McDonald’s Itu Bukan Sekadar Produk Cepat Saji  Tetapi Adalah Hubungan Bersama Masyarakat


Oleh rmf

C:\Users\User\Desktop\PBS PP\francais-mcdonalds.jpg

Syarikat McDonald’s adalah restoran makanan segera berasaskan burger dan kentang goreng yang mempunyai cawangan paling banyak di dunia dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 68 juta pelanggan setiap hari.

Syarikat McDonald’s bermula pada 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald’s menggunakan pengenalan “Sistem Perkhidmatan Speedee” berasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera. Manakala Ray Kroc adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada Perbadanan McDonald’s pada 1955.

Bagaimanapun, selepas diperbadankan, McDonald’s mengisytiharkan pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ray Kroc pada 1955.Sebenarnya, restoran yang dibuka Ray Kroc adalah restoran yang kesembilan bagi McDonald’s.

Negara asal McDonald’s adalah Oak Brook, Illinois, Amerika Syarikat.Kini di anggarkan McDonald’s memiliki lebih 33,000 cawangan restoran di 118 negara seluruh dunia dan mencatatkan jumlah pelanggan 68 juta setiap hari secara purata.

Restoran McDonald’s yang pertama di Malaysia ditubuhkan pada 29 April 1982 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.Sehingga hari ini, McDonald’s mencatatkan lebih daripada 200 perkembangan lokasi restoran dan operasi perniagaan dijalankan secara francais.Ronald McDonald’s adalah maskot utama McDonald’s.

McDonald’s menepati kehendak pelanggan dengan pilihan burger yang boleh dinikmati dengan segera.Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan McDonald’s ialah Double Cheese Burger, Quater Pounder dan Spicy McChicken.McDonald’s juga menyediakan perkhidmatan pandu-lalu dan servis penghantaran bagi memudahkan pelanggan

Umumnya restoran McDonald’s menyediakan menu makanan yang tidak terlalu banyak dan seragam di setiap cabangnya.Hal ini untuk memudahkan dalam kecepatan penyajian, sehingga pelanggan tidak perlu menunggu terlalu lama untuk menyantap pesanannya.

Menu yang sedikit juga memberi kemudahan bagi pelanggan untuk memilih pesanan.Pelanggan tidak perlu berfikir panjang untuk memilih pesanan kerana tidak terlalu banyak pilihan, dan juga menu di setiap restoran McDonald’s adalah seragam.Rata-rata pelanggan sudah pernah mencuba setiap menu sehingga pelanggan tidak perlu ragu untuk memesan.

Selain menu-menu yang diseragamkan, McDonald’s juga membuat pakej menu untuk sarapan, makan siang, makan malam dan makanan ringan.Hal tersebut tentu saja membuat pelanggan semakin nyaman dan tidak terbatas lagi dengan pilihan menu yang ada.

Di dunia yang serba canggih ini, setiap orang memerlukan hal-hal yang pantas, tidak terkecuali dalam hal makanan.Banyak pekerja pejabat, mahasiswa, suri rumah, bahkan selebriti lebih memilih untuk makan di McDonaldkerana perkhidmatannya yang mantap.

Selain dari segi menu, McDonald’s juga menawarkan harga yang murah sehingga memungkinkan pelanggan mahupun sekeluarga dapat menikmati santapan pagi, siang dan malam di McDonald secara regular.

Di Malaysia, McDonald’s masih tergolong restoran bagi kalangan menengah dan ke atas,  McDonald’s telah menjadi restoran kegemaran pelbagai kaum dan bangsa. McDonald’s bukan untuk  golongan teterntu sahaja, malah ianya adalah untuk semua golongan masyarakat.

Mana tidaknya, penglibatan untuk mengerakkan McDonald’s itu bermula dari golongan atasan , sederhana dan bawahan serta pengguna yang berbagai kaum. Bukan itu juga dalam hal kebajikan McDonald’s juga bersama dengan masyarakat.

Image result for McDonalds dan MasyarakatAncaman merupakan faktor luaran yang memberi tekanan dan kesan negatif kepada pencapaian objektif.Ancaman merupakan keadaan yang mengancam dari luar. Ancaman ini  dapat menggangu organisasi, projek atau konsep perniagaan itu sendiri.

McDonald merupakan sektor yang sangat kompetitif sehingga persaingan juga semakin ketat serta adanya tekanan dari beberapa pihak mengenai makanan segera dengan masalah obesiti.

Bagi pengguna yang peka tentang gizi, makanan cepat saji  merupakan makanan yang kurang sihat dimata fikiran mereka, Namun ianya bukan di McDonald’s. McDonald’s mempunyai tatacara yang amat ketat memastikan keselamatan makanan dan  penghasilan mutu produk adalah yang terbaik.

McDonald juga menghadapi banyak cabaran dalam pasaran makanan segera.Ini kerana,McDonald’s merupakan sasaran untuk kritikan luar.Walaupun francaisnya di luar negara biasanya dimilik oleh usahawan tempatan dan menggunakan bahan-bahan makanan tempatan,

McDonald’s sering diperlihatkan sebagai lambang dominasi sumber ekonomi oleh Amerika Syarikat.McDonald’s juga merupakan sasaran tuntutan mahkamah yang luar biasa.Tuntutan luar biasa ini adakalanya melibatkan fitnah fitnah yang berasaskan kandungan produk dan fitnah penghasilan bahan produk.

Cabaran ini berlarutan sehingga sekarang, namun begitu Mc Donald’s tetap menjalankan prinsip perniagaan jangka panjang  dengan memastikan setiap produk yang dihasilkan adalah selamat dimakan dan tidak memudaratkan.

Keselamatan makanan dalam penghasilan produk McDonald’s dikawal selia dengan prosedur yang amat ketat. Bahan mentah segar dan diuji kebersihannya adalah kunci kejayaan McDonald’s berkembang dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia dan juga seluruh dunia.

McDonald, salah satu standard emas untuk pengembangan makanan segera dalam pasaran baru muncul serta memberikan contoh yang baik untuk bagaimana jenama (makanan segera dan lain-lain) bersaing secara sihat dan berkembang di Malaysia.

Kuncinya adalah menerima semula strategi individu untuk setiap pasaran. McDonald’s dan jenama global yang lain perlu membangunkan strategi mereka untuk menyesuaikan tabiat yang berbeza tempatan dan imej jenama.

McDonald’s dalam apa juga aktiviti perniagaannya telah menolak segala fitnah yang dibuat terhadap gergasi makanan cepat saji ini dengan cara yang cukup terhormat. Dlam menghidupkan hubungan McDonald;s dengan masyarakat , McDonald’s tidak pernah lupa hubungannya dengan masyarakat yang memerlukan bantuan.

CSR yang diamalkan sejak dahulu lagi adalah lambang hubungan MCDonald;s dengan masyarakat yang cukup beriringan dengan dalam konsep mengamalkan “berat sama dipikul dan ringan sama di jinjing” dengan jayanya. Banyak usaha usha kebajikan yang telah dilakukan oleh McDonald’s sebagai jalan perkongsian keuntungan dan nikmat dirasai bersama.

Mereka juga perlu mencari cara-cara baru untuk mencapai pelanggan mereka berjuta-jutaakan datang, sama ada melalui saluranmenarik, tawaran unik, atau gabungan kedua-duanya. Satu perkara yang pasti, peluasan berterusan, ia akan menjadi menarik untuk menonton strategi baru terungkap.

Lokalisasi merupakan satu strategi perniagaan yang menumpukan sesuatu keluaran terhadap sesuatu pasaran di kawasan tertentu.Lokalisasi melibatkan tindakan sesebuah syarikat mengubah anak syarikatnya daripada sesebuah subsidiari organisasi asing kepada sesebuah organisasi perniagaan yang mempunyai ciri-ciri tempatan.

McDonald’s diterima di negara-negara tersebut kerana McDonald menawarkan idea lokalisasi global dimana senarai menu disesuaikan dengan kebiasaan dan selera masing-masing negara sehingga tidak mengikis kebudayaan asli negara mereka.Namun jika di kebanyakan negara Asia, McDonald’s menawarkan menu nasi dan ayam goreng yang sesuai dengan budaya makan beberapa negara di Asia.

Dari sudut kemasyarakatan dan peluang pula,McDonald’s melakukannya dengan menawarkan peluang masyarakat tempatan  bekerja dan bersama sama berada didalam organisasi McDonald’s itu sendiri. Dengan tidak secara langsungnya McDonald’s akan lebih menyesuaikan budaya, adat resam dan makanan  masyarakat disesuatu tempat.

Hal lain yang membantu McDonald diterima  berkembang adalah negara berkembang cenderung mengikuti trend negara maju. Rahsia kejayaan McDonald terletak pada strategi 4P Marketing Mix yang meliputi Product (produk), Price (harga), Place (tempat) dan Promotion (promosi).

  1. a) Produk (Product)

Produk McDonald boleh diseragamkan dan disesuaikan dengan budaya dan selera masyarakat setempat, sehingga McDonald dapat bersaing dengan restoran lainnya di seluruh dunia.Produk-produk McDonaldjuga sangat terkenal di seluruh dunia berkat keseragaman menu yang dijunjung tinggi oleh McDonald.

  1. b) Harga (Price)

Dalam memasarkan produknya, McDonald mengutamakan harga.Harga yang dimaksudkan dikait dengan nilai. Di Malaysia, produk McDonald kurang mendapat kunjungan daripada masyarakat tempatan kerana harga yang mahal, namun disebabkan McDonald telah membuat kajian tentang makanan kesukaan masyarakat malaysia terhadap ayam, maka syarikat McDonald pun mencipta menu chicken burger yang lebih murah.

  1. c) Tempat (Place)

Setiap restoran McDonald sama ada di Amerika atau di negara lain selalu ditempatkan di tempat yang strategik. Dalam hal ini, Lokasi yang strategik sangat mempengaruhi minat pelanggan untuk singgah di McDonald. Maka tempat-tempat perniagaan McDonald pun dibina berdekatan dengan jalan-jalan utama, shopping mall serta berdekatan dengan tempat pekerjaan masyarakat.

  1. d) Promosi (Promotion)

Promosi juga memegang peranan penting dalam kejayaan McDonald. Logo golden arches, tokoh Ronald McDonal, dan slogan “I’m Lovin’ It” berjaya membawa McDonald dikenali oleh seluruh masyarakat di seluruh dunia.Dalam kalangan masyarakat muda, McDonald memperkenalkan tokoh badut Ronald McDonald yang juga berjaya menjadi daya tarikan bagi pelanggan anak-anak muda. Logo golden arches McDonald’s yang sederhana dan berwarna kuning sangat mudah diingat dan sekarang sudah menjadi salah satu logo yang paling mudah dikenali di dunia. Logo golden arches tersebut telah menjadi ikon yang sangat beridentiti dengan McDonald’s dan menjadi tolak ukur tingginya eksistensi McDonald dalam kalangan masyarakat dunia.

Konsep perniagaan antarabangsa, dan cadangan strategi pemasaran yang boleh diamalkan oleh syarikat McDonald’s.Berdasarkan hasil kajian, elemen utama yang yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi adalah strategi yang mereka ikuti.Mana-mana industri adalah luas dan persaingan juga sengit untuk terus hidup dalam perniagaan.

Organisasi perlu merangka strategi inovatif.McDonald telah memulakan perjalanan dekad yang lalu dan mereka telah berjuang untuk mengekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran. Pelbagai permasalah telah berlaku dan dilalui pada masa lalu untuk syarikat McDonald’s  sama ada baik dan buruk, tetapi ia adalah strategi yang membantu mereka terus hidup dan mengekalkan kedudukan mereka.

Strategi syarikat ini adalah agak sama dengan strategi syarikat lain dan kedudukan syarikat lain tidak jauh di belakang daripada McDonald’s, tetapi mana-mana kesilapan kecil yang dilakukan oleh McDonald’s, mungkin membuatkan McDonald’s akan menjadi penghalang kemajuan perniagaan kerana syarikat lain mampu menjadi pemimpin pasaran dan McDonald perlu berhati-hati ketika melaksanakan strategi mereka.

Image | This entry was posted in McDonald’s Itu Bukan Sekadar Produk Cepat Saji  Tetapi Adalah Hubungan Bersama Masyarakat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s