Perkhidmatan Tren.LRT, Rapid dan Bas Semakin Popular dan Mencatatkan Jumlah 1 Juta Penumpang Sehari


Oleh rmf

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan jutaan ringgit untuk meningkatkan mutu sistem pengangkutan awam darat. Pengangkutan awam ini merangkumi bas, kereta api transit, dan teksi. Pelbagai langkah telah diambil untuk menambah baik sistem ini termasuklah menambah bilangan bas dan membina aliran kereta api transit.

Pelaksanaan sistem ini sememangnya memberikan kesan kepada masyarakat dan negara. Pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat dapat memudahkan masyarakat kerana dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya.

Kesedaran penggunaan pengangkutan awam haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Apabila semakin ramai pengguna menggunakan sistem pengangkutan ini, maka masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan.

Hakikatnya, pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat dapat mengurangkan masalah kesesakan jalan raya. Seterusnya, ekonomi dan produktiviti negara dapat dijana merupakan satu daripada kesan pelaksanaan sistem pengangkutan awam.

Hal ini dapat dilihat apabila  Prasarana Malaysia Berhad pada Khamis mencipta sejarah apabila berjaya mencapai sasaran sejuta pengguna sehari bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel dan bas di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuantan.

Jumlah itu dicapai melalui 265 ribu pengguna LRT Kelana Jaya, 195 ribu di Jajaran Ampang dan 72 ribu menggunakan monorel setiap hari.

Selain itu perkhidmatan bas Rapid yang diuruskan Prasarana di Kuala Lumpur, Sunway, Perak dan Pulau Pinang digunakan oleh 365 ribu penumpang.

Kejayaan itu diumumkan bersama oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Dr Syed Hamid Albar dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz di stesen Kuala Lumpur Sentral, Khamis.

Pengangkutan awam adalah mesra alam kerana menggunakan tenaga elektrik untuk beroperasi seperti transit aliran ringan (LRT).  Pengangkutan awam adalah lebih mesra alam dan pengguna. Selain itu, pelaksanaan sistem ini memberikan kesan iaitu mampu memberikan keselesaan kepada para pengguna pengangkutan awam.

Pengguna yang berasa selesa menggunakan pengangkutan awam akan menggunakannya pada masa hadapan. Keselesaan yang dimaksudkan ialah tempat duduk dalam kenderaan awam yang banyak, penggunaan penghawa dingin dalam pengangkutan awam, ruang menunggu yang selesa seperti di terminal LRT dan sebagainya.

Kedua-duanya telah melakukan walk-about di sekitar KL Sentral sebelum menaiki tren ke Pasar Seni dan meninjau perkhidmatan bas di situ, dan kemudiannya ke Stesen LRT Masjid Jamek LRT sebelum menaiki monorel ke KL Sentral.

Syed Hamid Albar berkata, pencapaian Prasarana sangat membanggakan kerana ia bukan sahaja berjaya mencatat keuntungan tetapi pada masa sama telah menjangkaui sasaran satu juta pengguna dan meliputi 90 peratus Lembah Kelang.

Sementara itu Azmi menegaskan keuntungan bukan fokus utama Prasarana sebaliknya matlamat utama ialah menggalakkan rakyat menggunakan sistem pengangkutan awam.

“Prasarana memainkan peranan penting mencapai aspirasi kerajaan. Kita tidak fokus kepada meraih keuntungan, sebaliknya kepada menyediakan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna,” katanya.

Azmi berkata 2016 akan menjadi tahun paling sibuk bagi Prasarana memandangkan Jajaran 1 MRT Sungai Buloh – Kajang dijangka siap, di samping tambahan empat gerabak tren untuk Jajaran Monorel, serta siapnya penglebaran Jajaran LRT Ampang yang lengkap dengan tujuh stesen baharu sehingga ke Putra Heights pada Mac dan pengelebaran Jajaran Kelana Jaya pada Jun.

Azmi berkata menjelang 2017, sasaran Prasarana ialah 1.5 juta pengguna sehari. Oleh itu, transformasi sistem pengangkutan awam yang dilakukan sememangnya akan menarik lebih ramai lagi orang awam untuk menggunakannya.

Kemudahan ini sememangnya menjadikan Malaysia unik kerana penduduk luar bandar tidak dipinggirkan dari pembangunan negara. Jelaslah bahawa pelaksanaan sistem pengangkutan awam darat memberikan kesan kepada masyarakat.

Keseluruhannya, semua pihak haruslah berganding bahu dalam menjadikan sistem pengangkutan awam darat menjadi pilihan utama. Segala penambahbaikan seperti menyediakan kawasan khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) adalah digalakkan bagi memenuhi keselesaan pengguna. Pihak kerajaan haruslah peka dalam memajukan sistem pengangkutan awam darat agar setanding dengan sistem pengangkutan awam darat negara luar

Image | This entry was posted in Rapid dan Bas Semakin Popular dan Mencatatkan Jumlah 1 Juta Penumpang Sehari and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s