Mampukah DAP dan PKR Pertahankan Kedaulatan  Negara Jika Dilihat Melalui Perbuatan Mereka


Oleh rmf

Bagi saorang anak watan tulen di sinilah “kampung halamannya”, di situlah dia mencari rezekinya, dan di situlah dia dan keluarganya hidup dan mati. Pepatah Melayu “hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri” atau “di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung” menunjukkan perasaan taat dan setia yang tulen pada tanah airnya, pada negerinya atau menurut istilah baru, “negara”nya.

Semua kerajaan di dunia menganggap bahawa kesalahan paling besar yang boleh dilakukan oleh warganya terhadap negara dan bangsa ialah  “menderhaka” kepada negara itu. Tanggapan ini ada kaitannya dengan konsep setia pada negara.

Orang yang setia pada negaranya tidak akan menderhaka kepada negaranya.   Perasaan setia atau cinta pada negara boleh lahir secara spontan, yakni tidak dipaksa-paksakan oleh sesiapa atau mana-mana pihak.

Selalunya, dalam keadaan biasa, orang tidak menyedari adanya perasaan ini dalam sanubari mereka. Kesedaran ini timbul dalam keadaan tertentu, misalnya apabila negara atau tanah air mereka diancam oleh musuh dari luar.

Jika kita imbas kembali  kejadian yang menyayat hati kita telah berlaku pada tahun 2013 dimana Lahat Datu telah menjadi  lapang kesetiaan perajurit negara menyabung nyawa untuk mempertahankan pertiwi.

Namun disebalik pengorbanan mereka dikalangan pemimpin pembangkang iaitu PKR secara jelas dan terang tidak menunjukkan sokongan kesetiaan mereka kepada negara yang sedang diancam anasir luar. Tian Chua secara terang memperolok olokan pengorbanan anggota keselamatan.

Pembangkang pada hari ini, amat sukar untuk kita nilai tentang kesetiaan mereka terhadap negara ini. Setiap perbuatan mereka sehingga memburukkan negara dimata dunia  dilakukan demi kesinambungan politik.

Inikah kesetiaan yang mereka katakan bahawa mereka memilikinya. Sekarang rakyat telah melihat bagaimana  pihak pembangkang sedang berurusan dengan negara  luar untuk mendapatkan sokongan untuk memerintah negara ini dengan apa cara sekali pun.

Tidak perlulah diucapkan  soal kesetiaan jika kerahsiaan kekuatan ketenteraan negara pun mahu  dihebahkan kepada umum. Apakah ini  cara yang betul? Tiada  mana mana negara didalam dunia ini yang akan melakukan pendedahan kekutan ketenteraan mereka kepada umum. Tetapi ianya berlaku di Malaysia dan dilakukan oleh pembangkang.

Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mengeluarkan kenyataan dalam akhbar Keadilan mengatakan bahawa kes tembak-menembak di Lahad Datu adalah konspirasi Umno yang seolah-olah untuk menakut-nakutkan rakyat terutamanya semasa PRU akan diadakan tidak lama lagi.

Ini telah menaikkan suhu kemarahan rakyat terhadap beliau yang tidak menghormati perjuangan para perajurit di medan perang serta keluarga mereka yang terkorban dan cedera. Pendakwaan beliau di bawah Akta Hasutan 1948 telah menjadi klimaks terhadap kemarahan seluruh rakyat Malaysia.

Dalam keadaan demikian, kesetiaan rakyat terhadap negaranya akan teruji. Orang akan bersatu padu untuk menentang musuh luar itu, malah mereka sanggup menyabung nyawa untuk memper tahankan tanah airnya daripada serangan dan pencerobohan musuh asing.

Terlalu banyak yang boleh dipersoalkan tentang kesetiaan yang ada dikalangan pembangkang. Kesetiaan mereka  telah diuji banyak kali. Namun semuanya  gagal untuk menunjukkan bahawa mereka adalah sebahagian dari warganegara yang tahu membezakan diantara vpolitik dan kedaulatan negara.

Terlalu banyak pembocoran maklumat kerajaan dilakukan tanpa ada tindakan yang sewajarnya.  Dalam keadaan biasa, kesetiaan rakyat terhadap tanah airnya tidak perlu dipersoalkan. Tetapi berlainan dengtan fahaman pembangkang yang mana apabila melakukan persekongkolan dengan negara luar atas nama menjaga kedaulatan negara.

Sebagai contoh yang  p[aling jelas dan hangat diperkatakan sekarang ialah persengkokolan  pembangkang dengan negara Israel yang mana dikatakan telah menyumbang dana untuk menjatuhkan kerajaan dalam pilihanraya.

Dana yang telah dibongkarkan oleh bekas ahli DAP sendiri  dengan nilai sebanyak RM1.2 billion ini adalah satu persekongkolan yang besar diabad  dan politik negara. Tiada penafian dilakukan. Adakah dengan cara ini pembangkang masih dikatakan setia  menjaga kedaulatan negara?

Perasaan cinta dan kesetiaan terhadap negara baru wujud setelah terbentuk kesedaran nasionalisme ini, walaupun tidak bererti bahawa tanpa nasionalisme negara tidak wujud.   Masalah kesetiaan pada negara sering timbul di negara pelbagai bangsa.

Apa yang berlaku sekarang ialah apabila kesetiaan pada negara mula disamakan dengan kesetiaan pada ideologi negara atau pada pemimpin negara atau kerajaan. Ianya bukan dilihat bagaimana sesaorang individu sebagai warganegara  terus mempertahankan  kedaulatan negara dan meninggalkan ideology politik dan bersama dalam soal maruah negara apa bila dicabar.

Ini lah yang berlaku sekarang.Kesetiaan pada negara juga boleh diancurkan dengan apa yang mereka percaya tentang hak hak asasi manusia dan juga kebebasan bersuara. Hal ini telah banyak penyelongkaran maklumat yang tidak sepatutnya didedahkan dan membahayakan  negara.

Ketika dan semasa negara sedang menghadapi masalah tertentu mungkin kerana kelemahan kerajaan atau pemimpin kerajaan, padahal dalam sistem demokrasi tidak semua rakyat menyokong kerajaan. Ini hak politik mereka.

Dimasa ini segala pendedahan yang memburukkan kerajaan dan negara dilakukan dengan sewenangnya tanpa memikirkan natijah  dimasa akan datang terhadap negara yang mereka katakana  bahawa mereka setia dan menjaga kedaulatan negra tersebut.

Tanda orang yang tidak setia pada negara bukan terletak pada sama ada dia menyokong atau tidak menyokong kerajaan atau ideologi negara, tetapi pada tanda lain yang boleh dibuktikan secara sah bahawa dia memang tidak setia pada negaranya.

Contoh yang paling biasa adalah apabila orang itu bersubahat dengan “musuh” dari luar negara untuk merosakkan negaranya sendiri. Apabila negaranya sedang diserang oleh kuasa asing (dalam peperangan, misalnya), orang itu menjadi tali barut atau upahan atau pengintip bagi pihak kuasa asing itu.

Perbuatannya bermacam-macam jenis, misalnya dia mencuri dan menjual rahsia strategik negara kepada musuh asing itu. Orang seperti ini biasanya dianggap sebagai pengkhianat negaranya, walaupun boleh jadi dia kelihatan sangat kuat menyokong kerajaan atau pemimpin tertentu – walaupun mungkin sokongannya itu pura-pura atau muslihat sahaja.

Image | This entry was posted in Mampukah DAP dan PKR Pertahankan Kedaulatan  Negara Jika Dilihat Melalui Perbuatan Mereka and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s