Penjajahan Melalui TPPA, Adakah Malaysia Menjajah Kerana Melabur Di Negara Lain- Isa Samad


Oleh rmf

Malaysia adalah antara 12 negara yang turut menandatangani pakatan perdagangan bersejarah TPPA ini di Auckland, New Zealand. Negara-negara lain yang tutur sama mengambil bahagian ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam

TPPA (Trans-Pacific Partnership Agreement )  adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Perdana Menteri Malaysia sebelum ini amat sedar tentang kesan yang akan diterima oleh Kerajaan Malaysia dan amat merasa bimbang  jika Persefahaman TPPA ini tidak dikaji secara mendalam. Kesan jangka panjang dan kesan terhadap harta Intelektual akan berlaku

Kebimbangan ini bukan sahaja didalam beberapa perkara yang dasar tetapi kenanya terhadap kedaulatan sesabuah negara. Bagi saya tindakan DS Najib menyatakan kebimbangan ini adalah tepat , kerana kita tahu, penjajahan alaf baru juga boleh dilakukan melalu tindakan tindakan silap melalui ekonomi dan perdagangan.

Sebanyak 17 rundingan bermula dari tahun 2010 hingga 2013  telah dijalankan untuk memastikan kepentingan kepentingan  didalam kesefahaman tersebut dapat dimanfaatkan oleh negara negara yang terlibat  dan tidak membelakangkan kepentingan negara dan rakyat didalamnya.

Usul TPPA telah dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen dengan undian, sebanyak 127 ahli parlimen telah menyokong dan  sebanyak 84 orang  membantah, Dengan keputusan itu maka, Malaysia secara dasarnya bersetuju menyertai TPPA setelah kepentingan rakyat dilindungi dengan cara  yang menjadi amalan di Malaysia.

Malaysia adalah antara 12 negara yang akan menandatangani pakatan perdagangan bersejarah TPPA ini di Auckland, New Zealand. Negara-negara lain yang tutur sama mengambil bahagian ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam

Sebelum ini beberapa perjanjian FTA telah ditandatangani  oleh Malaysia dalam beberapa bentuk perjanjian yang dibuat dengan  beberapa negara. Perjanian yang melibatkan perkhidmatan, barangan, perlaburan dan lain lain  lagi. Hasil yang positif dan telah melonjakkan ekonomi Malaysia di mata dunia.

TPPA akan membuka ruang pasaran global  tanpa cukai  bermaksud produk keluaran negara akan  dapat memembusi pasaran global tanpa dikenakan cukai import.  Secara dasarnya setiap produk tanpa cukai akan dapat dipasarkan dengan  harga yang lebih murah lagi.

Ini menjadikan harga produk keluaran negara sangat kompetitif (tidak mahal) ini meningkatkan peluang mengembangkan produk tempatan keluar nagera dan sekaligus menurunkan harga barangan import kedalam Malaysia.

FELDA melihat ruang dan peluang ini amat  besar dalam  usaha  memperluaskan lagi pasaran  produk keluarannya  kedalam negara negara TPPA dengan penawaran harga tanpa cukai terhadap prosuk yang kompetitif.

Pengerusi FELDA , Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad melihat bahawa perjanjian TPPA ini  merupakan ruang dan  peluang kepada Felda untuk mengembangkan lagi sayap  pengeluarannya dengan lebih agreasif lagi dan FELDA telah mencadangkan akan memsasarkan untuk menembusi pasaran khususnya di Amerika Latin

Mengulas lanjut terhadap kesan TPPA terhadap FELDA , Pengerusi FELDA juga mengulas tentang beberapa kemajuan FELDA yang mana telah  mendirikan kilang di Amerika sebelum TPPA ditandatangani.

“TPPA ini kerajaan masuk dan kemudian dimomokkan pula kononnya Amerika Syarikat akan menjajah kita. Ini semua tidak benar. Felda sendiri ada kilang di Amerika Syarikat dan adakah kita menjajah Amerika Syarikat? tidak.

“Apa yang berlaku, dengan TPPA kita seronok apabila kita (Felda) boleh meluaskan pasaran kita. Kita dah mula buat perancangan untuk meluaskan pasaran kita di Amerika Latin,” katanya dalam ucapan perasmian Pusat Literasi Keluarga, Felda Raja Alias 1, di sini, hari ini.

Tan Sri Isa juga berkata melalui TPPA, ia juga akan membolehkan Felda meraih keuntungan yang lebih besar sekali gus mampu member persaingan yang berbaloi dan pulangan yang lebih lumayan kepada warga FELDA khususnya.

Selepas perjanjian TPPA ini syarikat di Malaysia akan berpeluang untuk menembusi pasaran baru yang mana sebelum ini  tidak pernah dapat ditembusi.  Syarikat pengeluaran produk di Malaysia melihat bahawa pasaran baru yang terbuka luas seperti di Mexico, Peru dan Chile disamping akan menjadi  “pintu “kepada syarikat tempatan untuk masuk ke negara Amerika selatan dengan mudah..

Begitu juga sebalaiknya , produk dari luar negara juga akan  dipasarkan dan akan melakukan perlaburan di Malaysia  dan sekali gus akan membuka ruang dan peluang pekerjaan yang baru di Malaysia.

Pihak yang tidak bersetuju dengan TPP dilihat cuba mempengaruhi rakyat dengan pelbagai cara. TPP dipolitikkan. Sehingga ada pihak pihak cuba melakukan demontrasi mengenai TPPA ini. Jalan yang terbaik  biarkan Miti dan  Kerajaan memberi jaminan apa juga keputusan yang bakal dibuat, rakyat tidak akan terbeban

Image | This entry was posted in Adakah Malaysia Menjajah Kerana Melabur Di Negara Lain- Isa Samad and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s