Pemandu Pukul Penumpang- SPAD Syorkan Batal Lesen, PSV Pemandu Kepada JPJ


Oleh rmf

Berikutan siasatan yang telah dijalankan oleh SPAD pada 1 Februari, 2016 bersama syarikat bas ekspres, pemandu dan seorang saksi, SPAD telah memulakan tindakan undang-undang terhadap pengendali bas kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas.

SPAD juga telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memohon pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) pemandu yang terbabit. Ini bermakna pemandu tersebut tidak akan dibenarkan memandu kenderaan pengangkutan awam darat di masa akan datang

Tindakan saorang pemendu memukul saorang penumpang berikutan pertikaian berhubung tempat tidur telah menjadi viral di media sosial kini telah diambil tindakan oleh pihak berwajib.

Tindakan yang dilakukan oleh pemandu tersebut menunjukkan bahawa ada sebilangan syarikat bas yang mengambil pemandu tanpa menyelidik latar belakang , pengalaman serta rekod kesihatan. Tindakan ini telah menjurus kepada  kejadian yang telah berlaku  pada baru baru ini.

SPAD memandang serius tindakan dan kejadian yang berlaku dimana melibatkan saorang penumpang yang berumur 35 dan 41 tahun itu telah dipukul beberapa kali dengan selipar, malah ditampar serta ditendang oleh pemandu bas terbabit dakwanya.

Satu laporan polis telah dibuat oleh penumpang tersebutberhubung kejadian tersebut. SPAD dalam satu kenyataan amat kesal dengan kejadian yang berlaku dan  akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu tersebut.

Dalam pelbagai usaha dilakukan oleh SPAD untuk melakukan penambah baikan perkhidmatran pengangkutan awam, masih ada juga syarikat bas express mengambil mudah  pengambilan  pemandu yang tidak beretika.

– video sini SINI

Kenyataan Media

SPAD MEMULAKAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PENGENDALI DAN PEMANDU BAS YANG TERBABIT DALAM KEJADIAN SALAH LAKU YANG DIPAPARKAN DI DALAM VIDEO VIRAL

Suruhanjaya mengesyorkan pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang dimiliki pemandu.

6 Februari, 2016 –Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah melengkapkan siasatan berkaitan kejadian salah laku seorang pemandu bas ekspres terhadap penumpang ketika di dalam perjalanan dari Melaka ke Pulau Pinang pada 25 Januari 2016 yang telah dipaparkan di dalam sebuah video viral.

Berikutan siasatan yang telah dijalankan oleh SPAD pada 1 Februari, 2016 bersama syarikat bas ekspres, pemandu dan seorang saksi, SPAD telah memulakan tindakan undang-undang terhadap pengendali bas kerana melanggar syarat-syarat lesen, yang termasuk kegagalan untuk memastikan pemandu bas sentiasa berkelakuan baik dan beretika ketika bertugas.

SPAD juga telah mengeluarkan surat kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memohon pembatalan lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) pemandu yang terbabit. Ini bermakna pemandu tersebut tidak akan dibenarkan memandu kenderaan pengangkutan awam darat di masa akan datang. Ekoran itu, pemandu berkenaan disahkan sebagai telah diberhentikan kerja oleh syarikat bas terlibat. Sementara itu, SPAD akan meneruskan kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan yang masih sedang berjalan terhadap pemandu yang tidak bertanggungjawab itu.

Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa SPAD melihat kejadian salah laku seumpama ini, sebagai satu perkara yang amat serius. Suruhanjaya percaya bahawa tindakan yang diambil terhadap pemandu dan pengusaha bas akan menjadi peringatan keras kepada industri bagi memastikan pengusaha bertanggungjawab atas kelakuan pemandu dan untuk terus memberikan perkhidmatan yang baik kepada penumpang.

Kami menggesa orang ramai yang telah mengalami kejadian seumpama ini agar segera menghubungi kami melalui emel: aduan@spad.gov.my atau hotline ADUAN SPAD: 1-800-88-7723 (SPAD) bagi membolehkan kami mengambil tindakan yang sewajarnya. Dengan maklumat yang tepat, kami boleh memastikan pemandu yang tidak bertanggungjawab dapat dikenal pasti dan dikenakan tindakan.

Image | This entry was posted in PSV Pemandu Kepada JPJ and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s