yang lebih holisitik, berjati diri, boleh bersaing dan mempunyai kebolehpasaran yang lebih baik bila meninggalkan program ini nanti,” katanya.

Juga para ibubapa tidak perlu risau akan keselamatan dan kesihatan anak anak mereka kerana kem-kem PLKN yang terkini sudah ditambah baik dari segi prasarananya.

Image | This entry was posted in 20Ribu Pelatih Latihan Khidmat Negara  Akan Memulakan Latihan 26 Mac 2016 and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s