Warga Tempatan Tidak Berminat Bekerja Dalam Bidang Pembinaan, Perkhidmatan dan Perladangan‬


Oleh rmf

Sektor pembinaan dan perladangan ialah bidang yang berkaitan rapat dengan perniagaan dan perindustrian. Ekonomi Negara dijana melalui sektor-sektor sebegini. Perkembangan sektor binaan dan perladangan yang pesat menyebabkan peningkatan keperluan tenaga kerja yang tinggi.

Keperluan ini tidak dipenuhi oleh pekerja tempatan disebabkan beberapa faktor seperti kurangnya minat dikalangan warga tempatan kerana kadar gaji yang rendah serta kuantiti kerja, dan kebajikan pekerja. Pengambilan pekerja asing merupakan jalan penyelesaian yang diambil oleh sektor pembinaan dan perladangan.

Antara punca sektor inir menghadapi kesukaran bersaing untuk mendapatkan tenaga kerja tempatan adalah disebabkan sektor-sektor lain turut bersaing untuk mendapatkan tenaga kerja sehingga terjadinya situasi kompetitif yang tinggi.

Dalam realiti kehidupan seharian industri pembinaan dilihat kurang menarik minat warga tempatan kerana mereka menganggap potensi yang ada di dalam sektor ini agak kurang lumayan.

Sudah menjadi kebiasaan warga tempatan yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi akan lebih berminat dengan sektor yang menawarkan gaji lumayan serta persekitaran tempat pekerjaan yang lebih baik.

Situasi sebegini turut dihadapi pengusaha sektor perladangan sehinggakan kebanyakan sektor ini terpaksa menggunakan tenaga kerja asing bagi menampung pengeluaran hasil produk mereka.

Terdapat golongan belia yang kurang menyerlah di dalam bidang akademik tetapi mereka sebenarnya mampu memajukan diri di dalam bidang yang berkaitan kemahiran.

Golongan belia yang tidak mempunyai pendidikan akademik yang tinggi dilihat akan lebih terjerumus kepada aktiviti yang tidak berfaedah seperti berpeleseran di pusat membeli belah, melepak, malah terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat.

Pekerja tempatan dilihat sering mempunyai masalah disiplin dan tidak mempunyai kesungguhan di dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberi, mereka akan cepat merungut sekiranya dikehendaki melakukan kerja-kerja sukar atau diminta bekerja lebih masa.

Gaji yang ditawarkan dikatakan tidak memuaskan padahal kualiti kerja mereka penyebab kepada situasi sebegini berlaku. Etika kerja pekerja tempatan yang kurang memuaskan penyebab kebergantungan tenaga kerja asing didalam bidang pembinaan dan perladangan.

Sektor perladangan turut menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja tempatan kerana sebab-sebab yang hampir sama berlaku kepada sektor pembinaan. Minda warga tempatan sebenarnya telah dipengaruhi oleh andaian negatif kerana gambaran kepada kedua-dua sektor ini ialah kotor, tidak menguntungkan, sangat susah, berbahaya, tidak membawa kepada peningkatan taraf hidup.

Terdapat banyak pekerja tempatan menyalahkan kehadiran tenaga kerja asing penyebab khidmat mereka tidak digunakan, sebenarnya tidak akan ada situasi sebegini sekiranya mereka lebih peka untuk bersaing dengan pekerja asing ini.

Warga tempatan berkelulusan graduan dilihat banyak menganggur walhal mereka sebenarnya boleh menceburi sektor lain seperti pembinaan dan perladangan biarpun tidak berkaitan dengan bidang yang dipelajari.

Dengan kadar pengangguran yang tinggi, lulusan graduan tidak seharusnya terlalu memilih pekerjaan dan sepatutnya merebut segala peluang yang ada di dalam sektor-sektor yang menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti pembinaan dan perladangan.

Dengan kehadiran pelbagai teknologi terkini sektor ini bukan lagi seumpama kerja-kerja kampung murahan, ia telah berada dikelasnya yang tersendiri. Dengan adanya pengalaman sebagai buruh binaan am sebenarnya mereka mampu berusaha mempelajari ilmu menjadi kontraktor yang berjaya, dari pengalaman sebagai pekerja ladang mereka boleh menjadi pengusaha ladang yang berkaliber.

Pengajaran mengenai elemen-elemen yang berkaitan dengan pembinaan dan perladangan telah mula dimasukan di dalam subjek-subjek perlajaran di universiti dan kolej.

Kursus-kursus dan latihan kemahiran telah giat dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan. Peluang menimba ilmu semakin cerah apabila terdapat institut lathan yang telah ditubuhkan seperti Pusat Giatmara (PGM),

Akedemi Pembinaan Malaysia (APM), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Mara (IKM), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dab berbagai-bagai lagi institusi latihan yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.

Warga tempatan sentiasa diberi peluang malah diberi ruang latihan yang mencukupi oleh kerajaan, namun jika sikap warga tempatan yang tidak mahu bersaing dalam sektor ini, syarikat pembinaan dan perladangan tidak boleh menunggu lama dan terpaksa menggunakan tenaga buruh asing untuk memenuhi pengeluaran.

Sendiri boleh berfikir dengan matang..

Irfan Zackery

Image | This entry was posted in Perkhidmatan dan Perladangan‬ and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s