Cubaan Gagal Fitnah McDonald’s  Dalam Isu Penggunaan Ammonia Hidroksida (NH4OH)


Oleh rmf

Berbagai strategi yang dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan produk yang dihasilkan oleh McDonald’s  sama ada dari dalam dan luar negara. Bermula dengan isu boikot  terhadap industri makanan cepat saji ini hinggalah kepada penghasilan produk.

Perjuangan pemboikotan produk McDonald’s ini dilakukan di merata rata pelusuk dunia apabila maklumat yang disampaikan dikaitkan dengan  sumbangan McDonald’s  kepada Israel yang mana  digunakan untuk membantai umat Islam di Gaza.

Proses pemboikotan ini, tentu tindakan tidak bijak hanya kerana atas dasar kita membenci kezaliman“Israel” terhadap saudara kita di Palestin, namun dengan memahami penjelasan ilmiah, sebagaimana yang telah diterangkan dalam beberapa penjelasan ilmiah di blog blog mengenai fitnah yang dilemparkan ini seharusnya  mansyarakat tidak lagi menerima khabar angina mengenai fitnah  yang dilakukan.

Butiran dari perkeliling yang dikeluarkan oleh TITLE 21–FOOD AND DRUGS, CHAPTER I–FOOD AND DRUG ADMINISTRATION, DEPARTMENT OF HEALTH AND HUMAN SERVICES telah mengesahkan bahawa bahan yang digunakan adalah selamat.

Ini merupakan satu pembohongan besar beberapa individu terhadap produk McDonald’s. Berikut ini adalah lampiran kenyataan mengenai bahan yang digunakan  dan disahkan selamat.

“The process of adding ammonia hydroxide is considered “generally safe” by the FDA, and thus the practise is not illegal.)”

http://www.accessdata.fda.gov/scripts/cdrh/cfdocs/cfcfr/CFRSearch.cfm?fr=184.1139

 

Didalam klip  sebelum ini terdapat pertikaian US Food and Drug Administration  tindakan memberikan keizinan penggunaan bahan tersebut didalam  penghasilan makanan yang dihasilkan oleh McDonald’s.

Merawat daging dengan ammonia hidroksida adalah aduan yang berbeza untuk menggunakan daging mekanikal berpisah (MSM) yang merupakan satu aduan khabar angin sebelum ini  yang diedarkan pada tahun 2012.

Khabar angin itu telah mensasarkan bahawa McDonald’s menggunakan MSM dalam ketulan ayam mereka adalah tidak benar sama sekali dan telah dikelirukan dengan khabar angin terbaru yang mengatakan kualiti daging yang dibekalkan adalah setaraf makanan haiwan.

McDonalds secara rasminya tidak menggunakan MSM dalam produk mereka sejak sekian lamanya dan McDonald’s amat berminat dan lebih suka kepada penghasilan daging segar untuk menghasilkan produk yang berasaskan daging.

Di Malaysia, penghasilan makanan dan bahan mentah untuk McDonald’s  adalah dikawal rapi oleh agensi kerajaan dan  pasukan syariah Halal yang ditempatkan di keseluruhan pusat penghasilan bahan sehingga kepada kebersihan ruangan dapur.

Kementerian kesihatan melalui veterina dan hub halal menjalankan pemantauan  mutu bekalan  daging  agar ianya tidak  dijangkiti penyakit. Apa yang pasti  McDonald’s Malaysia sentiasa peka dan menetapkan prosedur yang ketat  untuk menghasilkan keluran McDonald’s yang bermutu kepada  warganegara Malaysia.

McFood adalah sebuah syarikat yang bertanggungjawab dalam memastikan bekalan  bahan mentah yang dihasilkan untuk produk McDonald’s adalah yang halal, terbaik dan segar untuk  dibekalkan kepada  orang Islam dinegara ini.

Bukan itu sahaja McFood juga telah mendapat pengiktirafan dalam pembekalan  daging halal kepada pengusaha makanan cepat saji ini di negara Timur Tengah. Disini secara dasarnya  bahawa  negara Islam telah memberikan satu pengiktirafan terhadap McFood  dan juga Malaysia sebagai hub  bekalan makanan yang bermutu serta halal dan dijamin kebersihan hasil nya.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa segala yang diperkatakan oleh sebilangan individu itu semuanya adalah bertujuan untuk menjatuhkan populariti McDonald’s yang mana  telah melonjak keyakinan penghasilan produknya didunia dengan kebersihan serta mutu bahan untuk menghasilkan makanan cepat saji.

Justeru itu , tiada apa yang perlu diragui lagi, dan yakinlah yang terbaik itu adalah melalui satu bentuk prosedur yang ketat dalam keselamatan makanan untuk pengguna. Semestinya McDonald’s.

Image | This entry was posted in Cubaan Gagal Fitnah McDonald’s  Dalam Isu Penggunaan Ammonia Hidroksida (NH4OH) and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s