Datuk Noor Ehsanuddin -Ancaman Jenayah Moden, Tingkatkan Nilai Murni dan Kebertanggungjawaban Sesama Masyarakat


Oleh rmf

Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden juga berlaku kerana kemerosotan nilai murni dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sikap mementingkan diri sendiri dan cemburu akan kesenangan dan kejayaan orang lain mendorong berlakunya perbuatan jenayah.

Masyarakat semakin hilang kekuatan dan terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah kerana kehilangan nilai murni dan nilai moral. Jenayah yang berlaku dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan penyakit dan masalah.

Di Malaysia nilai nilai murni ini semakin hari kian menipis disebabkan kos gaya hidup yang meningkat dan juga  kehendak  kepada kemewahan dan juaga kepentingan wujud dalam keadaan yang tidak berkemampuan.

Tekanan perasaan dan juga ingin memiliki kuasa dan keperluan juga adalah diantara penyebab berlakunya peningkatan kadar jenayah yang mendadak. Jenayah bukan sahaja tertakluk kepada  pembunuhan malahan jenyah juga berlaku kepada ekonomi . politik dan banyak lagi cabang yang menjadikan manusia hilang nilai harga diri dan juga maruah.

Jenayah merupakan produk sosial yang berkembang dalam sesuatu sistem dan persekitaran sosial masyarakat. Jika sistem dan persekitaran sosial yang wujud tidak sihat, gejala sosial akan mudah menular, dan akhirnya menjurus kepada peningkatan kadar jenayah yang tinggi dalam masyarakat tersebut.

Sistem sosial yang menjadi punca berlakunya kepincangan masyarakat dewasa ini, bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga, malah unsur-unsur asing atau budaya kuning merupakan pemangkin kepada kebejatan moral, dan seterusnya memberi memberi impak yang negatif sehingga menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang terbabit.

Diatas kesedaran inilah,  Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid yang mengingatkan rakyat Malaysia perlu menjaga keamanan dan keselamatan negara ini daripada ancaman dari dalam ataupun luar negara.

Berhubung kait dengan permasalahan tersebut, Datuk Noor Ehsanuddin tanpa jemu terus menerus mengingatkan rakyat dalam  menjaga nilai nilai murni serta hubungan masyarakat agar kekuatan hubungan tersebut menjadikan sebuah masyarakat yang harmoni , bertimbang rasa serta  bersatu padu.

Dengan cara ini kedar penularan jenayah akan dapat dikurangkan apabila tanggungjawab dapat dipikul bersama sama dengan anggota keselamatan dan juga masyarakat. Masyarakat yang harmoni akan terus menjadikan hubungan  itu sebagai landasan perpaduan yang jitu.

Datuk Noor Ehsanuddin dalam majlis sumbangan  Tahun Baru Cina kepada 110 orang penerima sentiasa berpesan agar keharmonian kaum dan sikap toleransi menjadi asas perpaduan serta saling membantu diantara satu dengan yang lain sebagai tunggak kekuatan .

Program tersebut dianjurkan oleh Pusat Khidmat Anggota Parlimen Kota Tinggi bertujuan untuk meringankan beban selain menambah keceriaan kepada warga emas menyambut Tahun Baru Cina.

Pada masa yang sama didalam majlis tersebut  Datuk Ehsan serta  pemimpin-pemimpin setempat juga memberi bantuan serta bersama-sama menyerikan suasa Tahun Baru Cina.

Antara pemimpin yang hadir ialah Antara mereka yang hadir ialah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Johor Lama, Asiah Md Ariff, Ketua MCA Bahagian Kota Tinggi, Ng Keng Heng dan Pengerusi Jawatankuasa  Rumah Sejahtera Kota Tinggi Tan Piah Sung.

Datuk Ehsan berpesan  dalam mewujudkan masyarakat yang beretika, langkah yang wajar ialah kerjasama daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika mempunyai tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai bentuk jenayah.

Image | This entry was posted in Tingkatkan Nilai Murni dan Kebertanggungjawaban Sesama Masyarakat and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s