Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi Lantik Haron Din Sebagai Ketua Kluster Dakwah MPI


Oleh rmf

Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah adanya kesepakatan ulama yang berijtihad (mujtahidin) pada sesuatu zaman tanpa kecuali seorang pun dari kalangan mereka. Ini bermakna, jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijmak.

Para mujtahidin biasanya berselisih pendapat dalam sesuatu hukum, tetapi dalam sesuatu hukum tertentu, tidak seorang pun di kalangan mereka yang berbeza pendapat, maka terjadilah ijmak.

Dalam kitab Mirah al-Usul disebut “mestilah mendapat persetujuan seluruh para mujtahidin”. Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijma’.

Bayangkan, para mujtahidin biasanya berkhilaf dalam sesuatu hukum syar`i tetapi dalam hukum berkenaan tidak seorang pun di kalangan mereka yang berkhilaf mengenainya.

Atas kesedaran inilah Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Dr  Ahmad Zahid Hamidi semasa mempengerusikan Majlis Perundingan Islam  (MPI) yang mana  telah dihadiri oleh cendiakawan Islam di Malaysia  bagi membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan pelbagai isu yang berkaitan Islam dan sebagainya.

Ahli MPI terdiri daripada pelbagai latar belakang meliputi ahli agama, ahli akademik, tokoh korporat dan pemimpin NGO. Mesyuarat telah berlangsung telah membincangkan pelbagai isu termasuk yang menyentuh undang-undang, gejala sosial, dan pendidikan Islam.

Mesyuarat lebih dua jam yang dipengerusikan beliau itu turut dihadiri Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha.

Penubuhan MPI diharap akan dapat membantu Kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan terhadap agenda pembangunan negara khususnya yang melibatkan agama dan umat Islam di Malaysia.

MPI diharapkan akan memainkan berperanan sebagai “think tank” bagi membantu kerajaan dalam memberikan idea dan cadangan yang bernas ke arah melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak.

Untuk mengukuhkan Majlis Perundiangan Islam (MPI)  beberapa lantikan telah dibuat untuk memastikan perjalanan MPI berada dilandasan agenda  dan matlamat  penubuhannya.

Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din antara ketua kluster yang dilantik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam Majlis Perundingan Islam (MPI) yang bermesyuarat kelmarin.

Datuk Harun Din telah diberikan kepercayaan  sebagai ketua  bagi menerajui kluster dakwah. Diantara tugasannya ialah  akan membawa cadangan kepada MPI untuk dibincangkan dan disepakati bersama dan bertindak menyelaras perbincangan dimasa akan datang.

Selain itu , enam lagi tokoh yang diberikan kepercayaan dan  dilantik mengetuai kluster-kluster lain. Diantara tokoh tokoh  yang telah menerima lantikan-lantikan lain  adalah seperti berikut:

  1. Tan Sri Muhamad Ali Hashim (ekonomi)
  2. Tan Sri Prof Dr Kamal Hasan (pendidikan)
  3. Datuk Asyraf Wajdi Dusuki (sosial)
  4. Prof Datuk Sri Zaleha Kamarudin (undang-undang)
  5. Datuk Dr Siddiq Fadzil (pemikiran Islam)
  6. Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (politik)

Menurut timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Asyraf Wajdi, diantara resolusi yang dicapai dalam pertemuan tersebut ialah untuk menghimpunkan 87 anggota-anggota MPI pelbagai latar dan ideologi bawah tujuh kluster khusus.

Asyraf Wajdi sebelum ini berkata pertemuan pemimpin-pemimpin politik, NGO Islam, ulama dan cendekiawan Islam itu bertujuan membincangkan perkara-perkara melibatkan kepentingan umat Islam.

Ia berperanan sebagai kumpulan pemikir bagi membantu kerajaan dalam memberikan idea dan cadangan ke arah melaksanakan agenda pembangunan negara menurut landasan syarak.

Tindakan cadangan untuk menghimpunkan 87 anggota MPI antara lain adalah untuk membolehkan perbincangan dilakukan dengan lebih berkesan dan  bersama sama  mencari jalan yang terbaik atau formula dalam usaha meyelesaikan pelbagai masalah yang melanda umat Islam pada hari ini.

Walaupun demikian, Timbalan Perdana Menteri amat berharap dan amat bersetuju bahawa MPI harus memainkan peranan sebagai satu pemikiran yang pelbagai dan sentiasa menghormati perbezaan yang wujud dengan sikap toleransi.

Dalam ucapan yang diberikan Ahmad Zahid turut membimbangi ledakan yang sedang berlaku di media sosial, ancaman syiah dan juga ancaman liberalisme yang semakin mengancam  umat islam dinegara ini.

Menurutnya lagi, kerajaan sentiasa akan terus berusaha  dengan kepelbagaian tindakan untuk mengatasi ancaman ancaman militan seperti Daesh dan akan mempertingkatkan keselamatan negara.

Image | This entry was posted in Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi Lantik Haron Din Sebagai Ketua Kluster Dakwah MPI and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s