Tiong Lai Selar Pembawa Berita Palsu Mengenai Juruterbang MH370


Oleh rmf

Susulan satu laporan yang mendakwa kononnya juruterbang MH370 sudah dijumpai dan sedang dirawat di Taiwan, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai tampil menafikan laporan tersebut.

“Kementerian ini akan memberi maklumat terkini mengenai MH370 dari semasa ke semasa. Sebarang maklumat mengenai MH370 perlu dirujuk kepada kami,” katanya sebagaimana lapor Bernama.

“Jangan buat spekulasi,” tambah Liow.

Sebelum ini, tersebar satu keratan berita dari portal worldnewsdailyreport.com yang mendakwa juruterbang MH370 dalam keadaan tidak sedarkan diri di tebing Sungai Tangshui oleh penduduk kampung yang kemudian membawanya ke Taipei Adventist Hospital.

Laporan yang tidak bertanggungjawab ini telah menjadi tanda tanya  banyak pihak serta  beranggapan bahawa penyiaran berita ini adalah tidak bertanggungjawab dan akan melukakan hati banyak pihak dari keluarga mangsa.

Susulan dari terbitnya berita yang tidak benar ini, difahamkan bahawa ianya untuk mengwujudkan satu suasana yang mana pihak keluarga mangsa akan melakukan desakan kerpada kerajaan  berhubung isu tersebut.

Walau bagaimana pun penafian telah dilakukan secara terbuka oleh Liow Ting Lai selaku Menteri Pengangkutan dan meyelar pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyiarkan berita yang tidak benar.

Difahamkan melalui  berita yang tidak benar ini  mengatakan bahawa juruterbang MH370 telah dijumpai terdampar di pantai dalam keadaan tidak sedarkan diri  ditebing sebuah sungai dan seterusnya telah dibawa ke sebuah hospital di Teipei.

Oleh yang demikian , Liow Tiong Lai  menasihatkan orang ramai agar jangan mudah percaya dengan berita yang tidak pasti sumbernya. Kerajaan  sejak dahulu terus melakukan pencarian MH370  tanpa henti dan segala perkembangan  akan dibuat dalam bentuk kenyataan rasmi.

Image | This entry was posted in Tiong Lai Selar Pembawa Berita Palsu Mengenai  Juruterbang MH370 and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s