MyBAS – Kejayaan SPAD Yang Tidak DiDendang


Oleh rmf

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) acap kali menjadi bahan  semuhan dan cercaan apabila  mula menenatapkan beberapa peraturan baru  dalam sistem pengangkutan awam darat di Malaysia tidak kira kepada  perkhidmatan bas, teksi, tren  dan segala yang berkaitan.

Mengwujudkan peraturan bagi oleh SPAD adalah bertujuan untuk memastikan perkhidmatan pengangkutan awam darat di Malaysia menep-ati standard yang  terbaik dan perkhidmatan yang  memberikan keselesaan kepada  semua pihak.

Perkhidmatan yang terbaik itu, sudah pastinya akan memuaskan hati  pihak pelanggan. Justeru itu beberapa penambahbaikan  perkhidmatan dilakukan oleh SPAD  kini telah menunjukkan hasil yang amat memberansangkan.

Pengangkutan Awam Darat merupakan nadi pergerakan utama bagi kelancaran gerakan ekonomi dalam sesabuah negara. Tugas yang diamanahkan oleh kerajaan kepada SPAD adalah satu tugasan yang amat berat. Ianya bukan sahaja untuk mengubah struktur malahan mengubah gaya pemikiran pengendali kenderaan  awam itu sendiri yang ,mana selama ini tidak pernah diusik.

Dalam mengubah kepelbagaian perspektif pengangkutan awam darat sudah pastinya SPAD tidak lari dari cemuhan , kritikan  malahan  berbagai perkara yang mana sebelum ini tidak pernah berlaku  akan dihadapi oleh SPAD.

Dendagn berpegang kepada amanah, SPAD terus melangkah jauh kehadapan mempermodenkan sistem pengangkutan awam darat dengan jayanya.

Bermula dengan melancarkan perkhidmatan myBAS di Perlis sehingga ke beberapa buah negeri yang lain, memperkemaskan perkhidmatan tren, teksi dan sebagainya. Kini kejayaan kejayaan sedang dilihat dengan peningkatan penggunaan  pengangkutan awam oleh rakyat Malaysia.

MyBas dalam program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti misalnya, telah berjaya menerima sambutan yang mengalakan  dikalangan pengguna pengangkutan awam. Statistik yang telah diberikan telah menunjukkan bahawa  peningkatan mendadak penggunaan pengangkutan awam telah berlaku dengan penambahbaikan yang telah dilakukan oleh SPAD.

MyBAS telah mencatatkan kejayaan apabila berjaya  menunjukkan peningkatan angka penumpang daripada 9,252 orang kepada 20,423 orang setiap bulan dalam  memberikan perkhidmatan  kepada rakyat di Kangar. Startistik ini adalah menunjukkan rakyat sudah mula menerima pembaharuan yang dilakukan dan bergerak seiring dengan permodenan pengangkutan awam darat.

Bersandarkan kepada kejayaan itu, myBas kemudiannya diperkenalkan pula di Seremban, Negeri Sembilan yang bermula pada 15 November 2015.

Baharu fasa pertama bermula, sudah kelihatan angka positif apabila seramai 27,257 orang penumpang direkodkan bagi setiap minggu berbanding 20,761 sebelum ini.

Oleh yang demikian, tiada lagi ruang yang membolehkan mana-mana pihak menafikan kejayaan yang diusahakan oleh SPAD. Ternyata gerak kerja SPAD ini benar-benar mahu menambahbaik sistem pengangkutan awam dalam negara sekaligus memberi manfaat kepada rakyat.

Image | This entry was posted in MyBAS – Kejayaan SPAD Yang Tidak DiDendang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s