Liow Tiong Lai Meraikan Penumpang KTMB dan ETS Sempena Sambutan Tahun Baru Cina


Oleh rmf

Sebagai sebuah Negara yang penduduknya berbilang kaum, Malaysia perlu memastikan semangat muhibah, Tolak ansur, dan perpaduan sentiasa tertanam dalam jiwa setiap rakyat. Hal ini demikian kerana semangat muhibah dan perpaduan merupakan elemen terpenting dalam memastikan kestabilan dan keharmonian sesebuah Negara. Jika semangat perpaduan selalu diterapkan dalam jiwa seseorang, maka hasilnya akan lahirlah individu dan seterusnya masyarakat yang cinta akan perpaduan. (Sarlan, ngadiman, & Hairan, 2009)

Dengan adanya pengamal sikap-sikap murni dalam diri masyarakat di Malaysia, hidup setiap masyarakat rakyat pelbagai kaum akan sentiasa aman dan harmoni.

Sebagai contohnya, warganegara mengadakan rumah terbuka sempena sesuatu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Depavali dan lain lainnya , ianya tidak seharusnya kita menghalang jiran kita walaupun mereka bukanlah seagama dengan kita dari mengunjungi kita dan bersama-sama meraikannya bersama kita.

Seandainya setiap rakyat mengamalkan sikap bertolak ansur dan sayang menyayangi antara satu sama lain, sudah pasti keharmonian masyarakat berbilang kaum akan dapat dikekalkan.

Secara tidak langsung sikap individu memainkan peranan yang paling penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran masyarakat berbilang kaum di Malaysia hari ini.

Tahun Baru Cina pada tahun ini disambut dengan penuh keharmonian dan semangat berbilang kaum tanpa mengira ras dan warna kulit. Juluran tradisi diamalkan dengan penuh adat budaya sesuatu kaum tanpa ada sekatan dari mana mana pihak.

Sempena Tahun Baru Cina , pemberian cenderhati sudah menjadi amalan diantara satu dengan yang lain. Sikap menghargai dan dihargai menjadi tunggak kekuatan berbilang kaum dalam negara ini.

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina Menteri Pengangkutan, YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai sempena lawatan kerja mengedar cenderahati kepada penumpang KTM Berhad di KL Sentral sebagai tanda penghargaan kepada penumpang  KTMB yang pulang kekampung halaman.

Justeru itu YB Dato’ Sri Liow Tiong Lai dalam lawatan kerja ke KTMB baru baru ini, beliau telah mengumumkan kadar potongan diskaun sebanyak 25%-30% untuk perkhidmatan tren dari KL Sentral ke Butterworth yang akan bermula pada 5-15 Februari sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Dalam majlis tersebut  Tiong Lai telah beramah mesra bersama penumpang tren disamping mengedarkan cenderahati segai tanda  penghargaan kepada pengguna tren dan ianya merupakan acara tradisi tahunan KTMB.

Perkhidmatan pengangkutan awam didalam negara ini sedang mengalami transformasi yang menyeluruh dan bergerakn seiring dengan kemajuan negara. Kini pengangkutan awam telah menjadi pilihan utama kepada rakyat.

Peningkatan mutu perkhidmatan yang ditawarkan yang terbaik telah menjadikan ianya pilihan pertama dimusim perayaan.Pada tahun ini sahaja jumlah jualan tiket mencatatkan peningkatan jumlah tertinggi iaitu 223,800 tiket yang melibatkan penggunaan perkhidmatan Intercity dan ETS.

Sebanyak 1,500 pek cenderahati telah diberikan kepada semua penumpang KTMB yang mana dibahagikan kepada 2 bahagian. 1,000 pek cenderahati diedarkan kepada penumpang KTM Intercity dan ETS manakala 500 pek cenderahati lagi pula telah diberikan kepada penumpang KTM Komuter.

Dato’ Sri Liow berkata mengulas ,bahawa  pengangkutan awam di Malaysia sudah banyak mengalami banyak perubahan dan telah menjadi agenda utama kerajaan dalam memastikan sistem pengangkutan awam adalah yang terbaik .

Liow turut menyeru agar sitem pengangkutan awam yang  sedang mengalami transformasi ini terus mendapat sambutan dikalangan pengguna dan  akan terus  meningkatkan perkhidmatan yang terbaik dari ketepatan masa dan  perkhidmatan yang diberikan.

Image | This entry was posted in "Jangan Monyet!! Jangan Monyet!! Degil jugak, Liow Tiong Lai Meraikan Penumpang KTMB dan ETS Sempena Sambutan Tahun Baru Cina and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s