Pemandu Pukul Penumpang, SPAD  Ambil Tindakan Siasatan Terhadap Syarikat Bas Express


Oleh rmf

“Jangan campur ah, lu orang jangan ganggu saya ah… Tak puas hati cakap sama saya ah, itu saya punya tempat tidur tau… Saya hantam betul-betul lu tau ah? Tada otak ka tempat tidur saya mau masuk?”

Itu adalah diantara kata kata yang dihamburkan oleh saorang pemandu bas express dari Melaka ke Pulau Pinang kepada saorang penumpang yang dikatakan telah masuk ke ruang tempat tidur pemandu tersebut.

Tindakan pemandu  itu bukan sahaja dikatakan menghamburkan kata kata malahan bertindak dengan memukul penumpang yang telah masuk ke runag tempat tidur beliau.

Video yang berdurasi 1;02 minit ini telah medapat liputan meluas di media sosial dan  pada kebanyakan penguna media sosial melahirkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan yang diambil oleh pemandu tersebut.

Tindakan oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab ini sedikit sebanyak telah menjejaskan segala usaha yang dilakukan oleh SPAD untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat  kepada yang lebih  mesra pelanggan.

Sharusnya syarikat bas berkenaan  mengambil tindakan yang  tegas kepada pemandu tersebut kerana menunjukkan  sikap kebinatangan yang terlampau hanya kerana “ruang tempat tidur” – Malah pemeriksaan kesihatan juga seharusnya dilakukan  terhadap beliau.

Banyak implikasi buruk akan berlaku jika  syarikat bas express mengambil jalan mudah  menerima pemandu yang  tidak mempunyai sikap toleransi kepada  penumpang. Kehilangan nyawa juga mungkin akan berlaku.

Selama  tiga hari  video yang telah dimuat naik oleh saorang penumpang telah menjadi viral dimedia sosial.

Kata-kata biadap pemandu bas ekspres tersebut sambil memukul penumpang tanpa belas kasihan adalah menunjukkan bahawa  sikap kurang sabar yang dirakamkan boleh mengakibatkan perlangaran undang-undang dan juga kemalangan dan akan mengancam nyawa penumpang.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dalam tindakan susualan nya telah  menghubungi penumpang tersebut  dan mengambil keterangan kejadian yang berlaku. Pandangan yang diberikan oleh SPAD ialah  jika berlaku  kejadian yang sama  pada masa akan datang penumpang seharusnya melakukan laporan polis  agar dapat  satu siasatan dan tindakan dibuat menurut kejadian.

Untuk masa akan datang atau apa jua insiden membabitkan kelakuan pemandu / pengendali bas ekspres supaya segera melaporkan kepada SPAD menerusi aduan@spad.gov.my atau hubungi hotline ADUAN di 1-800-88-7723.

Susulan kejadian tersebut difahamkan atas menerima saranan yang dibuat, satu laporan polis telah dilakukan  pada 28 Januari 2016 di Balai Polis Melaka Tengah oleh penumpang malang tersebut.

SPAD juga turut mengarahkan pengendali bas ekspres yang terlibat  menghadiri satu sesi  temuduga siasatan pada 1 Februari 2016 untuk menjelaskan fakta-fakta dan mengumpul maklumat tambahan di bawah Seksyen 22 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Dr Syed Hamid Syed Jaafar Albar sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya cukup kesal dengan kejadian seumpama itu. Sambil memandang serius, pihak SPAD katanya tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas termasuk menamatkan lesen pemandu tersebut.

Image | This entry was posted in SPAD  Ambil Tindakan Siasatan Terhadap Syarikat Bas Express and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s